Friday, December 27, 2013

Tafsir Al Munir

Kuliah Subuh

22 Safar 1435 H = 25 Disember 2013 (cuti umum)
Ustaz Abu Zar Mamat
Tafsir Surah Al-Bayyinah
Surah ke-98: 8 ayat
Imam Ahmad meriwayatkan dari Anas bin Malik dia berkata: Rasulullah bersabda kepada Ubay bin Ka'ab: “Sesungguhnya Allah menyuruhku untuk membacakan kepadamu, Lam Yakuniladzi..... Ubay bertanya, Dia menyebut namaku kepadamu?' Beliau menjawab", 'Ya,’ maka Ubay pun menangis.
Diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan an-Nasa-i.



(Bacaan oleh Mahmoud Ali Al Banna)




  1. Orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) serta orang-orang musyrik, tidak akan terlepas (dari kepercayaan dan amalan masing-masing) sehingga datang kepada mereka bukti yang jelas nyata,(1)
  2.  Iaitu seorang Rasul dari Allah yang membacakan (kepada mereka) Lembaran-lembaran Suci,(2) 
  3. Terkandung di dalamnya pelajaran-pelajaran dan hukum-hukum yang benar.(3) 
  4. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Kitab (Taurat dan Injil) itu, tidak berpecah-belah melainkan setelah datang kepada mereka bukti yang jelas nyata.(4)
  5. Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Ugama yang benar.(5) 
  6. Sesungguhnya orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab dan orang-orang musyrik itu akan ditempatkan di dalam neraka Jahannam, kekallah mereka di dalamnya. Mereka itulah sejahat-jahat makhluk.(6) 
  7. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal salih, mereka itulah sebaik-baik makhluk.(7)
  8. Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah Syurga `Adn (tempat tinggal yang kekal), yang mengalir dibawahnya beberapa sungai kekallah mereka didalamnya selama- lamanya Allah redha akan mereka dan merekapun redha (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya.(8)

Thursday, December 26, 2013

Bengkel Penubuhan Koperasi Kariah Masjid  anjuran bersama JAIS dan Angkasa Bhd

Tarikh: 24 Disember 2013 
Tempat : Puri Pujangga UKM Bangi
 

Sunday, December 8, 2013

Makhluk Halus dan Gangguannya

Ustaz Hadi Talha 
Kuliah Subuh 
Sabtu 
4 Safar 1435 (7 Disember 2013)

Penjagaan dan Perlindungan 
Menghindar daripada gangguan syaitan 
  1. Sarapan dengan tamar ajwa Sabda Rasulullah S.A.W., “Sesiapa yang makan tujuh buah tamar (kurma) di pagi hari maka dia akan selamat dari bisa, racun dan sihir pada hari itu”. (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim) 
  2. Sentiasa dalam keadaan berwudhu 
  3. Menjaga solat berjamaah 
  4. Solat malam 
  5. Membaca ta’awudz أَعُوْذُبِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ sebelum masuk tandas dan doa
  6. Membaca ta’awudz ketika solat 
  7. Berwudhu sebelum tidur
  8. Membaca Surah Al-Baqarah Ayat 1 - 5 
    • Membaca Ayat Kursi dan 2 ayat berikutnya 
      Membaca 3 ayat terakhir Surah Al-Baqarah 
      Maka terlindung dengannya daripada sihir dan jin pada malamnya hingga esok harinya. 
  9. Membaca setelah solat Subuh bacaan berikut: 
      Bacaan tersebut dibaca 100 kali sehari, maka faedahnya adalah memerdekakan 10 hamba, ditulis bagi pembacanya 100 kebaikan, dihapus darinya sepuluh keburukan, dan dia mendapatkan penjagaan dari setan sehari itu sampai kepetang.

Amalan Perlindungan daripada gangguan makhluk halus ini akan disambung pada kuliah Subuh tahun depan.

Monday, December 2, 2013

Program Cuti Sekolah 2 in 1

Jadual Kuliah December / Safar 1435

 HARISafar  KULIAH PENCERAMAH KITAB / TOPIK
 1Ahad-1 27SubuhUst Surizal A. RahimPenawar bagi Hati

MaghribUst Asmadi Abd Rahman*ganti Ust Azmi Ishak
 2 Isnin 28MaghribUst Ziaul HaqMauizatul Mukminin
 3Selasa 29MaghribUst Usamah M. RadziMengapa saya keluar Syiah
 4Rabu 1MaghribUst Ishak DinPermasalahan Aqidah Tauhid
 5Khamis 2MaghribImam BertugasBacaan Yasin & Tahlil
 6Jumaat 3KhutbahUst Nazeri Mustapha  



MaghribUst Umar bangsawan Uswatun Hasanah
 7 Sabtu 4SubuhUst Hadi TalhaMakhluk Halus dan Gangguannya


MaghribUst Nazeri MustaphaMukhtasar Ibni Abi Jamrah
 8Ahad-2 5SubuhUst Imran SelamatMinhajul Abidin



MaghribUst Abu Zar Mamat**ganti - Ust Mustapha
 9Isnin 6MaghribUst Azman AhmadTanda-tanda Kiamat
10Selasa 7MaghribUst Fazlul RahimiBidayatul Hidayah
11Rabu 8MaghribUst Mohd Ghoffur*ganti Ust Nazeri Mustapha
12 Khamis 9MaghribUst Fauzi Abd KadirTafsir Sya'arawi
13Jumaat 9Khutbah Ust Mohd Ghoffur Daud



MaghribUst Imran SelamatMinhajul Abidin
14 Sabtu  11SubuhUst Drs Sapawi Che MatAdap Sopan Dalam Islam


MaghribUst Yusof Embong Umum
15Ahad-3 12SubuhUst Ibrahim ZakariaNota kuliah disediakan


MaghribUst Azmi Ishak55 Wasiat Rasul
16Isnin 13MaghribUst Rashdan Yunus40 Hadis Penawar Hati
17Selasa 14MaghribUst Mohd Ghoffur DaudRiyadhus-Salihin
18 Rabu 15MaghribUst Ishak DinPermasalahan Aqidah Tauhid
19Khamis 16MaghribUst Faisal HakimKitab Imam Sy. Abd Majid AzZindani
20Jumaat 17Khutbah Mohd Asri Mohd Yusoff


Maghrib Ust.Shukri Harun50 tanda-tanda orang munafik
21 Sabtu 18SubuhUst Yusof JohanTauhid, Akidah Ahli Sunnah



MaghribUst Mohd GhoffurTajwid Al-Quran
22Ahad-4 19SubuhUst Abu Zar Mamat Tafsir Al Munir


Maghrib Ust Shamsul HakimRahiqul Makhtum
23Isnin 20MaghribUst Salman MaskuriUst Zulkifli Shaari *ganti
24Selasa 21MaghribUst Mohd GhoffurTajwid Al-Quran
25Rabu  21MaghribUst Nazeri MustaphaFiqhul Manhaji Mazhab Shafie
26Khamis  23MaghribImam 2
Bacaan Yasin & tahlil
27Jumaat 24Khutbah Ust Nazeri Mustapha



MaghribUst M. Razi AsrorUst Zulkifli Shaari
28Sabtu  25 SubuhUst Drs Sapawi Che MatAdab Sopan Dalam Islam



Maghrib Ust Nazeri MustaphaMukhtasar Ibnu Abi Jamrah
29Ahad-5 26 Subuh Ust M Radhi Abd GhaniUmum



Maghrib Ust Fauzi Abd KadirTafsir Al-Munir
30Isnin  27 Maghrib Ust - JemputanUmum
31Selasa  28 Maghrib Ust - JemputanUmum

Sunday, December 1, 2013

Kuliah Tajwid Al-Quran

Kelas pengajian Tajwid Al Quran telah bermula pada Selasa, 26 November di bawah bimbingan Ust Mohd Ghoffur. 
Takrifan ilmu tajwid ialah melafazkan setiap huruf dari makhrajnya yang betul serta memberi hak sifat-sifat yang asli dan sifat-sifat yang mendatang padanya.
Sumber rujukan dari buku Tajwid Al-Quran Rasm Uthmani, karangan Haji Abdul Qadir Leong.