Wednesday, May 19, 2010

PERMASALAHAN AQIDAH TAUHID

Ust Ishak Din
19.05.2010 (5 Jamadil Akhir 1431)
Mukadimah kuliah berkaitan beberapa perkara yang dilakukan di dalam solat tetapi tidak membatalkan solat.
  1. Menambah rukun fi'li (ﻓﻌﻠﻲ ) tanpa sengaja (Rukuk, I'tidal, Sujud, Duduk antara dua sujud)
  2. Menambah rakaat dengan terlupa.
  3. Menambah atau mengulang rukun qauli (ﻗﻮﻟﻲ ) dengan sengaja (Membaca al-Fatihah )
  4. Memandang kearah kekiri atau kekanan.
  5. Mengaru-garu dengan menggunakan jari-jemari.
  6. Berjalan melebihi 3 langkah tanpa berturut-turut atau mengaru-garu. Solat berjamaah jika Imam batal harus sahaja untuk diganti.
  7. Batuk, menguap atau bersin.
  8. Tidak khusyuk, teringat benda/perkara yang lalai.
  9. Meninggalkan perkara-perkara yang sunat termasuk sunat Ab'aah ( أبعاض ). Sunat Ab'aah ialah apabila meninggalkannya diganti dengan sujud sahwi.
  10. Mendatangkan syak (ragu) dalam dirinya serperti rasa keluar anagin atau tidak atau menahan kentut.
Orang yang lalai dalam solat tidak celaka tetapi orang-orang yang lalai mengerjakan solat itulah yang celaka. Orang yang berjaya orang yang khusyuk dalam solat. Ustaz menyatakan tak untung tidak semestinya rugi tetapi rugi itu memanglah tak untung.

Sambungan pada m.s. 8, Apakah faedah dan tujuan ilmu tauhid?
1. Kenal Allah.
Wajib kenal kerana ia adalah ilmu fardhu ain.
Awal agama adalah mengenal ALLAH - Awaluddin Makrifatullah
3 unsur hendak mengenal Allah:
Yakin, Tepat (Betul) dan Bukti (dalil).
Rujuk Mengenal Allah

5. 05. 2010 (21 Jamadil Awal 1431)
Ustaz memberi 8 soalan berkaitan tauhid.
  1. Mustahil Allah Taala itu buta?
  2. Jawapannya adalah salah, yang salah itu mustahil, melainkan wajib. Mustahil Allah itu buta sejak Azali (yang betul).
  3. Malakait adalah satu zat yang paling halus yang dicipta oleh Allah dari cahaya (nur).
  4. Ianya salah, bukannya zat yang betulnya ialah jisim yang halus.
  5. Tidak wajib bagi Allah Taala balas baik kepada orang yang berbuat baik.
  6. Betul.
  7. Mustahil Allah Taala mengetahui sesuatu yang mustahil.
  8. Salah, sebab tidak mustahil bagi Allah.
  9. Zat Allah, sifat Allah dan makhluk semuanya bersifat Kadim (kekal).
  10. Salah, Zat dan Sifat itu betul.
  11. Allah Taala amat berkuasa membuat sesuatu termasuk benda yang mustahil.
  12. Jawapannya salah.
  13. Mempercayai tentang kerasulan nabi Muhamad S.A.W, adalah termasuk rukun Islam yang kelima.
  14. Salah, yang betul ialah mengaku (pengakuan). Percaya itu adalah rukun Iman.
  15. Mustahil manusia kenal Allah.
  16. Salah, manusia adalah wajib mengenal Allah.

7.04.2010

Apakah itu Tauhid? اڤاكه ايت توحيد؟
Tauhid adalah salah satu komponen aqidah yang menjadi teras kepada umat Islam.
Ia adalah aqidah atau asas agama yang membentuk keimanan atau kepercayaan yang menegakkan syahadah atau pengakuan kita kepada kalimat 'La ilaha illallah' Tiada Tuhan selain Allah YAng Esa.

Perbezaan Zat & Sifat





Rujukan:
  • Permasalahan Aqidah Tauhid; Ustaz Ishak Din dan Prof. Dato' Dr. Harun Din
  • Tauhid as-Salaf as-Soleh; Hj. Abdul Malek bin Husin

Monday, May 17, 2010

VCD - Ceramah Ustaz Kazim Alias

Kuliah Maghrib Ust. Farhan dibatalkan dan diganti dengan tayangan VCD ceramah Ust. Kazim.

Ustaz membincangkan tanda-tanda kiamat dan apa makna sifat takluk Allah diantaranya takluk sulhi qadim, takluk tanjizi qadim, takluk tanjizi hadith.

Saturday, May 15, 2010

3 DALAM 1

Kuliah Subuh
Ust. Amran Talib
Kitab: Bustanul 'Arifin karangan Imam An-Nawawi yang bermakna "Taman Orang-orang Yang 'Arif Dengan Allah Taala".

Kuliah Duha
Ust. Abdullah Al-Iraqi
Kitab: Bulughul Maram
Ustaz menerangkan hadis ke-37. Dari Humran, bahawasanya Uthman pernah meminta air wuduk, lalu dia cuci dua tangannya 3 kali, kemudian ia berkumur-kumur dan menyedut air ke hidung dan menghembuskannya, kemudian dia cuci mukanya 3 kali, kemudian dia cuci tangannya yang kanan sampai siku 3 kali, kemudian yang kiri seperti demikian, kemudian dia mengusap kepalanya, kemudian dia cuci kakinya yang kanan sampai mata kaki 3 kali, kemudian yang kiri sedemikian, kemudian ia berkata: Saya pernah melihat Rasulullah S.A.W. berwuduk seperti wuduk saya ini. (muttafaq alaihi)

Kuliah Maghrib
Ust. Fadhli Ismail
Kitab: Tafsir Surah Juzuk 30
Surah Al-Maun bermaksud "Pertolongan" adalah surah ke 107 dan mengandungi 7 ayat.
Terjemahan ayat;



Tahukah engkau akan orang yang mendustakan ugama (meliputi hari pembalasan)?

Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,


Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin.


(Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang -


(laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;


(Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya),


Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya).
.:.Ustaz hanya sempat memberi penjelasan tafsir dari ayat 1 hingga 3 sahaja.

Klik untuk dengar bacaan surah Al-Maa'uun.

Sunday, May 9, 2010

Karnival Kesihatan

Karnival Kesihatan yang diadakan memberi pemeriksaan kesihatan secara percuma seperti pemeriksaan darah tinggi, cholesterol, soal-selidik kesihatan dan terdapat juga pameran, jualan dan pertandingan melukis untuk kanak-kanak.

Wednesday, April 21, 2010

HARTA PENINGGALAN RASULULLAH

UST. ISHAK DIN
KULIAH TAUHID (HARI RABU MINGGU PERTAMA DAN KETIGA)

Daripada Hadis Rasulullah SAW.
Maksudnya: Akan datang kepada umat Ku suatu masa, dimana umat Ku ini suka (cinta) 5 perkara dan benci 5 perkara.
  1. Mereka cintakan dunia dan benci akhirat. Apakah dunia? Dunia ialah sesuatu yang tidak berfaedah, tidak memberi keuntungan dan manafaat setelah kita mati.
  2. Cintakan hidup lawannya mati. Mencari sara hidup atau sara mati?
  3. Cintakan kekayaan lupakan hisab. Mereka lupa kepada hisab (perhitungan).
  4. Cintakan bangunan yang tinggi dan cantik, lupa kepada kubur (nialah rumahbagi orang yang tidak ada rumah). Apa yang ada di dalam kubur?
  5. Mereka cintakan makhluk, lupa kepada Allah. Sayang kepada manusia - manusia akan mati, maka bergantunglah kepada Allah (Al-Khaliq).

Monday, April 5, 2010

Mun-yatul Mushalli Syeikh Daud al Fathani - Pengetahuan sembahyang masyhur


Ust. Shaari Che In

Menurut Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani, solat terbahagi kepada empat
bahagian iaitu:
1. Solat Fardhu Ain
2. Solat Fardhu Kifayah
3. Solat Sunat
4. Solat Makruh


1. Solat Fardhu Ain
  1. Solat orang yang hadir, yang mukim pada satu tempat, kawasan ataupun kediaman
  2. Solat orang yang musafir
  3. Solat Jamak bagi musafir dan hari hujan
  4. Solat Jumaat
  5. Solat di dalam keadaan ketakutan atau waspada seperti di dalam peperangan yang belum mengikuti (turut) di dalam peperangan itu
  6. Solat di dalam keadaan sangat takut atau waspada yang sudah terjadi dan turut serta di dalam peperangan itu dan di dalam keadaan yang tidak aman
  7. Solat Qadha (ganti) solat fardhu yang ditinggalkan
  8. Solat orang sakit
  9. Solat I'adah dua kali kerana rosak solat yang pertama
  10. Solat orang ma'zur iaitu yang diuzurkan (iaitu solat mereka yang ketiadaan air dan tanah)

2. Solat Fardhu Kifayah

i. Solat Jenazah
ii. Solat berjemaah


3. Solat Sunat

  1. Solat Sunat kedua-dua hari raya (Aidil Adha dan Aildi Fitri)
  2. Solat Sunat gerhana bulan dan matahari
  3. Solat Sunat mohon hujan
  4. Solat Sunat Rawatib
  5. Solat Sunat Witir
  6. Solat Sunat Dhuha
  7. Solat Sunat Taubat
  8. Solat Sunat Tahajjud
  9. Solat Sunat Istikharah
  10. Solat Sunat Tarawih
  11. Solat Sunat Tahiyatul Masjid
  12. Solat Sunat Tasbih
  13. Solat Sunat Zawal
  14. Solat Qadha solat sunat
  15. Solat Sunat balik dari bermusafir
  16. Solat Sunat Wudhu
  17. Solat Sunat Azan
  18. Solat Sunat Muthlaf
  19. Solat Sunat Hajat
  20. Solat Sunat Tawaf
  21. Solat Sunat tatkala hendak keluar rumah dan kembali
  22. Dan lain-lain lagi


4. Solat Makruh

  1. Solat di dalam keadaan hendak membuang air besar atau kecil atau buang angin
  2. Solat di dalam keadaan yang sangat lapar (yang bukan di dalam Ramadhan dan puasa sunat atau ganti)
  3. Solat di dalam keadaan yang sangat dahaga (yang bukan di dalam Ramadhan dan puasa sunat atau ganti)
  4. Solat di dalam keadaan yang sangat ingin memakan makanan jika sudah hadir makanan di hadapannnnya atau hampir hadir (dihidangkan)
  5. Solat di dalam keadaan yang sangat mengantuk
  6. Solat tidak di dalam shaf
  7. Solat walhal jemaah sudah berdiri
  8. Solat pada waktu karahiyah, boleh menjadi haram jika tidak mempunyai sebab.
Perkara ini juga disebut dengan Waktu Tahrim1
(diringkaskan daripada kitab Bughyatul Thullab, halaman 108 sehingga 111,
Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani)

Waktu Tahrim1 (waktu yang diharamkan solat)
Dipetik dari Kitab "Mun-Yatul Mushalli" Sheik Daud Al-Fathani, halaman
30 sehingga 32


Di salin daripada: /groups.yahoo.com/group/Iqrak/