Saturday, February 24, 2018

PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA


PERSATUAN KEBAJIKAN, PENDIDIKAN DAN SOSIAL AMPANG, PANDAN SELANGOR

PKPS

TARIKH   : 25 FEB., 2018 - AHAD

MASA      : 8.30 PAGI - 2.00 PETANG

TEMPAT  : MASJID TAMAN KOSAS

  • TEKANAN DARAH
  • UJIAN AIR KENCING
  • KADAR KOLESTROL DARAH
  • KADAR GULA DARAH
  • INDEKS JISIM TUBUH
  • KAUNSELING
 

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Friday, February 23, 2018

HUKUM PERGI KENDURI YANG TIDAK DIJEMPUT

HUKUM Pergi Kenduri Yang Tak Dijemput Dan Bawa Orang Yang Tak Dijemput. Ini Hukumnya Yang Ramai Tak Tahu.*

 *Assalamualaikum wbt.* 
1). Apakah hukum makan kenduri di rumah orang kahwin walhal kita tidak dijemput?. Tetapi kita makan sehingga kenyang pula. Adakah makanan yang kita makan itu halal atau haram?.*
 * Jawapan oleh Ustaz Azhar Idrus*
Hukum memakan makanan di majlis kenduri kahwin tanpa diundang diibaratkan seperti pencuri. Di dalam kitab Feqah, dalam bab walimah ada menyebut mengenai perkara ini iaitu siapa yang tidak dijemput, *HARAM* dia makan makanan di majlis tersebut. Tetapi hukum tidak haram pula adalah jika kita sekadar datang di majlis tersebut. Jika kita makan tanpa diundang maka kita *WAJIB bertaubat dan membayar semula kepada tuannya*. Hal ini kerana golongan ini dipanggil pencuri. Untuk memudahkan lagi, teruslah berjumpa dengan tuan majlis tersebut untuk meminta maaf dan menyatakan kesalahan yang telah kita lakukan.
2). Hukum Membawa Rakan Menghadiri Kenduri Tanpa Dijemput*
 Kalau kita dijemput kenduri, kita pergi dengan kawan (kwn kita tak dijemput), kawan kita tu *TIDAK BOLEH* makan sama atas alasan datang dengan kita sebab dia tidak dijemput. jika telah makan bersama padahal kita tidak minta izin dari tuan rumah, *WAJIB BERTAUBAT* dan menggantikan balik harga makanan yang telah kawan kita tu makan. *WAJIB* ganti balik walaupun setelah beberapa lama.. sepatutnya kita beritahu tuan rumah kita ada bawa kawan..bila tuan rumah beri izin baru boleh makan bersama.. *SUNAT* tuan rumah beri izin kepada tetamu yang tidak diundang itu. 
 3).  Jika bawa anak-anak, adakah haram juga makanan2 kenduri itu untuk dimakan?.
Dalam kes membawa anak-anak, kebiasaannya jemputan itu memang untuk sekeluarga, jadi tiada masalah. (kalau perasan kat dalam kad jemputan memang akan tulis dijemput seisi keluarga). Ini berdasarkan hadis berikut:
Daripada Abu Mas’ud al-Badri r.a. Seorang lelaki menjemput Nabi s.a.w untuk makanan yang telah dia sediakan untuk lima orang. Seorang lelaki turut mengikut mereka. Apabila sampai di pintu rumah, Nabi s.a.w berkata: Sesungguhnya lelaki ini mengikut kami, seandainya engkau mahu, engkau boleh izinkan dia. Jika engkau mahu, dia boleh pulang. Tuan rumah pun berkata: Aku izinkannya ya Rasulullah. [Muttafaq ‘Alaih].
Daripada hadis ini menunjukkan bahawa kita perlu meminta izin kepada tuan rumah. Sewajarnya permohonan keizinan itu dipohon sebelum membawa teman yang tidak dijemput. Jika sudah dibawa bersama, pasti tuan rumah berat hati untuk berkata tidak sedangkan teman tidak dijemput sudah ada di situ. Kita kena menghormati tuan rumah, boleh jadi dia menyediakan makanan sekadar cukup untuk jemputan.
Begitu juga, kita tidak tahu adakah tuan rumah suka atau tidak individu yang kita bawa tersebut. Hormatilah hak tuan rumah. Ada hadis dalam sahih Bukhari yang nabi pergi kenduri bersama dgn orang yang tak dijemput dan baginda minta izin dahulu untuk benarkan yang tak dijemput itu makan. Ia harta orang maka nak makan kena dapat keizinan.
Nota Jemari: Marilah kita sebarkan dan kongsi maklumat ini bersama-sama. *Wallahualam.*

Thursday, February 22, 2018

JADUAL KULIAH FEB - MINGGU KEEMPAT

22 FEB
KHAMIS
 
6 J'Akhir

Kuliah Maghrib : Ust Dr Zawawi Ismail - Hikam

23 FEB
JUMAAT
7 J'Akhir
Tazkirah & Khatib : Ust Sollahudin Abd Latif (Imam 3)
Kuliah Maghrib : Ust Razi Asror - Tafsir
Ust Razi
24 FEB
SABTU
8 J'Akhir
Kuliah Subuh : Ust Amir Mutaqqim - Rahsia Kematian
Kuliah Maghrib : IM Fakhrur
25 FEB
AHAD

9 J'Akhir
Kuliah Subuh : Ust Abdullah Ibrahim - Al-Azkar An-Nawawi
Kuliah Maghrib : Ust Naim  -
26 FEB
ISNIN
10
J'Akhir

Kuliah Maghrib : PU Salman - Umdatul hakam

27 FEB
SELASA
11
J'Akhir
Kuliah Muslimat (3 ptg) : Ust Dr Shauqi Othman 
Kuliah Maghrib : Ust Ghofur Daud - Tajwid

28 FEB
RABU
 
12 J'Akhir
Kuliah Maghrib : Sahibus Samahah Dato Dr Zulkifli Muhammad

MAKLUMAN

*Bacaan Surah Al-Mulk setiap malam selepas Solat Isya'
*Jadual tertakluk pada perubahan* smiley

Friday, February 16, 2018

JADUAL KULIAH FEB - MINGGU KETIGA

15 FEB
KHAMIS
 
29 J'Awal

Kuliah Maghrib : Ust Mazlan Awang - Tafsir Surah Al Kahfi

16 FEB
JUMAAT
30 J'Awal
Tazkirah & Khatib : Ust Nazeri Mustapha (Nazir)
Kuliah Maghrib : Ust Ahmad Bilal Rahudin - Melaka
Ust Asri
17 FEB
SABTU
1 J'Akhir
Kuliah Subuh : Ust Yusof Johan - Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
Kuliah Maghrib : Ust Ghofur Daud - Tajwid
18 FEB
AHAD

2 J'Akhir
Kuliah Subuh : Ust -
Kuliah Maghrib : Ust  -
19 FEB
ISNIN
3
J'Akhir

Kuliah Maghrib : Ust Rashdan Yunos

20 FEB
SELASA
4
J'Akhir
Kuliah Muslimat (3 ptg) : Ust Kamalulhysham Suhut -
Kuliah Maghrib : Ust Ghofur Daud - Riyadussolihin

21 FEB
RABU
5 J'Akhir
Kuliah Maghrib :Ust Mohamed Shukri Omar - Sirah Nabawiyah

MAKLUMAN

*Bacaan Surah Al-Mulk setiap malam selepas Solat Isya'
*Jadual tertakluk pada perubahan* smiley

Thursday, February 8, 2018

JADUAL KULIAH FEB - MINGGU KEDUA

8 FEB
KHAMIS
 
22 J'Awal

Kuliah Maghrib : Ust Fauzi Abd. Kadir - Tafsir Sya'rawi

9 FEB
JUMAAT
23 J'Awal
Tazkirah & Khatib : Ust Muhammad Asri (Imam 2)
Kuliah Maghrib : Ust Shahril Azman - Tafsir Surah Al Mulk
Ust Asri
Ust Shahril
10 FEB
SABTU
24 J'Awal
Kuliah Subuh : Ust Nizam Kamaruzaman - Hadis Qudsi
Kuliah Maghrib : Ust Solihin Mukhyi 
11 FEB
AHAD

25 J'Awal
Kuliah Subuh : Ust Muhammad Zuhdi Mat Piah
Kuliah Maghrib : Ust Abu Dzar Mamat - Tafsir Al Munir
12 FEB
ISNIN
26
J'Awal

Kuliah Maghrib : Ust Aswad Mohd Nason

13 FEB
SELASA
27
J'Awal
Kuliah Muslimat (3 ptg) : Ust Fauzi Mustaffa -
Kuliah Maghrib : Ust Fazlul Rahimi - Bidayatul Hidayah

14 FEB
RABU
28 J'Awal
Kuliah Maghrib :Ust Amru As'ari - Ayuhal Walad

MAKLUMAN
*Bacaan Surah Al-Mulk setiap malam selepas Solat Isya'*

*Jadual tertakluk pada perubahan*

Tuesday, February 6, 2018

JADUAL KULIAH FEB - MINGGU PERTAMA

1 FEB
KHAMIS
 
15 J' Awal

Selepas Maghrib : Bacaan Surah Al-Kahfi  - Imam 1


2 FEB
JUMAAT
16 J' Awal
Tazkirah & Khatib : Ust Ghofur Daud
Kuliah Maghrib : Ust Mohd Zaki Zulkifli - Anak Kunci Syurga
3 FEB
SABTU
17 J' Awal
Kuliah Subuh : Ust Suridzal A Rahim - Penawar bagi Hati
Kuliah Maghrib :
4 FEB
AHAD

18 J' Awal
Kuliah Subuh : Ust Khalil Abdul Hadi
Kuliah Maghrib : Ust Asmadi Abd Rahman - Munakahat
5 FEB
ISNIN
19
J' Awal

Kuliah Maghrib : Ust Dziyaulhak Hashim - Mauizatul Mukminin

6 FEB
SELASA
20
R' Awal
Kuliah Muslimat (3 ptg) : Ust Muhammad Zuhdi Mat Piah
Kuliah Maghrib : Ust Khairullah Mamat - Tafsir Surah Mariam
 
7 FEB
RABU
21 J' Awal
Kuliah Maghrib :Ust Dr. Ahmad Kamal

*Jadual tertakluk pada perubahan*

SURAT CINTA DARIPADA ALLAH

TENTANG SOLAT ...

 Apabila engkau anggap solat itu hanya sebagai kewajiban, maka kau akan terburu-buru mengerjakannya dan tak akan menikmati hadirnya Allah saat kau mengerjakannya. 
 ... Anggaplah solat itu pertemuan yg kau nanti dgn Tuhanmu ... Allahuakbar. 
 ... Anggaplah solat itu sebagai cara terbaik kau bercerita dengan Allah ... Allahuakbar. 
 ... Anggaplah solat itu sebagai kondisi terbaik untuk kau mengadu segala keluh kesah dengan Allah SWT ... Allahuakbar. 
  ..Anggaplah solat itu sebagai spt mana seriusnya kau dlm bermimpi ... Allahuakbar.
    ... Bayangkan ketika "Azan berkumandang," Allah melambai-lambai kepadamu utk mengajak kau lebih dekat dengan-Nya ... Allahuakbar.
 ... Bayangkan ketika kau "Takbir," Allah melihatmu, Allah tersenyum untukmu dan Allah berbangga dengan mu ... Allahuakbar.
  ... Bayangkanlah ketika "Rukuk," Allah menampung badanmu hingga kau tak terjatuh, hingga kau merasakan damai dalam sentuhan-Nya ... Allahuakbar.
  ... Bayangkan ketika "Sujud," Allah mengalas kepalamu. Lalu Dia berbisik lembut di kedua-dua telingamu: "Aku mencintaimu wahai hamba-Ku." ... Allahuakbar.
... Bayangkan ketika kau "Duduk di antara 2 sujud," Allah berdiri gagah di depanmu, lalu mengatakan: "Aku tak akan diam apabila orang mengusikmu." ... Allahuakbar.
... Bayangkan ketika kau memberi "Salam," Allah menjawabnya, lalu kau jadi manusia berhati bersih ... Subhanallah.
Masya Allah ... sungguh nikmat solat yg kita lakukan. Tak akan sia-sia orang yang menyebarkannya.
Maka sebarkanlah wahai teman-temanku.Kita insan biasa yg sering terleka dek urusan dunia yg sentiasa menghambat kita...  Aamin Ya Rabbal Alamin. Allahuakbar...

Sunday, February 4, 2018

JADUAL KULIAH MAGHRIB - FEB 2018

8 FEB
KHAMIS
 
15 J'Awal

Kuliah Maghrib : Ust Fauzi Abd. Kadir - Tafsir Sya'rawi

9 FEB
JUMAAT
16 J'Awal
Tazkirah & Khatib : Ust Muhammad Asri (Imam 2)
Kuliah Maghrib : Ust Shahril Azman - Tafsir Surah Al Mulk
Ust Asri
Ust Shahril
10 FEB
SABTU
17 J'Awal
Kuliah Subuh : Ust Nizam Kamaruzaman - Hadis Qudsi
Kuliah Maghrib : Ust Solihin Mukhyi 
11 FEB
AHAD

18 J'Awal
Kuliah Subuh : Ust Muhammad Zuhdi Mat Piah
Kuliah Maghrib : Ust Abu Dzar Mamat - Tafsir Al Munir
12 FEB
ISNIN
19
J'Awal

Kuliah Maghrib : Ust Mohd Shahrizan -

13 FEB
SELASA
20
J'Awal
Kuliah Muslimat (3 ptg) : Ust Kamalulhysham
Kuliah Maghrib : Ust Fazlul Rahimi - Bidayatul Hidayah
14 FEB
RABU
21 J'Awal
Kuliah Maghrib :Ust Amru As'ari

MAKLUMAN
*Bacaan Surah Al-Mulk setiap malam selepas Solat Isya'*

*Jadual tertakluk pada perubahan*