Sunday, February 16, 2014

Yuran Khairat Kematian


    Yuran tahunan sebanyak RM50
    Berikut adalah kadar dan sumbangan kepada ahli-ahli apabila berlaku kematian:
  1. Ahli ------------------------------------------------------------------------------------------ RM1000.00
  2. Pasangan Ahli (Isteri atau Suami) ----------------------------------------------- RM1000.00
  3. Anak-anak Ahli yang belum berkahwin dan tinggal bersama Ahli --- RM500.00
  4. Ibu bapa atau mertua kepada Ahli yang tinggal bersama Ahli -------- RM500.00

Friday, February 14, 2014

Perbanyak zikir menyebut nama Allah sebelum ajal

  1. SABDA Rasulullah s.a.w. bermaksud: “Orang yang ahli ‘Lailaha illalah’ tidak akan berasa sunyi dan dukacita ketika dalam kubur dan bangkit daripadanya, seolah-olah mereka bangun dengan menguis tanah di atas kepalanya dengan berkata; segala puji bagi Allah yang telah menyingkir perasaan sedih dan dukacita daripada hatiku, sesungguhnya Engkaulah Tuhan tempatku memohon ampun dan bersyukur.”
  2. Kesepian dan dukacita merwakan hala azab yang menyeksa jiwa manusia, lebih-lebih lagi di alam barzah (kubur)yang keadaannya seorang diri. Bayangkan jika seseorang terdampar di gurun padang pasir, yang lengang tanpa kicauan burung dan tanpa manusia.Pastilah ía amat sepi yang mencengkam jiwa.
  3. Tidak berlaku kesepian dan kesunyian di alam kubur apabila semasa hayatnya sentiasa membaca dengan ikhlas dan sebanyak mungkin zikir ‘Lailahaillallah’. Apabila dilazimkan berzikir ‘Lailaha illallah’ ketika ingat dan sedar, insya-Allah lidah akan sering bergetar menyebutnya ketika hati dalam situasi biasa.
  4. Yang menjadi masalah ialah kelaziman bagi orang awam bertahlil hanya ketika berada di majiis rasmi di masjid atau majiis kenduri, waktu selebihnya lidah tersimpan sepi tanpa zikir. Tidak tahu ke mana hendak dituju selepas dibangkitkan dari kubur di akhirat kelak, seluruh manusia dihimpun di Mahsyar tanpa arah tuju. Mereka mencari Nabi Muhammad s.a.w. untuk mendapat pertolongan, tetapi tidak tahu di mana.
  5. Meskipun ramainya manusia tidak terhingga berhimpun di Mahsyar, mereka bagaikan tidak berteman kerana masing-masing dengan urusan yang hendak diselesaikan. Sebagaimana dinyatakan firman Allah SWT yang bermaksud: “Pada hari ketika manusia lari daripada saudaranya, daripada ibu dan bapanya, daripada isteri dan anak-anaknya, setiap orang daripada mereka pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menyibukkan.” (Surah Abasa ayat 34 hingga 37).
  6. Hanya dengan membanyakkan zikir ‘Lailaha illalah’ semasa hidup di dunia sebutan dengan hati ikhlas, Allah SWT janjikan fadilat yang akan mereka perolehi. Ialah tidak kesunyian dan dukacita pada hari Mahsyar yang amat kalut tetapi nafsi-nafsi itu. Maksud ikhlas ialah dengan penuh keyakinan bahawa tiada tuhan Yang Maha Berkuasa melainkan Allah, tidak berkehendak kecuali kepada Allah SWT Yang Maha Berkuasa,Maha Kaya, Maha Bijaksana dan segala Maha lagi.
  7. Layaklah mereka mendapat ganjaran syurga kerana mengucap ‘Lailaha ilallah’ benar-benar bertauhid kepada-Nya. Dengan keyakinan yang berasaskan tauhid kepada Allah SWT, akan mencapai kemuncak nikmat. Ketika menikmati kehidupan di alam barzah dibangkitan daripada kubur, terus ke Mahsyar dan akhirya memasuki syurga yang tidak dapat dibayangkan oleh akal fikiran.
  8. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Ya Abu Hurairah,segala kebajikan yang kamu buat sama ada dalam bentuk amalan atau ucapan akan ditimbang di akhirat, kecuali ucapan ‘Lailaha illallah’ tidak akan ditimbang dengan mizan biasa. Kalau pada ceper timbang yang sebelah ditaruh langit tujuh petala serta isinya, ceper yang sebelah lagi diletakkan ucapan ‘Lailaha illallah’ nescaya ia akan lebih berat lagi.”
  9. Wasiat Rasulullah s.a.w.kepada Abu Hurairah yang bermaksud: “Wahai Abu Hurairan, hendaklah kamu ajar orang yang hampir mati dengan ucapan ‘Lailaha illalIah’sesungguhnya kalimah ‘Lailahaillallah’ akan meruntuhkan segala dosanya” Sahabat bertanya; bahawa dibacakan kepada orang hampir mati, tetapi bagaimana pula terhadap orang yang hidup segar? Jawab Nabi s.a.w.: “Jika dibacakan kepada orang yang masih hidup ia lebih meruntuhkan lagi dosa-dosanya.”
  10. Bersabda Rasulullah s.a.w.maksudnya: “Wahai sekalian manusia di dunia ini, mempunyai bakat dan ada tokoh untuk memasuki syurga, kecuali orang tidak berhajat untuk memasukkinya.” Sahabat bertanya; ada jugakah manusia yang tidak berhajat masuk syurga? Jawab Nabi s.a.w.:“Memang ada iaitu mereka yang tidak menyebut ‘Lailaha illallah’(maksudnya tidak beriman kepada Allah SWT).
  11. Sabdanya lagi yang bermaksud: “Sesiapa yang menyebut ‘Lailaha illallab’ dengan penuh ikhlas, mereka akan masuk syurga.” Sebut saja kalimah ‘Lailaha illallah’dengan tidak ikhlas maka tiada jaminan untuk memasuki syurga.
  12. Untuk mengetahui ikhlas atau sebaliknya perhatilah amalan dan gerak geri selepas berzikir itu, jika tidak serupa dengan kehendak dan tuntutan kalimah ‘Lailahaillallah’ itu buktinya tidak ikhlas.
  13. Halal dan haram sama saja, tidak gerun terhadap maksiat yang mendatangkan dosa. Itu tandanya tidak ikhlas. Ada pandangan bahawa mukmin atau kafir itu masing-masing. Ini tidak betul bahkan ia pendapat syaitan untuk menyenangkan orang yang tidak percaya Tuhan. Memanglah iman dan kufur itu terletak di dalam hati.
  14. Bagaimanapun perkara yang di dalam itu akan terbit dan menjadi tanda, perangai adalah kuntum bunga sebagai tanda yang terbit daripada pohon hati. Seseorang boleh melindungi apa yang ada di hati tetapi untuk sementara waktu, kerana perbuatan dan perangai manusia akan tercetus setelah didorong oleh gejolak hati.
  15. Oleh itu hendaklah dengan ikhlas berkata ‘Lailaha illalah’ sebanyak mungkin, sebelum seseorang itu disekat oleh takdir Allah SWT khususnya ajal.
TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
24 RabiulAwal 1435 H @ 26 Januari 2014

Friday, February 7, 2014

Bertaubat, berwasiat sebelum tidur

  1. IMAM Ghazali menyatakan bahawa kebanyakan para nabi a.s. berdoa seperti yang bermaksud: "Ya Allah Tuhanku, aku minta ampun kepada-Mu daripada sebarang dosa yang aku telah bertaubat tetapi setelah itu aku lakukan semula. Aku minta ampun daripada semua yang telah aku janji dalam hati kepada-Mu tetapi tidak kulaksanakan."
  2. "Aku bertaubat daripada dosa waktu aku ibadat untuk Mu, tetapi tiba-tiba mencelah sesuatu menyebabkan ibadah berubah kerana yang lain daripada-Mu. Aku mohon ampun kepada-Mu kerana nikmat yang Engkau kurniakan tu sepatutnya untuk mentaati-Mu, sebaliknya telah aku gunakannya untuk maksiat dan ingkar suruhan-Mu." 
  3. "Wahai Tuhan Yang Maha mengetahui sama ada yang zahir atau yang batin, aku minta ampun daripada sebarang dosa yang ku lakukan di siang hari atau di malam gelap di tempat tersembunyi, ketika beramai atau ketika seorang diri, ampunilah daku wahai Tuhan yang Maha Lemah Lembut." 
  4. Demikian doa dan istighfar para nabi sejak daripada Nabi Adam hingga ke Nabi akhir zaman, yang telah dinukilkan oleh Imam al-Ghazali yang dimuatkan dalam kitabnya. Untuk mendapat perhatian dan menjadi amalan umat akhir zaman, kerana persoalannya sangat penting dan bernilai tinggi. 
  5. Kini akan membincangkan mengenai adab tidur. Meskipun tidur itu sebagai perkara tabie kebiasaan bagi manusia, sebagaiman makan minum dan naluri seumpamanya. Semua tuntutan naluri tabie dan segala gerak-geri itu, boleh dijadikan sumber pahala untuk bekalan akhirat. 
  6. Tidur merupakan kesinambungan daripada sifat mengantuk. Sesungguhnya sifat mengantuk itu bukan sesuatu yang dicari atau diusahakan, tetapi ia terjadi setelah tubuh letih akibat bekerja sepanjang hari. Islam mengajar kepada manusia sama ada perkara yang diikhtiar atau tidak jika seseorang itu tahu, ia akan jadi bekalan hidup di akhirat. 
  7. Tidur setelah didahului sifat mengantuk yang dikurniakan Tuhan, akan menjadikan tubuh rehat dan cergas semula, di akhirat ada habuan bagi manusia. Justeru, Islam mengajar peraturan dan adab tidur, supaya tidur menjadi suatu ibadah yang berfaedah kepada manusia di dunia dan akhirat. 
  8.  Antara peraturan dan adabnya, ialah bersihkan mulut dengan bersugi (gosok gigi) dan bersuci dengan berwuduk. Islam bukan saja suruh benvuduk ketika hendak menunaikan solat atau membaca al-Quran sahaja, bahkan Islam anjurkan berwuduk itu rnengajar manusia agar tidur dalam keadaan beribadat kepada Allah SWT. 
  9. Seseorang yang berwuduk andainya meninggal dunia semasa tidur, maka matinya dalam keadaan suci bersih. Tiada yang boleh beri jaminan bahawa selepas tidur dia akan bernafas semula untuk meneruskan hidupnya. Oleh itu, apabila seseorang hendak tidur dia hendaklah bersiap, kerana dia sendiri pun tidak mengetahui masih adakah baki umurnya selepas tidur. Setelah bersugi dan berwuduk mereka dikehendaki bersiap menyediakan air (khusus di tempat yang sukar dapat air) untuk bersugi dan berwuduk selepas bangun pagi esoknya. Jika dia dikurniakan umur lagi, persiapan itu untuk mengulangi keperluan bersugi dan berwuduk sebagai sunnah Nabi s.a.w. 
  10. Sebelum meletakkan kepala atas bantal untuk tidur, hendaklah dia menaruh azam dalam hati dengan niat untuk bangun menunaikan ibadat solat tahajud dan witir juga ibadah selainnya. Kalau tidur berniat begini akan dipermudah oleh Allah SWT untuk bangun di hujung malam. Kerana tidur dengan hasrat untuk melakukan ibadah sebagaimana kelazimannya, tidurnya tidaklah tidur mati tetapi sentiasa teringat ingat akan niatnya. 
  11. Adab tidur seterusnya ialah bagi mereka yang sepatutnya ada wasiat lantaran berhutang, maka kewajipan mereka ialah menyediakan surat wasiat. Kewajipan orang berhutang ialah berwasiat kepada keluarganya, supaya tanggungjawab itu dipikul keluarganya jika dia meninggal dunia. 
  12. Jika orang yang berhutang itu mati menyebabkan rohnya terseksa, tidak dapat ke mana-mana dan tidak dapat menikmati fadilat syahid. Hutang yang belum dilunaskan jadi penghalang menikmati segala fadilat itu. Orang yang mempunyai keyakinan tentang bahaya hutang yang belum dijelaskan, wajib baginya berwasiat kerana seseorang itu tidak selamat daripada diambil nyawanya oleh Tuhan semasa tidur. 
  13. Hendaklah sedar bahawa seseorang ketika tidur mempunyai peluang yang lebih luas untuk mati, daripada peluang untuk terus hidup. Kerana apabila seseorang tidur rohnya akan beredar meninggalkan jasad, meskipun jantung dan nadi bergerak darah terus mengalir dan nafas keluar masuk. 
  14. Masalah tersebut terserah sepenuhnya kepada kudrat Allah SWT. Justeru itu, dalam keadaan tidak sedar kerana roh naik ke atas seperti benar-benar telah mati. Adab seterusnya apabila bersiap untuk tidur, seseorang itu bertaubat daripada semua dosa, dan tidur dalam keadaan hati suci bersih dengan semua orang Islam. Tiada hasrat di hati hendak menganiaya orang apabila terjaga esok. 
  15. Dengan adab-adab itu, dunia akan aman daripada segala kemungkaran dan penyelewengan juga keburukan. Jika seseorang tidak menghormati janji sendiri yang dibuat sebelum tidur, lalu bagaimanakah orang lain akan menghormati dirinya. 
---------------------------------------
TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
2 Februari 2014 @ 2 RabiulAkhir 1435H

Sunday, February 2, 2014

Jadual Kuliah Februari / Rabiul Akhir 1435H

 Feb.  HARI J'Akhir  KULIAH PENCERAMAH KITAB / TOPIK
 1 Sabtu :1  1 Subuh Ust Hadi Talha Makhluk Halus & Gangguannya

Maghrib Ust Nazeri Mustapha Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah
 2 Ahad  2 Subuh Ust Surizal A. Rahim Penawar Bagi Hati

Zohor Ust Zakaria Ahmad Umum

Maghrib Ust Asmadi Abd Rahman Munakahat
 3 Isnin  3 Subuh Ust Nazeri Mustapha *Cuti Hari Wilayah
      Maghrib Ust Ziaul Haq Mauizatul Mukminin
 4 Selasa  4 Maghrib Ust Usamah M Radhi Umum
 5 Rabu  5 Maghrib Ust Ishak Din Permasalahan Aqidah Tauhid
 6 Khamis  6 Maghrib Ust Nazeri Mustapha Bacaan Yasin & Tahlil
 7 Jumaat  7 Khutbah Ust Nazeri Mustapha -



Maghrib Ust Umar Bangsawan Uswatun Hasanah
 8 Sabtu :2  8 Subuh Ust Drs Sapawi Che Mat Adab Sopan Dalam Islam


Maghrib Ust Yusof Embong Umum
9 Ahad  9 Subuh Ust Shukri Omar Umum



Maghrib Ust Abu Zar Mamat Tafsir Al Munir
10 Isnin  10 Maghrib Ust Azman Ahamd Tanda Kiamat
11 Selasa  11 Maghrib Ust Fazlul Rahimi Bidayatul Hidayah
12 Rabu  12 Maghrib Ust Nazeri Mustapha Fiqhul Manhaji Mazhab Shafie
13 Khamis  13 Maghrib Ust Fauzi Abd Kadir Tafsir Sya'arawi
14 Jumaat  14 Khutbah Ust Mohd Ghoffur Daud



Maghrib Ust Imran Selamat Minhajul Abidin
15 Sabtu :3  15 Subuh Ust Yusof Johan
Tauhid Akidah Ahli S. W. J



Maghrib Ust Mohd Ghoffur Daud Tajwid
16 Ahad  16 Subuh Ust Ibrahim Zakaria


Maghrib Ust Azmi Ishak 55 Wasit Rasulullah
17 Isnin  17 Maghrib Ust Rashdan Yunus 40 Hadis Penawar Hati
18 Selasa  18 Maghrib Ust Mohd Ghoffur Daud Riyadhussalihin
19 Rabu  19 Maghrib Ust Ishak Din Permasalahan Aqidah Tauhid
20 Khamis  20 Maghrib Ust Mohd Faizal M. Yusuf Imam Sh. Abd Majid AzZindani
21 Jumaat  21 Khutbah Ust Mohd Asri M. Yusuf


Maghrib Ust Shukri Harun 50 Ciri-ciri Munafik
22 Sabtu :4  22 Subuh Ust Drs Sapawi Che Mat Adap Sopan dalam Islam



Maghrib Ust Nazeri Mustapha Kaifiat Puasa Ramadhan
23 Ahad  23 Subuh Ust Abu Zar Mamat Tafsir Al Munir


Maghrib Ust Shamsul Hakim Rahiqul Makhtum
24 Isnin  24 Maghrib Ust Salman Maskuri Halal Haram dalam Islam
25 Selasa  25 Maghrib Ust Mohd Ghoffur Daud Tajwid
26 Rabu  26 Maghrib Ust Nazeri Mustapha Fiqhul Manhaji Mazhab Shafie
27 Khamis  27 Maghrib Ust -
-
28 Jumaat  28 Khutbah Ust - Kahtib Jemputan



Maghrib Ust M. Razi Asror Hidayatul Salikin