Tuesday, May 31, 2016

UNTUK FIKIR-FIKIRKAN?

    Dari group sebelah'''
    ... dari WhatsApp group MTK'''
    untuk kita fikir-fikirkan...
    RENUNGKAN KISAH INI:
    Aqidah memang tidak boleh dijual beli tetapi mudah tergadai tanpa sedar.
    Masjid banyak duit. Tetapi pengurusan masjid, buat duit masjid macam duit mereka sendiri. Kes curi RM2.00 dari tabung masjid, alih-alih kena penjara. Mungkin yang melidi duit tabung tu dalam kesempitan sangat.
    Aku pernah masuk gereja dekat komplek Asia Jaya. Ada kotak transparent atas meja. Ada buku catitan sebelah kotak. Dalam kotak tak bertutup ada banyak duit macam² note.
    Aku belek buku. Lima ruang utk diisi. Tarikh, Nama, no tel, jumlah, catitan.
    Berbagai kaum punya nama ada dan memang aku mencari nama Melayu. Jumpa beberapa nama siap nombor talipon. Salah satu nama lelaki ambil rm50 utk beli susu anak.
    Aku call no yg dicatat. Sembang bebrp minit. Baru kena berhenti kerja jaga masa tu.
    "Dah jumpa pak imam masjid. Kena buat surat ke bendahari. Bendahari pula suruh gi pejabat zakat. Sampai pejabat zakat kena isi itu ini. Entah bila pula nak dapat. Kawan india suruh pi gereja. Boleh terus ambik kemudian baru tulis nama.
    Saya pun pergi tempat tu dgn dia."
    Kenapa encik ambik RM50 je. Bukan ada orang jaga pun?
    "Entahlah. Tapi walaupun takde orang jaga tapi Allah nampak walaupun dalam gereja. Niat saya memang nak beli susu anak dan sikit untuk tambang pusing2 cari kerja."
    Terdiam aku sekejap. Lepas tu encik?
    "Saya terus pergi beli susu anak dan balik rumah dgn nasi bungkus makan lima beranak. Pagi esok gereja talipon dan lepas tu saya pun dapat kerja jadi jaga di gereja tu. Takpa la asal tak mencuri."
    Aku langsung teringat pada sorang pakcik yg sedang ronda tempat parking masa tu.
    Encik masih kerja di situ?
    "Dak dah. Saya dah balik kampung ni. Gereja bagi modal. La ni saya meniaga gerai makan"
    Masjid patut boleh buat lebih baik dari gereja. Jangan bangga dengan jumlah terkumpul RM ratusan ribu tp ahli qariah ada yg dapur tak berasap!
    Renungkan:
  1. kutipan setiap jumaat yg tercatat ratusan hingga ribuan RM.
  2. kemana aliran kewangannya utk kebajikan ahli qariah?
  3. tidak cukup hanya bendahari..siapa audit yg btauliah utk kewangan masjid?
  4. adakah di masjid tersedia satu biro khas yg mengaudit ahli qariah fakir, miskin, ibu tunggal, dll??..memang benar data yg ada di majlis agama, pusat zakat dan pusat kebajikan masyarakat itu ada, tp data itu tlalu umum..sepatutnya masjid yg punya sumber sumbangan tetap tiap minggu perlu lebih prihatin dlm menjaga kebajikan ahli qariah.
    Didoakn smg dgn adanya masjid² yg aktif dlm menjaga kebajikan ahli qariahnya smg hati masyarakat lebih dekat dgn masjid yg ad layanannya mesranya cukup lumayan.
    .................sekadar renungan yang baik jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan....

Sunday, May 22, 2016

KERJA-KERJA PEMBANGUNAN MASJID

 
Kerja-kerja meroboh dan membina mimbar yang baru sedang giat dijalankan bermula pada 14 Mei, 2016.
Manakala kerja naik taraf dinding dewan solat telah bermula pada 20 Mac yg lalu. Semua kerja-kerja akan dijangka siap sebelum bulan Ramadhan ini.

Saturday, May 21, 2016

DOA DENGAN PENUH PENGHARAPAN

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
    Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Selawat dan Salam ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W., ahli keluarga dan para sahabatnya.
    Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim dengan rasa rendah diri, kami memohon doa dengan penuh pengharapan kepada Mu Ya Allah semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar.
    Ya Allah ajarkanlah kami yang lemah ini untukk melihat jalan keluar dari semua masalah yang membelenggu kami.
    Ya Allah bukakanlah hijab kepada kami yang tak mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian dan takdir Mu.
    Ya Allah takdirkanlah yang baik2 untuk diri kami, janganlah Engkau menguji kami pada apa yang tidak mampu kami lalui.
    Ya Allah bukakanlah pintu2 rahmatMu untuk kami Ya Allah.
    Ya Allah sejahterakanlah kami dengan kesihatan yang baik supaya kami dapat beribadah kepada Mu dengan selesa.
    Ya Allah ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu banyak dosa kepada Mu Ya Allah.
    Ya Allah adakalanya kami lupa akan Engkau ketika kami sihat, kami ingat pada Mu bila kami ditimpa sakit,
    Ya Allah kadang kala kami lupa kepada Mu ketika senang, kami ingat semula pada Mu bila datang kesusahan.
    Ya Allah kami selalu lupa kepada Mu disaat kami gembira dan kami hanya ingat kepada Mu ketika sedih dan kecewa.
    Ya Allah kami sering habiskan masa lapang kami dengan keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu bila ditimpa bencana.
    Ya Allah ampunilah semua dosa kami, berilah kekuatan kepada kami untukk melawan hawa nafsu dan dunia yang sentiasa mlalaikan kami daripada mengingatimu Ya Allah.
    Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami.
    Ya Allah setiap titik susu ibu yang mengalir dalam diri kami kau gantilah dengan kebajikan untuk mereka.
    Ya Rahman pada setiap keringat yang mengalir pada tubuh ayah kami dalam mencari rezeki untuk kami, Engkau gantikanlah dengan keampunan yang membawa mereka ke syurgaMu Ya Allah.
    Ya Allah sesungguhnya pengorbanan mereka tidak akan mampu kami membalasnya.
    Wahai Tuhan yang Maha Pemberi keampunan dan penerima Taubat dan yang Maha Penyayang terimalah taubat kami dan sayangilah kami..
    Ya Allah selamatkan lah diri kami, keluarga kami, saudara2 kami, rumah tangga kami, kampung kami, dan negara kami, dari sebarang ancaman luar dan dalam. Engkaulah Ya Allah tempat sebaik2 perlindungan.
    Ya Allah kami memohon Ya Allah kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah . َ
    Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. آمِيْنُ, آمِيْنُ, آمِيْنُ يَا رَبِّ الْعَالَمِين

Sunday, May 8, 2016

JADUAL KULIAH MEI / SYAABAN 1437 H


Mei / Syaaban 1437 H
Sun
Mon
Tue
Wed
Thu
Fri
Sat
1

2

3

4

5

6

7
UST NAZERI (M) 
8 - 1 Syaaban
UST ZUHAILI (S)
UST ABU ZAR (M)
9
UST ELYAS
CERAMAH PERDANA
10
UST FAZLUL RAHIMI (M) 
11
UST NAZERI (M) 
12
UST AHMAD NAZRI (M) 
13
UST M ASRI (KHUTBAH)
UST USAMAH (M)
14
UST MOHD SHAHRIZAN (S) 
UST M IKRAM (M)
15
UST SURIZAL (S)
USTZ ROSNAH YASIS (Duha)
UST AZHARI (M)
16

17

18

19

20

21

22

23

24

25

26

27
UST RAZI ASROR (M)
28
UST AHMAD FAHMI (M)
29
UST RASHDAN (M)
30

31

Notes:

CERAMAH PERDANA UST ELYAS

Tuesday, May 3, 2016

ADAB DAN TERTIB BERDOA

Kuliah Maghrib Ustaz Dziyaulhak Hasyim
Isnin 2 Mei 2016 = 24 Rejab 1437 H
Bab: Adab dan tertib berdoa
    Dalam berdoa kepada Allah Ta’ala itu ada sepuluh adab iaitu:
    (1) Sebaik-baiknya, ia memilih waktu-waktu yang mulia untuk memanjatkan doanya ke hadrat Allah Ta’ala. Misalnya di waktu wukuf di Hari Arafah setahun sekali, atau pada bulan Ramadhan di antara bulan-bulan yang lain. Atau pada hari Jumaat dari hari-hari yang lain dalam masa seminggu dan di waktu tengah malam dalam masa malam hari. Allah telah berfirman:
    “Dan pada waktu-waktu tengah malam, mereka memohon keampunan.”
    (as-Zariat: 18)
Diakhir kuliah Ustaz menerangkan secara ringkas berkaitan wirid dan doa  setelah selesai mengerjakan Solat Witir iaitu :

Monday, May 2, 2016

APA ITU BAGHAL?

    “Dan (Dia telah Menciptakan) kuda, bagal*, dan keledai, untuk kamu tunggangi dan (menjadi) hiasan. Allah Menciptakan apa yang tidak kamu ketahui.” (QS.An-Nahl:8)
    *Bagal adalah peranakan kuda dengan keledai.
    Baghal adalah sejenis binatang yang sama spesis dengan Himar ataupun Keldai. Baghal (bahasa Inggeris: mule) merupakan kacukan kuda betina dengan keldai jantan.
    Perhaps the most widespread and useful of hybrids are mules (from a male donkey and a female horse).

KERJA-KERJA NAIK TARAF MASJID