Saturday, February 25, 2012

Adab dan Sopan dalam Islam

Kuliah Subuh 25. 2. 2012 / 3 Rabi'ul Akhir 1433(Sabtu)
Ustaz Drs. Sapawi Che Mat

Adab-adab dalam Masjid
Ini adalah sambungan daripada kuliah Subuh pada 11. 2. 2012 (Sabtu)
Perkara-perkara yang dilarang:
  • Berbual atau bercakap-cakap mengenai hal-hal keduniaan.
  • Melakukan pekerjaan seperti sibuk mencari benda yang hilang.
  • Mengadakan transaksi jual beli, sewa-menyewa, atau pun transaksi lain, yang tujuannya adalah bisnis dan mencari keuntungan.
Berdasarkan hadis Nabi saw.,
“Jika kamu melihat ada orang yang mengadakan transaksi jual beli di masjid maka doakanlah, ‘Semoga Allah tidak memberikan keuntungan dalam perniagaan yang Anda lakukan.'” (H.R. Tirmidzi, no. 1321 dari Abu Hurairah; dinilai sahih oleh Al-Albani).
Ditambah sabda Nabi mengenai tindakan mengumumkan barang yang hilang di masjid atau pun perbuatan yang serupa,
“Masjid tidaklah dibangun untuk ini.” (H.R. Muslim, no. 1288 dari Abu Hurairah)
  • Menggunakan masjid sebagai jalan pintas untuk menuju ke sesuatu tempat.
Ustaz menegaskan supaya kita dapat mengelakan daripada terlibat dengan perkara-perkara yang dilarang di dalam masjid.
-------------------------------------------------
Buku: Adab dan sopan santun dalam Islam
Pengarang: Muhammad Khayr Fatimah
Penterjemah Mohd. Sofwan Amrullah.

Saturday, February 18, 2012

Tafsir Surah Al-Insan

Kuliah Maghrib 17.2.2012 (Jumaat)
Ustaz Shukri Harun
Surah Al-Insan
Sambungan pada ayat ke 27 (bulan lepas) dan seterusnya huraian ayat ke 28.




Terjemahannya: Kamilah yang menciptakan mereka serta menguatkan tulang sendi dan urat saraf mereka; (Kami berkuasa membinasakan mereka) dan apabila Kami kehendaki, Kami gantikan (mereka dengan) orang-orang yang serupa dengan mereka, dengan penggantian yang sebaik-baiknya.

Friday, February 17, 2012

Kitab Bidayatul Hidayah

Kuliah Maghrib 14.2.2012 (Selasa)
Usaz Fazlul Rahimi
Kitab Bidayatul Hidayah (Permulaan Jalan Hidayah)karangan Al Imam Hujjatul islam Al Ghazali ra dan diterjemah oleh Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam

Monday, February 13, 2012

Forum Maulidur Rasul


Maksudnya:
"Katakanlah (wahai Muhammad): "jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Ali-Imran: Ayat 31).Ayat ini juga dikenali sebagai doa pengasih.
Forum dimulai dengan Ustaz Mohd Ashraf sebagai moderator pertama. Ustaz menjelaskan di antaranya untuk kita cinta dan kenal akan nabi hendaklah kita mengetahui salasilah nabi dan ikuti apa yang nabi selalu buat setiap hari. Ada 7 perkara yang diterangkan oleh ustaz:
1. Solat Tahajjud.
2. Membaca Al-Quran.
3. Solat berjemaah.
4. Solat Dhuha.
5. Berwudu’.
6. Bersedekah.
7. Istighfar.
Mengikut amalan-amalan yang dilakukan oleh nabi seperti cara minum, makan, tidur dan diantaranya hubungan suami isteri. Ustaz kata satu kajian yang dibuat oleh saintis di Jerman dengan memeluk isteri sekurang-kurangnya 10 saat akan dapat 3 kelebihan; pelukan dan sentuhan menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan hormon endorfin yang dapat mengurangkan 'stress', boleh mengurangkan cholesterol dan memanjangkan usia.
Untuk kita benar-benar mencintai nabi ambil dua syarat ini pertama sayang dan kasih pada nabi; keduanya, ikut cara dan amalan nabi. Jika ambil yang pertama sahaja kita akan jadi seperti Abu Lahab manakala kalau kita ikut yang kedua kita samalah seperti Abdullah bin Ubai.

Thursday, February 9, 2012

TARIKH-TARIKH PENTING DALAM ISLAM


TAHUN 2012 / 1433 - 1434 H BAGI MALAYSIA


Sumber: JAKIM

Nabi ancam bakar rumah orang tidak solat berjemaah

  1. MENURUT riwayat Abu Hurairah r.a. bahawa abi s.a,w. bersabda yang bermaksud: "Solat fardu berjemaah lebih afdal berbanding solat fardu sendirian, dengan kelebihan 27 darjah."
  2. Selaras dengan naluri manusia suka kepada sesuatu yang lebih, seperti lebih banyak harta kekayaan, maka Allah SWT kurniakan kelebihan pahala bagi solat fardu berjemaah, supaya kelebihan itu jadi rebutan manusia untuk bekalan akhirat.
  3. Sesuai dengan dunia perniagaan yang menjanjikan 90 peratus keuntungan rezeki, justeru setiap kali manusia tidak tunai solat berjemah, bererti mereka telah kerugian 17 ganjaran pahala.
  4. Bayangkan jika rugi dua peratus pun sudah membimbangkan para pelabur, inikan pula 17 peratus.
  5. Jika satu hari mereka mengabaikan solat berjemaah, kerugian pahalanya berjumlah 85. Bagaimana jika sepanjang hayat mereka abai solat fardu berjemaah?
  6. Pasti berdepan dengan suatu jumlah kerugian yang boleh menyebabkan masa depan akhirat seseorang terlalu malang.
  7. Nabi s.a.w. sebelum mengangkat takbiratul ihram ketika menjadi imam, terlebih dahulu baginda s.a.w. pastikan tentang saf solat dalam keadaan rapat dan lurus.
  8. Sebagai pemimpin masyarakat, baginda s.a.w. juga prihatin terhadap orangorang yang tidak hadir solat berjemaah.
  9. Sifat kepedulian yang tinggi sangat mustahak bagi seorang pemimpin, iaitu mengambil tahu siapa yang hadir berjemaah atau sebaliknya.
  10. Apabila Nabi s.a.w. sedar ada orang yang sepatutnya tunai solat fardu berjemaah, tetapi tidak berbuat demikian, Nabi s.a.w. bersabda di hadapan para jemaah yang bermaksud: "Sesungguhnya aku rasa hendak melantik seorang supaya menjadi imam solat kepada orang ramai. Kemudian aku hendak perhati siapakah orang yang tidak tunai solat berjemaah, aku hendak bakar rumahnya."
  11. Meskipun amaran bakar rumah itu tidak tertunai oleh Nabi s.a.w., namun ia cukup bagi menggambarkan betapa perbuatan abai solat fardu jemaah itu sangat dibenci oleh Islam.
  12. Penghuni bumi yang tidak melaksana kewajiban agama terutamanya solat berjemaah, disifatkan oleh Nabi s.a.w. sebagai warga dunia yang tidak memahami peranan hidup hanya sementara di muka bumi ini.
  13. Allah SWT dengan rahmatNya telah melengkapkan segala keperluan untuk manusia, bumi sebagai tempat tinggal dengan udara yang nyaman serta air yang menumbuhkan pepohon buah buahan sebagai rezeki.
  14. Semua itu bukan untuk manusia duduk bersenang lenang dengan percuma, sebaliknya untuk bekalan beribadat kepada Allah SWT. Kemuncak ibadat ialah solat dan kesempurnaan solat hanya dengan berjemaah.
  15. Hidup mewah dan berseronok di bumi dengan pelbagai nikmat kurnia Allah SWT tetapi melupakan-Nya, insan seperti itu dianggap tidak berguna oleh Nabi s.a w. Kewujudannya dalam masyarakat tidak mendatangkan manfaat, justeru diancam akan dibakar rumahnya.
  16. Di samping ancaman bakar rumah orang yang tidak menunaikan solat berjemaah, Nabi s.a.w. menyindir gojongan tersebut dengan sabdanya yang bermaksud: "Kalaulah mereka mendapat tahu selepas solat fardu berjemaah disediakan jamuan hidangan paha kambing yang lemak atau jamuan sup kaki kambing, nescaya mereka akan hadir tunai solat berjemaah.
  17. Penyakit tidak nampak kepentingan akhirat dan berbuat sesuatu amal hanya jika faedahnya,dapat dilihat depan mata, merupakan penyakit yang diwarisi sejak zaman Nabi s.a.w. lagi.
  18. Justeru, janganlah merasa hairan jika watak seperti itu menimpa umat kini, jika di zaman Nabi s.a.w. sudah wujud penyakit itu.
  19. Sayidina Usman Affan berkata mengenai solat jemaah yang diambil mafhumnya daripada kata-kata Nabi s.a.w., "Sesiapa yang hadir solat jemaah isyak, seolah-olah mereka telah solat Tahjud seperdua malam."
  20. Bukan suatu kerja yang mudah bangun separuh malam bagi melakukan solat Tahajud, tetapi dengan hadir solat jemaah Isyak mendapat pahala yang menyamai dengan solat Tahjud seperdua malam.
  21. Selain itu, Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: "Kalaulah tidak menjadi musyaqqah (kesukaran) kepada umatku, nescaya akan ku suruh bersugi setiap kali hendak solat dan kuperintah juga melewatkan solat jemaah Isyak."
  22. Suatu riwayat menyebut bahawa Nabi s.a.w. mendirikan solat jemaah Isyak ketika para sahabat sudah mulai mengantuk, menunjukkan bahawa solat jemaah Isyak itu agak lewat malam.
  23. Wajarlah Allah SWT berjanji hendak beri pahala solat Tahjud seperdua malam, kerana para sahabat melaksanakan solat jemaah Isyak dalam situasi jihad melawan nafsu menahan mengantuk menunggu agak lewat malam.
  24. Oleh kerana Nabi s.a.w. bimbang akan membebankan umatnya, justeru bersugi setiap kaji hendak solat dan juga melewatkan solat jemaah Isyak menjadi amal pilihan kepada umatnya yang ingin mendapat pahala lebih.
  25. Sabda Nabi s.a.w. lagi yang bermaksud: "Sesiapa jua yang hadir solat Subuh berjemaah, ia laksana mendirikan solat Tahjud sepenuh malam."
  26. Seorang alim bernama Muhamad bin Wasik berkata: "Aku berpuas hati jika dapat melakukan tiga perkara di dunia ini. Pertama; mempunyai sahabat yang mampu menegur dan membetulkan kesalahanku. Kedua; rezeki yang memenuhi keperluanku tanpa kesukaran mendapatnya. Ketiga; mendirikan solat berjemaah, dengan itu aku terlepas daripada terlupa dan ada malaikat menulis pahala aku sojat berjemaah."
_______________________________
Mauidzah Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat
Harakah 10 - 12 Februari / 17 - 19 Rabi'ul Awal 1433

Wednesday, February 8, 2012

Dengan solat, mengadu terus kepada Allah

  1. SAYIDINA Ali bin Abi Talib berkata: "Tidak akan selamat pekerjaan umat mutakhir, kecuali meneladani cara amalan umat terdahulu yang membawa kepada keselamatan."
  2. Satu dari caranya ialah meneliti dan mempelajari hal ehwal keselamatan umat terdahulu dari kalangan para sahabat, khususnya mengenai solat.
  3. Iaitu perkara zahir solat sejak dari urusan wuduk sebagai pembuka solat, juga rukun dan syarat sahnya.
  4. Lebih utama lagi ialah dari segi rohaninya, khusyuk dan tawaduk dalam solat. Pergerakan hati ketika solat sama ada lebih banyak ke arah perkara luar dari solat, atau tertumpu kepada bacaan solat serta pergerakan rukunnya.
  5. Adakah hati tertumpu sepenuhnya kepada maksud bacaan sejak takbiratul ihram, diikuti beberapa rukun tiga belas yang lain. Adakah semakin lama ibadat solat itu, semakin baik dan dimakbul Allah SWT?
  6. Sebagaimana sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: "Barang siapa yang mendirikan solat pada waktunya, dan mereka cermat dengan basuhan wuduknya, diikuti rukuk dan sujud yang sempurna serta khusyuknya diangkat ibadat solat itu ke langit dalam keadaan putih melepak, solat itu berkata; wahai orang ampunya solat, aku berdoa kepada Allah SWT, agar Allah menjagamu sebagai kamu menjagaku dengan sempurna dahulu.
  7. Sebaliknya sesiapa yang mengerjakan solat tidak menjaga waktunya, dan tidak cermat basuhan wuduknya serta rukuk dan sujudnya.
  8. Solat yang tidak sempurna itu akan dinaikkan ke langit dalam keadaan hitam legam, sambil berkata: "Aku berdoa agar Allah SWT akan abaikan kamu sebagaimana kamu mengabaikan aku dahulu."
  9. Solat yang hodoh itu digumpal oleh Allah SWT sebagaimana menggumpal kain buruk dan di lontarkan kembali ke muka orang yang ampunya solat hodoh itu."
  10. Sesungguhnya orang yang telah tunaikan solat, tidak boleh merasa puas hati dan menganggap kerja amalnya  sudah selesai. Sebenarnya masih ada perkara yang tertinggal dari pengetahuan orang berkenaan.
  11. Solat bermula dengan wuduk, Nabi s.a.w. memberitahu bahawa wuduk adalah kunci kepada ibadat solat. Wuduk yang sempurna dan cermat saja yang layak menjadi pembuka solat. Maksud Asbagha wudhu-aha' seperti yang disebut oleh Nabi s.a.w., ialah selain basuhannya rata pada anggota wuduk, juga melebihkan sedikit basuhan dari had sempadan yang ditetapkan oleh syarak.
  12. Setelah itu ditunaikan solat dengan sebaiknya sebagaimana sabda Nabi s.a.w.: "Wa atamma rukuaha wa sujudaha wa khusyu'aha" iaitu sempurna ruku' dan sujudnya serta khusyuk solatnya.
  13. Rukuk yang sempurna mesti ada 'tumakninah' (waktu bertenang), iaitu memberi masa kepada anggota untuk tetap seketika sebelum berpindah ke rukun yang lain.
  14. Kadar bongkoknya seimbang, rata paras antara kepala dan punggung, sekira-kira diletak papan di atasnya tiada terjungkit tinggi atau rendah sama ada bahagian kepala atau punggungnya.
  15. Begitu juga cara meletak tangan ketika rukuk dengan tertib, iaitu kedua telapak tangan menggenggam lutut. Sementara jari jemari ke hadapan bersetentang dengan kiblat.
  16. Bacaan tasbihnya ketika rukuk "Subhana rabbial `Azim" dengan sebutan makhrajnya betul dan jelas, tidak secara sambil lewa.
  17. Bagaikan seorang bercakap secara berdepan dengan Allah SWT, lebih dari seorang rakyat menghadap raja dengan sembah kata menjunjung kasih.
  18. Selain sempurna rukuk dan sujudnya, diikuti pula dengan khusyuk. Yang dimaksudkan dengan khusyuk itu ialah hatinya tenang ketika solat, kerana sedang tertumpu ingatan kepada Allah SWT.
  19. Di antara tanda khusyuk ialah tubuh badannya turut tenang sejajar dengan ketenangan hati. Tidak melakukan sesuatu pergerakkan yang tiada kaitan dengan rukun solat.
  20. Kepada orang yang sempurna dan khusyuk solatnya, maka solatnya diangkat ke langit dalam keadaan cemerlang putih melepak.
  21. Ertinya ibadat solat itu diterima menghadap ke hadirat Allah SWT dalam situasi sempurna dan cemerlang.
  22. Lalu solat yang cemerlang itu berdoa kepada Allah SWT dengan katanya: "Semoga Allah SWT menjagamu, sebagaimana kamu telah menjagaku dengan cermat sempurna."
  23. Sebaliknya orang yang mendirikan solat tidak pada waktunya atau mengabaikan solat, tidak cermat wuduknya tidak sempurna ruku' dan sujudnya, malah tidak khusyuk solatnya akan diangkat juga ke langit, tetapi dengan keadaan hitam legam. Sesungguhnya hitam legam itu sebagai simbul penolakkan Allah SWT terhadap ibadat itu.
  24. Solat yang hitam legam itu berdoa pula kepada Allah SWT dengan doanya yang buruk: "Semoga Tuhan abaikan orang ini, sebagaimana dia telah mengabaikan aku dahulu."
  25. Setelah itu solat yang hitam legam itu digumpal seperti sekepal kain buruk, lalu dilontarkan ke muka orang yang abai terhadap solatnya.
  26. Dilontar ke muka orang yang ampunya amal, dalam erti kata telah ditolak solat tersebut oleh Allah SWT dalam keadaan murka.
  27. Masalahnya lontaran itu tidak disedari oleh orang yang melakukan solat tidak cermat itu, kerana yang dilontar itu bukan benda yang boleh dirasai oleh orang yang terkena lontaran itu.
  28. Tidak sedarnya itu menyebabkan mereka tidak akan insaf, malah merasa optimis kerana telah melakukan kewajipan ibadat fardu itu.
  29. Pada sangkaannya tanggung jawab dan kewajipan fardu telah selesai, hanya menanti hasilnya untuk dituai di akhirat kelak.
___________________________________
Mauidzah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Harakah 6 - 9 Februari 2012 / 13 - 16 Rabi'ulAwal 1433

Tuesday, February 7, 2012

Salam Touch and Go

Kuliah Maghrib (6. 2. 2012 / 13 Rabi'ul Awal 1433 - Selasa)
Ustaz Ziaul Haq

Sunnah ialah apa yang dilakukan oleh Nabi SAW, sebutannya dan perlakuan daripada Nabi SAW.
Dari segi bahasa, sunnah bermakna satu jalan yang dibuat, sama ada bermatlamat baik ataupun buruk.
Perkara sunnah terbahagi kepada dua iaitu:
Sunnah yang besar dan Sunnah yang kecil.
Ustaz menjelaskan sebenarnya ada sunnah yang besar dan ada sunnah yang kecil. Selama ini orang Melayu Islam terlalu membesarkan yang kecil dan pada masa sama meremehkan sunnah yang besar.
Contoh sunnah yang kecil seperti mengucapkan salam dan berjabat tangan sesama Muslim adalah perkara yang terpuji dan disukai dalam Islam. Maka pada ketika bersalaman itu hendaklah kita memberikan senyuman dan memandang ke arah muka orang yang bersalaman itu.

Sunday, February 5, 2012

Kuliah Subuh 12 Rabi'ul Awal

Penawar Bagi Hati
(Asy-Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muthalib Al-Indonesia Al-Mandili)

Kitab Yang kedua Pada Menyatakan Kalbu

Saturday, February 4, 2012

Tahlil Perdana dan Solat Hajat


Majlis dimulai dengan ucapan aluan oleh Tuan Haji Ahmad bin Disa selaku Pengerusi Masjid. Kemudian diikuti oleh ucapan daripada YB Khasim Abdul Aziz.

Di akhir majlis ada jamuan yang mana ia dimasak oleh AJK masjid sendiri.

Friday, February 3, 2012

Jadual Februari / Rabi'ul Awal 1433

HARI H KULIAH PENCERAMAH KITAB / TOPIK
 1 Rabu  8 Maghrib Ust Ishak Din Permasalahan Aqidah Tauhid
 2 Khamis  9 Maghrib Bacaan Ya'sin Ust M. Ghoffur Daud
 3 Jumaat 10
Khutubah Ust. Nazeri Mustapha -



Maghrib Tahlil & Solat Hajat Pejabat DUN Lembah Jaya
 4 Sabtu 11 Subuh Ust Hadi Talha Makhluk halus & gangguannya



Maghrib Ust Nazeri Mustapha Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah
 5 Ahad 12 Subuh Ust Surizal A. Rahim Penawar bagi Hati

8.30pg
Dhuha - Kuliah Dhuha Muslimat



Maghrib -
 6 Isnin 13 Maghrib Ust Ziaul Haq Mauizatul Mukminin
 7 Selasa 14 Maghrib Ust. Musa Baharuddin Tarbiyah Aulad Fil Islam
 8 Rabu 15 Maghrib Ust Nazeri Mustapha Fiqhul Manhaji Mazhab Shafie
 9 Khamis 16 Maghrib Bacaan Ya'sin Ust Mohd Ghofur
10 Jumaat 17 Khutubah Ust Nazeri Mustapha



Maghrib Ust M. Razi Asror Hidayatul Salikin
11 Sabtu 18 Subuh Ust Drs Sapawi Che Mat Adad Sopan dalam Islam



Maghrib Ust M. Ghoffur Daud Hadis 40
12 Ahad 19 Subuh Ust Musa Baharuddin Tarbiyah Aulad Fil Islam

10.00
Dhuha Ust Yusuf Embung Kuliah Dhuha umum



Maghrib Forum Maulidur Rasul Panel: Ust Mohd Ashraff





Panel: Ust Mohd Ikram Ahmad
13 Isnin 20 Maghrib Ust Ahmad Subki Tajwid Al-Qur'an
14 Selasa 21
Maghrib Ust Fazlul Rahimi Bidayatul Hidayah
15 Rabu 22 Maghrib Ust Ishak Din Permasalahan Aqidah Tauhid
16 Khamis 23 Maghrib Bacaan Ya'sin Ust Nazeri Mustapha
17 Jumaat 24 Khutubah Ust Nazeri Mustapha



Maghrib Ust Shukri Harun Tafsir Surah Al-Insan
18 Sabtu 25 Subuh Ust Imran Al-Malizi Minhajul Abidin



9.00 Mesyuarat Agong  Kali ke2



Maghrib Ust M Fadli Ismail Tafsir Surah Juzuk 30
19 Ahad 26 Subuh Ust Ibrahim Zakaria Umum



Maghrib Ust Farhan Sood Aqidah Ahlussunnah
20 Isnin 27 Maghrib Ust M. Rashdan Yunus 40 Hadis Penawar Hati
21 Selasa 28 Maghrib Ust M Ghoffur Daud Riyadhussalihin
22 Rabu 29 Maghrib Ust Nazeri Mustapha Fiqhul Manhaji Mazhab Shafie
23 Khamis 30 Maghrib Bacaan Yasin
Ust Mohd Ghhoffur
24 Jumaat  1 Khutubah Ust Fazlul Rahimi



Maghrib Ust M. Razi Asror Hidayatul Salikin
25 Sabtu  2 Subuh Ust Drs Sapawi Che Mat Adab dan Sopan dalam Islam



Maghrib Ust Nazeri Mustapha Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah
26 Ahad  3 Subuh Ust Abu Dzar Mamat Tafsir Al-Munir



Maghrib Ust Shamsul Hakim Rahiqul Makhtum
27 Isnin  4
Maghrib Ust Ahmad Subki Tajwid Al-Qur'an
28 Selasa  5
Maghrib Ust Shaari Che In Munyatul Musolli
29 Rabu  6
Maghrib Ust Pauzi Abd Kader Tafsir Sya'rawi
_________________________________
Nota:
Ust Abcde - Kuliah dibatalkan