Wednesday, June 29, 2016

JANGAN PERASAAN...

JANGAN ADA RASA...
  1. Jangan merasa diri kita " Baik " walaupun kita solat cukup 5 waktu serta tepat pada waktunya.
  2. Jangan merasa diri kita " Baik " walaupun kita bersedekah setiap hari malah lebih banyak nilai disedekahkan.
  3. Jangan merasa diri kita " Baik " walaupun hari-hari kita nasihat dan tegur orang lain yang berbuat silap.
  4. Jangan merasa diri kita " Baik " walaupun kita sudah pakai jubah,beserban, bertutup litup dengan sempurna.
  5. Jangan merasa diri kita " Baik " walaupun setiap malam kita jaga solat Tahajjud, Witir, Hajat dan amalan sunat lain.
  6. Jangan merasa diri kita " Baik " walaupun hari-hari kita ke masjid atau surau untuk beribadah dan menambah ilmu.
  7. Jangan merasa diri kita " Baik " walaupun setiap saat kita update status berunsur nasihat dan dakwah.
  8. Jangan merasa diri kita " Baik " walaupun setiap masa kita menolong orang lain.
    JANGAN MERASA DIRI KITA LEBIH BAIK DARIPADA ORANG LAIN.
      Kerana kita takkan pernah tahu dimanakah saat HATI kita IKHLAS melakukan amalan amalan soleh, menasihati orang serta beramal ibadah lain yang bakal diterima oleh Allah SWT.
      Kita tak tahu amal manakah yang Allah terima.
      Selalu letak diri kita dalam keadaan " aku sedang perbaiki diriku dan cuba bantu orang lain " untuk menjadi lebih baik.
      Kerana Allah hanya memandang tepat pada hati hambaNya.
      Wujud keikhlasan atau sekadar penuh Riak dan Hasad.
      Jadi laksanakanlah sesuatu kebaikan hanya kerana mengharapkan REDHA Allah.
      Disamping kita perbaiki diri sendiri serta orang lain.
      Hanya Allah yang akan terus beri kita PETUNJUK serta JALAN KEBENARAN.

Sunday, June 26, 2016

PROGRAM RAMADHAN 10 HARI TERAKHIR

    ANJURAN MENCARI LAILATUL QADAR PADA SEPULUH TERAKHIR DARI BULAN RAMADHAN
    عن عائشة رضي الله عنها قالت: كَانَ رسولُ الله صلى الله عليه وسلم يُجَاوِرُ في العَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ، ويقول: ((تَحرَّوا لَيْلَةَ القَدْرِ في العَشْرِ الأواخرِ منْ رَمَضانَ)). متفقٌ عَلَيْهِ.

    Dari A'isyah radhiallahu 'anha, katanya: "Rasulullah s.a.w beri'tikaf pada sepuluh hari yang terakhir dari bulan Ramadhan".
    Baginda s.a.w bersabda:
    "Carilah lailatul qadar itu pada sepuluh yang terakhir dari bulan Ramadhan."
    (Muttafaq 'alaih)
    Hadis Soheh Riwayat Imam Bukhari & Muslim
    Dipetik dari Kitab Riadhussolihin,
    Karangan Imam Mahyuddin Abu Zakaria Yahya Bin Syaraf An-Nawawi (Imam Nawawi).
    Cetakan Dar At-Taqwa Lit-Turath (Mesir).
    * Hadis ke 1199*

Wednesday, June 15, 2016

MENCARI PAHALA DI BULAN MULIA


    Bersedekah dan memberi makan kepada orang berpuasa sesuatu yang sememangnya dituntut pada bulan Ramadhan ini.
    Ibu Pejabat BSN telah memilih MTK sebagai aktiviti CSR mereka untuk memasak dan mengagihkan bubur lambuk pada 15 Jun, Rabu. Semua bubur ini diagihkan selepas solat Asar.

Tuesday, June 7, 2016

MUNAJAT RAMADHAN

MUNAJAT RAMADHAN

    Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim…

  1. Dalam dakapan Ramadhan yang suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dengan penuh pengharapan kepada Mu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar.
  2. Ya Fattahu Ya 'alim…

  3. Ajarkanlah kami yg lemah ini utk melihat jalan keluar dari semua masalah yang membelenggu kami, bukakanlah hijab kpd kami yg tak mampu melihat setiap kebaikan pd kejadian dan takdirmu. Ya Allah..takdirkanlah yg baik2 utk diri kami, Jgnlah kau menguji kami pd apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami ya Allah…
  4. Ya Allah Rabbul Jalil….

  5. Sejahterakanlah utk kami dgn kesihatan yg baik..supaya dgnnya kami dpt beribadah kpdMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, krn kami terlalu byk dosa kpdMu Ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pdMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kpdMu ketika senang, kami ingat kpdMu bila dtg kesusahan. Kami lupa kpdMu disaat kami gembira, Kami ingat kpdMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dgn keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu ketika usia sudah tua, ..justeru ya Allah...ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kpd kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa melalaikan kami drp mengingatimu ya Allah…
  6. Ya Allah…Ya Rahman..Ya Rahim…

  7. Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,. setiap titik susu ibu yg mgalir dlm diri kami...kau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh mbawanya ke syurgaMu ya Allah...ya Rahman...pd setiap keringat yg mngalir pd tubuh ayah kami dlm mcari rezki kpd kluarga kami...kau gantikanlah dgn keampunan yg mbawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tdk akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dlm kesusahan dan kesempitan, sdgkan kami berada dlm kesenangan dan kemewahan...Justeru kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yg istimewa di syurgaMu ya Allah…..
  8. Ya Allah….

  9. Kami juga memohon ampun utk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzakh…golongkanlah mereka dlm golongan org2 yg Engkau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU..maka Kau ambillah kami dlm keadaan yg baik2…dlm keampunan dan rahmatMu Ya Allah…
  10. Ya Allah Ya azizz…

  11. Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak,takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.
  12. Ya Rashid…Ya rahman…Ya Rahim..

  13. Jika ada dikalangan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln keluar kpd mereka, jika ada di kalangan kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka Ya Allah…agar dapat beribadah bersama kami. Jika ada dikalangan kami mereka yg derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jadikanlah kami anak2 yg taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar dan Mengasihi…
  14. Ya Allah Ya Malikal Mulk…

    Ya Razak..Ya Fattahu Ya 'Alim…

  15. Kurniakan kpd kami rezeki yg halal lg diberkati dan jadikanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgnMu..sebaliknya, jgnlah kau jadikan kami drp golongan yg lupa diri setelah mendapat kurniaannMu.
  16. Ya Allah….

    Bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali utk selama2nya.. jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang….

    Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram…

  17. Ya Allah….Jgnlah kau jadikan ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akan dtg…
  18. Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, jadikanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jadikanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami.. Ya Allah…temukanlah kami dgn lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yg dpt beramal di mlm al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubat kami..ampunkanlah segala dosa kami...amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi… kurniakanlah kpd kami syurgamu yg maha luas nikmatnya…
    aamiin3 ya rabbal'aalamiin...

JADUAL TAZKIRAH RAMADHAN 1437 H

May

JADUAL TAZKIRAH

Jul
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
            1   2   3   4  
     
     
     
     
     
5  29 SYABAN 6  1 RAMADAN 7  2 RAMADAN 8  3 RAMADAN 9  4 RAMADAN 10  5 RAMADAN 11  6 RAMADAN
UST M SHAHRIZAN (S)
(Selepas Solat Isya')
UST NAZERI UST DATO' NIZAM (T) UST AMIR MUTTAKIN (T) UST NAZERI (T) UST FAUZI A KADIR (T) UST USAMAH RADZI (T) UST AHMAD BILAL (T)
12  7 RAMADAN 13  8 RAMADAN 14  9 RAMADAN 15  10 RAMADAN 16  11 RAMADAN 17  12 RAMADAN 18  13 RAMADAN
UST ZUHAILI (S) UST SHARIR LONG (S)
UST ASWAD (T) UST M FAIZAL ANUAR UST M FIKRI UST DR AHMAD KAMAL (T) UST AZHAR RAHIM (T) UST WAN AHMAD ZAKI (T) UST AHMAD YAZID (T)
19  14 RAMADAN 20  15 RAMADAN 21  16 RAMADAN 22  NUZUL QURAN 23  18 RAMADAN 24  19 RAMADAN 25  20 RAMADAN
UST IBRAHIM (S) UST (NUZUL)
UST FADZLI ISMAIL (T) UST DR KHAIRUDDIN (T) UST @ (21) Y A S UST ? (T)
26   27   28   29   30          
 
d  
 
 
akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Wednesday, June 1, 2016

JADUAL KULIAH JUN / RAMADHAN 1437 H

May 2016

June 2016 - Jadual Kuliah

Jul 2016
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
            1   2   3   4  
     
     
     
     
     
5   6  1 Ramadhan 7   8   9   10   11  
12   13   14   15   16   17   18  
19   20   21   22   23   24   25  
26   27   28   29   30          
 
 
 
 
WinCalendar