Kami semua mendoakan semoga Allah sentiasa melindungi perjalanan, memudahkan segala urusan samada di Tanah Air mahupun di Tanah Suci Mekah nanti. Selamat menjalankan ibadah haji, Rukun Islam yang kelima dengan selamat, mudah, lancar dan sempurna. InsyaAllah…
Majlis doa kesyukuran dirumah Sdr Jalaludin pada 20.8.2016.
Jadual penerbangan pada Sabtu 27 Ogos 2016 (24 Zulkaedah 1437 H) dengan KT34B. Selamat pergi dan kembali ke tanah air dengan pakaian haji yang mabrur.
Saidina Ali r.a berkata, "Nabi s.a.w pernah menyuruh aku korban seekor unta milik Baginda kemudian sedekahkan daging, kulit dan apa yang di atas belakang unta-unta itu serta aku juga tidak memberi apa pun kepada tukang sembelih tersebut. Dia berkata: Kami memberinya dengan harta kami sendiri." (Hadis Riwayat Muslim).
Dalam hal ini Islam tidak membenarkan kita membayar upah kepada tukang sembelih haiwan korban dengan daging mahupun kulit haiwan korban tersebut. Maka seseorang perlu membayar upah tersebut daripada sumber lain yang dimiliki. Ini bertepatan dengan hadis Nabi S.A.W. dari Saidina Ali R.A.; “Kami memberikan upah kepada orang yang menyembelih haiwan tersebut dari bahagian yang ada pada kami.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).