Saturday, December 12, 2009

Kuliah Subuh

Ust. Drs. Sapawai Che Mat
Kitab: Adab dan Sopan dalam Islam

(Gambar dari majalah Anis, Mac 2010)

Ucapan Takziah

Takziah dari segi istilah bererti menyuruh seseorang dengan bersabar dan mendorongnya dengan pahala yang dijanjikan, memperingati daripada dosa, mendoakan bagi si mati dengan keampunan dan mendoakan bagi orang yang terkena musibah dengan mendapat penggantinya. (Mughni al-Muhtaj: 1/481)

Sudah menjadi kebiasaan di kalangan masyarakat untuk menziarahi keluarga si mati atau orang yang terkena musibah. Amalan ini amatlah digalakkan oleh Islam.

Hukum Takziah

Takziah itu sunat diucapkan kepada mereka yang ditimpa musibah, sebagaimana Nabi s.a.w. bersabda yang maksudnya : "Tiadalah seorang mukmin yang mengucapkan takziah pada saudaranya yang ditimpa musibah, melainkan Allah s.w.t. memberikannya pakaian daripada pakaian kehormatan di hari qiamat.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Adapun takziah itu sunat diucapkan kepada ahli keluarga musibah pada keseluruhannya, sama ada terdiri daripada orang dewasa lelaki dan perempuan atau pun kanak-kanak yang berakal. Akan tetapi tidak boleh mengucapkan takziah itu kepada perempuan yang muda melainkan sesamanya perempuan, suami atau pun mahramnya. Ini kerana ditakuti akan mendatangkan fitnah.

Waktu Dan Jangka Masa Takziah

Sunat mengucapkan takziah kepada ahli keluarga musibah sebelum dan selepas menguburkan si mati. Adapun lebih afdhal mengucapkan takziah itu selepas menguburkan si mati kerana kesibukan ahli keluarga pada menguruskan mayat si mati. Berlainan halnya jika ahli keluarga itu terlalu sedih dan resah sebelum dikuburkan mayat tersebut, maka afdhal didahulukan takziah itu bagi menghilangkan kesedihan dan keresahannya.

Ucapan takziah kepada ahli keluarga musibah itu, hendaklah tidak melebihi kira-kira tiga hari lebih kurang. Kerana dalam jangka masa tiga hari itu, ahli keluarga musibah pada kebiasaannya hati mereka sudah mula tenang dan tidak merasa sedih dan resah lagi. Makruh mengucapkan takziah kepada ahli keluarga si mati selepas berlalunya tiga hari agar tidak menimbulkan lagi kesedihan mereka. Jika salah seorang di antara orang yang mengucapkan takziah dan orang yang diucapkan takziah itu tidak ada pada masa tersebut, maka harus diucapkan takziah itu selepas tiga hari.

Menyediakan Makanan Bagi Ahli Keluarga Si mati

Sunat bagi jiran dan kaum kerabat yang jauh menyediakan makanan untuk ahli keluarga si mati, sebagaimana Rasulullah s.a.w. bersabda kepada ahlinya ketika mendapat khabar kematian Saiyidina Ja‘far bin Abi Thalib: yang maksudnya : “Kamu buatkanlah makanan bagi keluarga Saiyidina Ja‘far, sesungguhnya telah didapati mereka itu kesibukan (atas kematian Saiyidina Ja‘far).” (Hadis riwayat Tirmidzi)

Haram menyediakan makanan kepada orang yang meratapi si mati, seperti perempuan yang meraung menangis sambil menampar-nampar pipinya dan merobek-robek pakaiannya. Ini kerana orang yang menyediakan makanan untuk orang yang meratapi itu bekerjasama dalam maksiat. (I‘anah At-Thalibin: 2/165)

Adapun bagi ahli keluarga si mati itu sendiri adalah makruh menyediakan makanan dan mengumpulkan orang ramai bagi menjamu jamuan itu, kerana ia boleh menambahkan lagi kesedihan, kesibukan di samping menguruskan jenazah dan ia juga boleh menyerupai perbuatan orang jahiliah dan perbuatan ini juga adalah bid‘ah makruhah. Sebagaimana dalam sebuah hadis daripada Jarir bin Abdillah Al- Bajaliy berkata yang maksudnya : "Kami (sahabat) mengiktibarkan berhimpun di tempat ahli keluarga si mati dan mereka (ahli keluarga si mati) membuat jamuan makanan selepas penguburan si mati: itu adalah sebagai satu niyahah (ratapan).” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Adapun jika jamuan makan yang biasa dilakukan itu bertujuan untuk mendapatkan rahmat Allah s.w.t. bagi si mati, maka tujuan itu adalah baik. Jika ahli keluarga si mati itu memberatkan diri dengan berbagai-bagai makanan dengan tujuan riak, bermegah-megah dan perkara-perkara yang boleh membawa kepada riak dan bertujuan untuk meratapi si mati, maka itu adalah perbuatan orang jahiliah.

Lafaz Takziah

Sunat ke atas orang Islam mengucapkan takziah kepada orang yang ditimpa musibah.

Adapun ucapan takziah itu jika ditujukan kepada ahli keluarga yang Islam dan bagi si mati yang Islam, lafaznya adalah seperti berikut : Ertinya: “Semoga Allah membesarkan pahalamu dan kesabaranmu dan semoga Allah memberimu penggantinya.”

(Daripada IrwanIrah blog)

Ucapan Takziah Kepada Orang Bukan Islam

Masjid-masjid sekitar Taman Kosas


Masjid Bukit Indah
Lengkungan Bukit Indah 2
Taman Bukit Indah


Masjid Fatimah Az-Zahra
Mulanya ia adalah sebuah surau.

Masjid Jami' Ilhuda
Terletak di Jalan Pinang bersetentangan dengan Sekolah Kebangsaan Kg. Melayu



Masjid Bandar Baru Ampang
Ini adalah masjid yang terbaru di dalam Ampang Jaya. Masjid ini telah mengadakan solat Jumaat buat pertama kali pada 20 November 2009.
(Gambar masjid semasa dalam pembinaan - Maxx Creative Sdn Bhd)


Masjid Al-Aman
Lembah Jaya Selatan

Sirah Khulaffa' Ar-rashidin

Ust. Najib Ali

4.12.2009

Sambungan riwayat Sayidina Abu Bakar.
Dari hadis Nabi S.A.W.
Rasulullah bertanya kepada para sahabat;

1) Siapakah di antara kamu yang berpuasa hari ini?
2) Siapakah yang mengiringi janazah pada hari ini?
3) Siapakah antara kamu yang sudah bersedekah pada hari ini?
4) Siapakah antara kamu yang sudah menziarahi orang sakit pada hari ini?

Tidak ada orang yang menjawab “Ya” kepada soalan-soalan tersebut, melainkan Abu Bakar. Rasulullah SAW sangat gembira mendengarnya dan berkata kepada Abu Bakar, “Bergembiralah kamu dengan syurga. Bergembiralah kamu dengan syurga.”

http://www.duniadeen.com/2008/11/abu-bakr-al-siddiq.html

Jadual Kuliah






Jadual Kuliah Bulan Oktober (Shawal 1430H)


Klik pada gambar untuk besarkan.

Hadith Rasulullah: Kun ‘aliman, au muta’alliman, au mustami’aan, au muhibban. Wa laa takun khaamisan. Fa tahluka.

Maknanya: Jadilah orang yang berilmu, atau menuntut ilmu, atau mendengarkan ilmu, atau yang mencintai ilmu. Dan jangan menjadi org yang kelima (yakni bukan dari 4 golongan pertama), maka kamu akan musnah.



Saya taraf talabah pun tidak. Kalau dalam susunan "'aliman au muta'alliman au mustami'an au muhibban" tu, saya jatuh nombor empat - saya suka orang yang mengajar, belajar atau mendengar orang belajar.

Tuesday, November 24, 2009

Masjid Taman Kosas

Ini adalah masjid baru Taman Kosas berharga RM4 juta terletak di kawasan perumahan fasa 3 mula digunakan pada awal bulan Mac 2008. Pada 15 April 2007 satu majlis penentuan arah kiblat telah diadakan  dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Selangor. Pembinaan masjid ini hanya mengambil masa 10 bulan untuk siap sepenuhnya iaitu pada 12 Februari 2008. Masjid ini boleh menampung sehingga 1,200 jemaah pada satu-satu masa. Majlis penyerahan bangunan masjid telah diadakan pada hari Jumaat 7 Mac 2008. Manakala solat Jumaat pertama diadakan pada 23 Mei 2008. (Gambar ini di ambil pada 24 Nov 2009)





View Masjid Taman Kosas in a larger map

Sebuah lagi masjid  terletak di fasa 2 iaitu Masjid Fatimah Az-Zahra. Masjid ini telah dibuka pada tahun 1992 yang  berasal daripada sebuah rumah dan sebidang tanah yang diwakafkan oleh seorang hamba Allah perempuan yang ingin melihat sebuah tempat ibadat masyarakat Islam wujud di Taman Kosas.
Hasil daripada usaha gigih penduduk di situ, bermula dari sebuah surau akhirnya Masjid Fatimah az-Zahra telah mendapat kelulusan daripada Jabatan Agama Islam untuk diadakan solat Jumaat.
Apa yang menarik, sepanjang masjid ini beroperasi, segala perbelanjaan pengurusan termasuk gaji untuk Imam dan bilal dibayar melalui hasil infak jamaah dan orang ramai serta tidak pernah mendapat bantuan daripada jabatan agama.

Sekarang dewan solat Masjid ini telah diperbesarkan dan dilengkapi dengan sistem penghawa dingin.
(gambar di atas adalah gambar terbaru dan di bawah pada tahun 2008)