Alhamdulillah pada 3 Julai bersamaan 11 Zulkaedah 1441, Masjid Taman Kosas telah dibenarkan solat Jumaat tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh JAIS. Setiap jemaah hendaklah mengambil wuduk di rumah, membawa sejadah masing-masing dan memakai pelitup muka (face mask). Jemaah perlu merekod kehadiran nama, no. hp. dan suhu kedalam buku atau boleh mengimbas kod QR (seperti gambar di bawah) yang disediakan pihak masjid. |