Saturday, February 20, 2021

AMALAN YANG SAH TAPI ALLAH TAK TERIMA

Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi menjelaskan lima amalan yang kita buat iaitu:
  1. Amalannya sah dan amalan itu Allah terima.
  2. Amalannya sah tetapi tidak diterima Allah.
  3. Amalannya sah dan diterima tetapi diberi kepada orang lain.
  4. Amalannya tidak sah dan tidak diterima.
  5. Amalannya sah dan diterima tetapi dipadam oleh Allah.

 

Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.

Wednesday, February 17, 2021

USAHAWAN MUDA BANTU SANITASI MASJID

Syabas dan tahniah kepada Pemuda Ampang bersama Pertubuhan Usahawan Muda Malaysia yang telah membuat sanitasi pada 14 Februari, 2021 (Ahad).

 

Sunday, February 14, 2021

KERJA BAKTI BERSIHKAN MASJID

Pada 2, 3 dan 9 Februari, dua pekerja dari sebuah syarikat memberi khidmat pembersihan masjid secara percuma.

 
 

Wednesday, February 3, 2021

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0

 

Kronologi pelaksanaan fasa PKP

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam buah negeri selama 14 hari mulai Rabu, 13 Januari 2021  sehingga 26 Januari 2021. (12.01.2021)
 

PKP di 6 negeri mulai Jumaat

Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Perlis, selama 14 hari bermula Jumaat, 22 Januari sehingga 4 Februari 2021. (19.01.2021)
 

PKP di 7 negeri dilanjutkan hingga 4 Februari

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di tujuh negeri ( Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Johor, Sabah, Kelantan serta Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan) yang sebelum ini dijadual tamat pada Selasa (26 Januari) dilanjutkan hingga 4 Februari ini. (21.01.2021)

  Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di seluruh negara kecuali Sarawak bermula 5 hingga 18 Februari ini. (02.02.2021)