- Jadual di atas ini beberapa surah yang sunat dibaca di dalam solat lima waktu setelah membaca fatihah pada rakaat yang pertama dan yang kedua.
Thursday, March 29, 2012
Bacaan Surah dalam Solat Fardhu
Monday, March 26, 2012
Roberto Maroni
Kuliah Maghrib 25.3.2012 / 2 Jamadil Awal 1433 (Ahad)
Ustaz Shamsul Hakim
Kitab Rahiqul Makhtum
Ustaz menghuraikan tentang kisah bagaimana Umar memeluk Islam.
Ustaz menyelitkan satu berita yang berlaku di Itali bagaimana rakyatnya mahukan agar tudung diharam dipakai oleh wanita-wanita muslim.
Roberto Maroni, Italian Minister: "If Virgin Mary appears wearing a Veil on all her pictures, how can you ask me to sign on a HIJAB BAN law?"
Facebook Jesus is NOT God !

What the Italian interior minister said about Veil?
Roberto Maroni, Italian Minister: "If Virgin Mary appears wearing a Veil on all her pictures, how can you ask me to sign on a HIJAB BAN law?"
Facebook Jesus is NOT God !
Thursday, March 22, 2012
Pesanan Ustaz Ishak Din
Golongan Orang yang Mati Su’ul KhatimahKuliah Maghrib
21.3.2012 / 27 Rabi'ul Akhir 1433 (Rabu) Orang yang dianggap mati dalam keadaan su'ul Khatimah ialah orang yang mati dalam keadaan berdosa besar tanpa sempat bertaubat, contohnya meninggalkan perintah Allah yang wajib dan melanggar larangan Allah.
|
Wednesday, March 21, 2012
Kuliah Ustaz Mohd Ghhoffur
RIYADHUS SHALIHIN
Kuliah Maghrib
Selasa 20 Mac 2012 / 26 Rabi'ul Akhir 1433
Kuliah Maghrib
Selasa 20 Mac 2012 / 26 Rabi'ul Akhir 1433
BAB 11 Bersungguh-sungguh
Sambungan daripada bulan lepas.
Hadis Kedua: Dari Anas r.a. dari Nabi s.a.w. dalam sesuatu yang diriwayatkan dari Tuhannya 'Azzawajalla, firmanNya - ini juga Hadis Qudsi :
"Jikalau seseorang hamba itu mendekat padaKu sejengkal, maka Aku mendekat
padanya sehasta dan jikalau ia mendekal padaKu sehasta, maka Aku mendekat padanya sedepa. Jikalau hamba itu mendatangi Aku dengan berjalan, maka Aku mendatanginya dengan bergegas-gegas." (Riwayat Bukhari)
Keterangan:
Hadis yang tercantum di atas itu adalah sebagai perumpamaan belaka, baik bagi Allah atau bagi hambaNya. Jadi maksudnya ialah barangsiapa yang mengerjakan ketaatan kepada Allah sekalipun sedikit, maka Allah akan menerima serta memperlipat-gandakan pahalanya, juga pelakunya itu diberi kemuliaan olehNya selama di dunia sampai di akhirat. Makin besar dan banyak ketaalannya, makin pula besar dan bertambah-tambah pahalanya. Manakala cara melakukan ketaatan itu dengan perlahan-lahan, Allah bukannya memperlahan atau memperlambatkan pahalanya, tetapi bahkan dengan segera dinilai pahalanya itu dengan penilaian yang luar biasa tingginya.

Sunday, March 18, 2012
Laporan Kewangan 2011
- MESYUARAT AGONG KALI KE 2 INI TELAH DIADAKAN
PADA 18 FEBRUARI 2012, SABTU 9.00 PAGI BERTEMPAT
DI DEWAN SOLAT MASJID TAMAN KOSAS.
Sunday, March 11, 2012
Monday, March 5, 2012
Penawar bagi Hati
Kuliah Subuh (Ahad)
4 Mac 2012 / 10 Rabi'ul Akhir 1433
Ustaz Surizal Abd Rahim
4 Mac 2012 / 10 Rabi'ul Akhir 1433
Ustaz Surizal Abd Rahim
- Pada Qolbi (hati) itu terkandungnya akan sifat kecelakaan yang sepuluh. Dan ketahuilah olehmu bahawa Qolbi itu ada dua maknanya. Makna jasmaninya adalah seketul daging di dada sebelah kiri yang menerupai akan dia jantung pisang dan di dalamnya terdapat lubang-lubang yang mengandungi darah yang hitam. Makna Rohaninya adalah sesuatu yang halus yang mengetahui dan yang mengenal akan sesuatu dan memperoleh akan manusia. Dan sesungguhnya ia adalah hakikat bagi manusia. Dan pada Rohaninyalah terkandung segala rahsia diri yang mana disuruh dan dilarang. Dan dialah jua yang mempengaruhi hati jasmani untuk melaku, mengucap dan mengamal segala yang diperintahkan. Dan Taat seorang manusia itu apabila dia tahu sangkut paut pada jasmani dan rohani hati itu. Apabila mengetahui akan sifat hati itu, maka hendaklah dihalusi bahawa Maha Pencipta itu tidaklah sama sekali memandang pada hati jasmaninya. Sesungguhnya Allah tidak memandang segala rupa kamu dan segala badan kamu dan hanya menilik akan Dia segala Hati kamu.
Friday, March 2, 2012
Kuliah Ustaz Roszairani Ahmad
Kuliah Maghrib ustaz kali kedua di Masjid Taman Kosas.
Kisah ringkas tentang Al-Imam Habib Abdullah Al-Haddad
Beliau bernama Abdullah bin Alawi bin Muhammad bin Ali Al-Tarimi Al-Haddad Al-Husaini Al-Yamani. Beliau (rahimahullah) dilahirkan di Subir sebuah perkampungan berhampiran kota Tarim di Wadi Hadhramaut, selatan negeri Yaman pada hari Ahad 5 haribulan Safar tahun 1044 hijriah bersamaan 30 haribulan Julai tahun 1634 Masehi. Al-Habib telah diasuh dan ditarbiahkan di Kota Tarim. Ketika beliau meningkat umur empat tahun, Al-Habib dijangkiti penyakit cacar yang mengakibatkan kehilangan daya penglihatan. Walaupun demikian, Allah yang Maha Agong lagi Mulia telah menggantikan kepada Al-Habib dengan mata hati (cahaya ilmu dan pengetahuan serta keyakinan dan wilayah). Berasaskan kurniaan ini, Al-Habib telah berusaha dengan penuh dedikasi dan kegigihan menceduk ilmu dari sejumlah besar para ulama’ di Yaman. Cinta beliau terhadap ilmu dan para ulama’ menghasilkan kebolehan menguasai ajaran para ahli tahkik (orang yang mengenali Allah dengan ‘ainul-yakeen serta hakkul-yakeen). Semenjak kecil lagi beliau memaparkan kekuatan usaha ibadat dan kerajinan memuntut ilmu.

- Kitabnya yang bertajuk "An-Nasa'ih ad-Diniyya Wal Wasaya al-Imaniyyah" atau "Nasihat Agama dan Wasiat Iman", merupakan buku yang jelas dan menerangkan tentang keimanan Muslimim. Buku ini telah diterjemah ke dalam bahasa Melayu oleh Syed Ahmad bin Semait di Singapura.
Jadual Kuliah Mac / Rabi'ul Akhir 1433
HARI | H | KULIAH | PENCERAMAH | KITAB / TOPIK | |
1 | Khamis | 7 | Maghrib | Ust Nazeri Mustapha | Bacaan Yasin |
2 | Jumaat | 8 | Khutbah | Ust Mohd Ghhoffur | - |
Maghrib | Ust Roszairani Ahmad | Umum | |||
3 | Sabtu | 9 | Subuh | Ust Hadi Talha | Makhluk Halus & Gangguannya |
Maghrib | Ust Nazeri Mustapha | Mukthasar Ibni Abi Jamrah | |||
4 | Ahad | 10 | Subuh | Ust Surizal Abd Rahim | Penawar bagi Hati |
Maghrib | Ust Mohd Azrul Azuan | Umum | |||
5 | Isnin | 11 | Maghrib | Ust Ziaul Haq | Mauizatul Mukminin |
6 | Selasa | 12 | Maghrib | Ust Musa Baharuddin | Tarbiyah Aulad Fil Islam |
7 | Rabu | 13 | Maghrib | Ust Ishak Din | Permasalahan Aqidah Tauhid |
8 | Khamis | 14 | Maghrib | Bacaan Yasin | - |
9 | Jumaat | 15 | Khutbah | Ust Nazeri Mustapha | |
Maghrib | *Ust Umar Bangsawan (Sabah) | ||||
10 | Sabtu | 12 | Subuh | Ust Drs Sapawi Che Mat | Adab Sopan dalam Islam |
Maghrib | Ust Mohd Ghhoffur | Hadis 40 | |||
11 | Ahad | 13 | Subuh | Ust Musa Baharuddin | Tarbiyah Aulad Fil Islam |
9.00 | Dhuha | Ust Yusof Embung | Kuliah Dhuha Bulanan | ||
Maghrib | Ust Umar Bangsawan | Umum | |||
12 | Isnin | 14 | Maghrib | - | - |
13 | Selasa | 15 | Maghrib | Bidayatul Hidayah | |
14 | Rabu | 16 | Maghrib | Ust Nazeri Mustapha | Fiqh Al Manhaji Mazhab Shafie |
15 | Khamis | 17 | Maghrib | Ust - | Bacaan Yasin |
16 | Jumaat | 18 | Khutbah | Ust M Ghhoffur Daud | |
Maghrib | Ust Shukri Harun | Tafsir Surah Al-Insan | |||
17 | Sabtu | 19 | Subuh | Minhajul Abidin | |
Maghrib | Ust M Fadli Ismail | Tafsir Surah Juzuk 30 | |||
18 | Ahad | 20 | Subuh | Ust Ibrahim Zakaria | Umum |
Maghrib | Ust Roszairani Ahmad | Umum | |||
19 | Isnin | 21 | Maghrib | Ust M. Rashdan Yunus | 40 Hadis Penawar Hati |
20 | Selasa | 22 | Maghrib | Ust Mohd Ghhoffur | Riadhus-Salihin |
21 | Rabu | 23 | Maghrib | Ust Ishak Din | Permasalahan Aqidah Tauhid |
22 | Khamis | 24 | Maghrib | Bacaan Yasin | - |
23 | Jumaat | 25 | Khutbah | Ust Fazlul Rahimi | |
Maghrib | Ust M. Razi Asror | Hidayatul Salikin | |||
24 | Sabtu | 26 | Subuh | Adab Sopan dalam Islam | |
Maghrib | Ust Nazeri Mustapha | Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah | |||
25 | Ahad | 27 | Subuh | Ust M Ikram Badaruddin | Umum |
Maghrib | Ust Shamsul Hakim | Rahiqul Makhtum | |||
26 | Isnin | 28 | Maghrib | Ust Ahmad Subki | Tajwid Al-Qur'an |
27 | Selasa | 29 | Maghrib | Ust Shaari Che In | Munyatul Musoli |
28 | Rabu | 30 | Maghrib | Ust Nazeri Mustapha | Fiqhul Manhaji Mazhab Shafie |
29 | Khamis | 1 | Maghrib | Ust - | Bacaan Yasin |
30 | Jumaat | 2 | Khutbah | Ust Nazeri Mustapha | |
Maghrib | Ust Imran Al Malizi | Minhajul Abidin |
Nota:
*Ust Abcde - Ustaz ganti
Subscribe to:
Posts (Atom)