Tuesday, November 24, 2009

Masjid Taman Kosas

Ini adalah masjid baru Taman Kosas berharga RM4 juta terletak di kawasan perumahan fasa 3 mula digunakan pada awal bulan Mac 2008. Pada 15 April 2007 satu majlis penentuan arah kiblat telah diadakan  dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Selangor. Pembinaan masjid ini hanya mengambil masa 10 bulan untuk siap sepenuhnya iaitu pada 12 Februari 2008. Masjid ini boleh menampung sehingga 1,200 jemaah pada satu-satu masa. Majlis penyerahan bangunan masjid telah diadakan pada hari Jumaat 7 Mac 2008. Manakala solat Jumaat pertama diadakan pada 23 Mei 2008. (Gambar ini di ambil pada 24 Nov 2009)





View Masjid Taman Kosas in a larger map

Sebuah lagi masjid  terletak di fasa 2 iaitu Masjid Fatimah Az-Zahra. Masjid ini telah dibuka pada tahun 1992 yang  berasal daripada sebuah rumah dan sebidang tanah yang diwakafkan oleh seorang hamba Allah perempuan yang ingin melihat sebuah tempat ibadat masyarakat Islam wujud di Taman Kosas.
Hasil daripada usaha gigih penduduk di situ, bermula dari sebuah surau akhirnya Masjid Fatimah az-Zahra telah mendapat kelulusan daripada Jabatan Agama Islam untuk diadakan solat Jumaat.
Apa yang menarik, sepanjang masjid ini beroperasi, segala perbelanjaan pengurusan termasuk gaji untuk Imam dan bilal dibayar melalui hasil infak jamaah dan orang ramai serta tidak pernah mendapat bantuan daripada jabatan agama.

Sekarang dewan solat Masjid ini telah diperbesarkan dan dilengkapi dengan sistem penghawa dingin.
(gambar di atas adalah gambar terbaru dan di bawah pada tahun 2008)

Sunday, September 6, 2009

Menambah bilangan rakaat

Fiqh Imam Makmum
Di salin dari blog Abu Raihanah Al-Banjari

Keadaan :
Seorang imam telah menambah bilangan rakaat disebabkan oleh keraguan terhadap bilangan rakaat sama ada ianya mencukupi atau tidak, bagaimanakah penyelesaian terhadap masalah ini kepada imam dan makmum?

Jawapan :
Bagi imam, perbuatannya menambah bilangan tersebut tidak menjejaskan solatnya disebabkan oleh keperluan untuk menambah bilangan rakaat seandainya seseorang itu tidak yakin ( ragu ) sama ada bilangan rakaat solatnya cukup atau tidak, dan dituntut ke atasnya selepas daripada itu untuk melakukan sujud sahwi.

Bagi makmum, di sana ada 3 keadaan:
  1. Seandainya seseorang itu menyedari akan kesilapan yang dilakukan imam (menambah akan bilangan rakaat), maka baginya mufaraqah daripada imam (memisahkan dirinya dari mengikuti akan imam) dengan tidak mengikuti imam tatkala dia bangun menambah bilangan rakaat yang diraguinya.
    Dan dalam hal mufaraqah dibolehkan baginya (makmum) dua keadaan sama ada menyudahkan solat dengan memberi salam (selepas membaca tahiyat akhir) tanpa menunggu imam atau dia menunggu imam (pada duduk tahiyah akhir) sehingga imam memberi salam, lalu makmum memberi salam bersama-sama dengan imam.
  2. Seandainya makmum tidak menyedari akan kesilapan yang dilakukan imam (menambah bilangan rakaat) atau ragu dengan bilangan rakaat, ke atasnya untuk menuruti perbuatan imam sehinggalah imam memberi salam.
  3. Seandainya makmum menyedari kesilapan yang dilakukan oleh imam, namun tetap menuruti imam pada menambah bilangan rakaat : maka bagi makmum dalam keadaan ini ada dua pendapat :
  • Ada yang berpendapat bahawa makmum itu terbatal solatnya kerana menambah rukun solat dengan sengaja.
  • Dan ada yang berpendapat tidak batal solat mereka bahkan harus dia menuruti imam atas dalil :
    إنَّمَا جُعِلَ الْإِمَامُ لِيُؤْتَمَّ بِهِ فَإِذَا كَبَّرَ فَكَبِّرُوا وَإِذَا قَرَأَ فَأَنْصِتُوا
    Sesungguhnya dijadikan imam itu untuk menyempunakan dengannya apabila dia bertakbir, maka bertakbirlah kamu semua, apabila dia membaca, maka hendaklah kamu diam"
    Difahami dari mafhum hadith ini bahawa ke atas makmum supaya menuruti perbuatan imam.
Mudah-mudahan penjelasan yang diberikan difahami, dan mudah-mudahan Allah menerima solat kita semua. Dan bagi saya ketiga-tiga keadaan ini ( keadaan makmum ) diterima ibadah solat mereka. Wallahu a'lam.

Rujukan : Fatwa Lajnah Daimah, namun pendapat Abd Aziz bin Baaz sehingga kepada keadaan kedua sahaja yang diterima solatnya, tidak yang ketiga. Pendapat yang ketiga saya ambil daripada pandangan guru-guru saya, dan sahabat-sahabat dalam membahaskan masalah ini beserta dengan dalil daripada mereka. Wallahu a'lam.

Thursday, August 6, 2009

Syarat Sah Solat Jamaah

Ustaz Ishak Din

Tarikh: 20.5.2009 ; 17. 6. 2009 ; 05.8.2009
Ustaz telah menerangkan syarat-syarat sah solat berjamaah ini secara-cara beransur-ansur pada tarikh-tarikh di atas.

Syarat-syarat sah Solat Jamaah bagi solat-solat Waktu
Apakah syarat-syarat sah solat berjamaah?
Syarat-syarat sah solat jemaah adalah:
  1. Makmum perlu berniat mengikut imam, tetapi imam itu tidak disyaratkan niat menjadi imam.
  2. Makmum mengemudiankan kedudukan, bacaan dan per-buatan daripada imam.
  3. Makmum perlu mengetahui perpindahan imam daripada satu rukun ke satu rukun yang lain sama ada dengan melihat ataupun mendengar imam ataupun melihat makmum di hadapannya.
  4. Makmum perlu mengetahui dan yakin akan sah solat imamnya.
  5. Imam dan makmum perlu berada dalam satu bangunan. Sekiranya kedua-duanya ataupun salah seorang berada di luar bangunan ataupun di tanah lapang, maka disyaratkan jarak antara kedua-duanya tidak melebihi 300 hasta.
  6. Solat makmum perlu muafakat ataupun sama dengan solat imam daripada segi caranya.
  7. Makmum tidak boleh menyalahi imam dalam melakukan ataupun meninggalkan perkara-perkara sunat.
  8. Makmum tidak boleh mengikut imam yang kurang daripadanya seperti imam itu orang tidak tahu membaca, perempuan dan sebagainya.
  9. Makmum tidak boleh mengikuti orang yang menjadi makmum kepada imam yang lain.
  10. Makmum tidak boleh ketinggalan daripada imamnya dua rukun dengan sengaja ataupun tiga rukun dengan uzur atau pun mendahului dua rukun daripada imam dengan sengaja.


Tarikh: 4. 2. 2009

Dalam kita mengerjakan Ibadah hendaklah ada dengan syarat-syaratnya.
Ada 4 syarat yang diberikan oleh ustaz.
  1. Setiap abid/orang itu mestilah muslim. Sememangnya orang kafir itu jahat tetapi orang jahat tak semestinya kafir.
  2. Setiap orang mestilah mengetahui setiap teknik ibadat yang hendak dilakukan. Maka adalah wajib bagi setiap individu muslim menuntut ilmu.
  3. Setiap ibadat yang dibuat mesti ada nas (Sunnah Rasulullah S.A.W.)
  4. Setiap orang yang buat ibadat itu mestilah ikhlas.

Sunday, August 31, 2008

SOLAT SUNAT TERAWIKH PERTAMA

Pertama kali solat sunat terawih diadakan di Masjid ini pada 31 Ogos 2008 (Ahad malam Isnin).
1 Ramadhan 1429 Hijrah adalah bersamaan dengan 1 September 2008 (Isnin).  .
TARIKH PERMULAAN PUASA, AIDILFITRI DAN AIDIL ADHA
TAHUN HIJRAH
AWAL RAMADAN
HARI RAYA AIDIL FITRI
BILANGAN HARI PUASA
HARI RAYA AIDIL ADHA
1420
9 DIS 1999
8 JAN 2000
30
16 MAC 2000
1421
27 NOV 2000
27 DIS 2000
30
6 MAC 2001
1422
17 NOV 2001
16 DIS2001
29
23 FEB 2002
1423
6 NOV 2002
6 DIS 2002
30
12 FEB 2003
1424
27 OKT 2003
25 NOV 2003
29
1 FEB 2004
1425
15 OKT 2004
14 NOV 2004
30
21 JAN 2005
1426
5 OKT 2005
3 NOV 2005
29
10 JAN 2006
1427
24 SEP 2006
24 OKT 2006
30
31 DIS 2006
1428
13 SEP 2007
13 OKT 2007
30
20 DIS 2007
1429
1 SEP 2008
1 OKT 2008
30
8 DIS 2008
1430
22 OGS 2009
20 SEP 2009
29
27 NOV 2009
1431
11 OGS 2010
10 SEP 2010
29
17 NOV 2010
1432
1 OGS 2011
30 OGS 2011
29
7 NOV 2011
1433
21 JUL 2012
19 OGS 2012
29
26 OKT 2012
1434
10 JUL 2013
8 OGS 2013
29
15 OKT 2013
1435
29 JUN 2014
28 JUL 2014
29
5 OKT 2014
1436
18 JUN 2015
17 JUL 2015
29
24 SEP 2015
1437
6 JUN 2016
6 JUL 2016
30
12 SEP 2016
1438
27 MEI 2017
25 JUN 2017
29
1 SEP 2017
1439
17 MEI 2018
15 JUN 2018
29
22 OGS 2018
1440
6 MEI 2019
5 JUN 2019
30
11 OGS 2019
1441
24 APR 2020
24 MEI 2020
30
31 JUL 2020