Monday, July 16, 2012

Muhasabah sebelum Ramadhan

Kuliah Zohor
Ustaz Yusof Embong
15.7.2012 / 25 Sya'ban 1433 (Ahad)


    Ustaz memperjelaskan tentang muhasabah diri atas kesilapan yang pernah kita lakukan pada Ramadhan di tahun-tahun yang lalu.
    Ada pun puasa itu bukannya pada menjaga syarat sah dan batalnya sahaja. Maka kita dituntut untuk mengetahui hukum-hukum syarak mengenainya, kerana dengan itu kita dapat menjaga diri dan mengawal hawa nafsunya daripada melakukan sesuatu yang merosakkan puasanya atau membatalkan pahalanya.
    Umpamanya, solat bukanlah syarat sah puasa tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman seseorang. Justeru, sengaja meninggalkan solat menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi kurus kering.
    PUASA YANG BINASA DAN CELAKA
    Bila kita berpuasa maka ikutlah cara yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad saw. Sekiranya tidak, puasa yang ditunaikan itu adalah sia-sia, tak dapat apa-apa melainkan LAPAR da DAHAGA sahaja. Sudahlah lapar dan dahaga, lebih malang TIDAK MENDAPAT KEAMPUNAN DOSA dari ALlah swt.

    •Sabda Nabi saw, عن أبي هريرة: قال النبي كَمْ مِنْ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صَوْمِهِ إِلا الْجُوْعُ وَالْعَطَشُ - رواه النسائي وابن ماجه [ Berapa ramai orang yang berpuasa , tidak mendapat apa-apa daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga ].

Sumber dari catatan dan blog Ustaz Yusof Embong

Saturday, July 14, 2012

Amalan pada bulan Ramadhan

Dari facebook Ustaz Ghofur Daud

Aurat, apa dah jadi?

Kuliah Subuh: Drs Sapawi Che Mat
14 Julai / 24 Sya'ban (Sabtu )
    Pagi ini kuliah ustaz tidak menggunakan kitab Adab Sopan dalam Islam, sebaliknya ustaz menyentuh berkaitan dengan aurat wanita. Sebelum itu ustaz menjelaskan tentang hukum berpuasa selepas nisfu Sya'ban.

KESILAPAN WANITA TENTANG AURAT
  • KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja. 
  • KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek. 
  • KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
  • KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'. 
  • KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya. 
  • KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya. 
  • KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung. 
  • KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya. 
    Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya : "Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)
Sumber dari zaharuddin.net: Aurat Wanita: Apa sudah jadi?

Tuesday, July 10, 2012

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Masjid Taman Kosas mengalu-alukan muslimin dan muslimat sekelian untuk mengimarahkan masjid pada bulan Ramadhan ini. Pihak masjid telah menyediakan beberapa aktiviti sepanjang bulan Ramadhan (1433H).

 1. Gotong-royong membersihkan masjid 14 Julai, 8.00 pagi
 2. Kuliah Subuh (setiap Sabtu dan Ahad) Rujuk Jadual Kuliah
 3. Kuliah Dhuha Muslimin Rujuk Jadual Kuliah
 4. Kuliah Dhuha Muslimat Rujuk Jadual Kuliah
 5. Solat Sunat Tarawih 1 - 29 Ramadhan
 6. Tadarus berkumpulan Selepas Tarawih
 7. Tazkirah Ramadhan Selepas Rakaat ke-4
 8. Qiamulail berjemaah 10 malam terakhir
 9. Jamuan Berbuka Puasa 1 - 27 Ramadhan
10. Bersahur (10 Ramadhan terakhir) 5.00 - 5.30 pagi


 Makluman:
  • Solat sunat tarawih dipimpin oleh imam dari Akademi Imam Selangor (AIMS).
  • Tazkirah Ramadhan akan disampaikan oleh ustaz pilihan dan imam Masjid Kosas.
  • Tahlil dan doa selamat akan diadakan selepas Tarawih.
  • Penyertaan muslimin dan muslimat untuk program Tardarus Al-Quran sangat-sangat dialukan
  • Pihak Masjid mengalu-alukan sumbangan berupa kewangan, makanan atau minuman untuk program sepanjang bulan Ramadhan ini.
  • Masjid akan dibuka 24 jam bagi sesiapa yang ingin beriktikaf pada 10 malam terakhir ramadhan.


Wassalam
Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak
Ikhlas dari seluruh Ahli Jawatankuasa Masjid Taman Kosas

Thursday, July 5, 2012

Allah kutuk makmum mendahului imam

  1. PERLU difahami bahawa makmum tidak boleh mendahului imam, sama ada ketika rukuk dan sujud atau ketika bangun daripada kedua¬duanya clan seluruh kaifiyat yang lain dalam solat jemaah.
  2. Tidak sayogia makmum bergerak serentak sama pergerakan imam. Makmum mestilah menyusul kemudian sedikit pergerakan imam.
  3. Inilah makna mengikut imam, disiplin dan syarat yang diaiar oleh Islam, terhadap mematuhi orang yang layak memimpin.
  4. Tiada yang lebih layak jadi pemimpin melainkan Nabi Muhammad s.a.w. dan orang yang mematuhi jejaknya.
  5. Ada pendapat ulama menghukumkan batal solat orang yang mendahului imam.
  6. Namun Imam Ghazali sendiri tidak menghukumkan demikian kerana kedudukan perkara tersebut sebagai khilaf ulama.
  7. Setiap makmum mesti mengetahui bahawa perbuatan mendahului imam boleh membawa kepada batal solat, oleh yang demikian turutlah benar-benar sebagai membuktikan kepatuhan.
  8. Nabi Muhammad s.a.w. mengecam hebat perbuatan makmum mendahului imam melalui sabdanya yang bermksud: "Tidakkah mereka merasa gerun, makmum yang angkat kepala mendahului imam, di akhirat kelak Allah SWT akan tukar kepalanya menjadi kepala khimar. Atau hendaklah dia sedar bahawa perbuatan mendahlui imam itu dikutuk oleh Allah SWT."
  9. Makmum mendahului imam dikutuk oleh Tuhan kerana ia menunjukkan tiada kepatuhan terhadap imam. Dalam solat atau kepimpinan dalam masyarakat, sedangkan kesetiaan itu amat tuntut dalam Islam bagi membuktikan kesatuan ummah.

  10. Kini kita membicarakan solat nawafil (sukarela). Dimulai dengan solat rawatib atau solat yang mengiringi solat fardu sebelum atau sesudahnya.
  11. Dilarang melakukan solat sunat ba’diyyah (sesudah) ialah sesudah Asar dan sesudah Subuh.
  12. Sementara solat sunat qabliyyah yang tidak digalakkan ialah sebelum solat Maghrib, lantaran waktunya yang singkat. Ini untuk galakan mengawalkan didirikan solat fardu Maghrib.
  13. Solat sunat Witir ialah sunat dilakukan setiap lepas solat fardu Isyak. Sama ada selepas solat sunat ba'diyah Isyak, ataupun selepas bangun di pertengahan atau di hujung malam.
  14. Sebenarnya sunat Witir ialah satu rakaat yang terakhir sebagai penutup solat malam, solat sebelumnya boleh dinamakan sebagai "Muqaddimah Witir" atau persiapan untuk solat witir.
  15. Sepaling banyak solat witir ialah 11 rakaat, sembilan, tujuh, lima atau tiga. Yang tiga rakaat boleh dilakukan dengan satu salam, atau satu rakaat yang akhir diasingkan dengan satu salam.
  16. Pilihlah sebarang surah untuk solat witir. Tetapi Nabi s.a.w. melazimkan surah yang panjang untuk solat malam, kerana solat malam bersendirian merupakan saat yang sangat mustahak. Peluang seseorang hamba untuk bermunajat kepada Allah SWT.
  17. Solat witir selepas solat tahajud di penghujung malam merupakan ketika yang paling afdal. Solat tahajud ialah solat selepas bangun tidur seperdua malam.
  18. Segolongan imam mujtahid menganggap solat tahajud sebagai wajib. Namun secara umumnya menganggap sebagai sunat, sepaling lebih sebagai sunat muakkad.
  19. Untuk solat sunat siang hari ialah solat "Dhuha". Solat dhuha yang disalin daripada kebanyakan hadis.
  20. Waktu solat dhuha ialah selepas matahari naik kira-kira segalah, atau mengikut kiraan sekarang ialah kira-kira 15 minat sejepas syuruk (matahari naik).
  21. Menjadi kelaziman bagi Nabi s.a.w. berdoa selepas solat sunat Dhuha yang tertentu seperti: "Allahhumma innadhduha dhuha-uka, wal baha baha¬uka, wal jamala jamaluka, wal quwata quwatuka, wal qudrata qudhratuka, wal `ismata `ismatuka."
  22. Yang bererti: "Hai Tuhan, bahawasanya waktu dhuha yang ceria ini adalah dhuha-Mu, clan keindahan alam ini keindahan¬Mu, dan gagah kuasa adalah Gagah kuasa-Mu, dan kecantikan adalah Kecantikan-Mu, dan kawalan yang sebenar adalah Kawalan-Mu."
    • "Allahumma inkana rizqi fissma faanzilhu, wa-inkana fii ardhu faahrijhu, wa-inkana fissamai faanzilhu, fa-inkana qalilan faaktsirhu, fa-inkana katsiran fahauwinhu, wabarikli fih bihakki dhuha-ika wabaha¬ika wajamalika waquwatik wajamalika waqudrarika aatini ma ataita `ibadikas shalihin."
  23. Yang bermaksud: "Hai Tuhan, sekiranya rezekiku ada di jangit maka turunkanlah, kalau rezeki ada di perut bumi terbitkanlah, dan sekiranya rezeki itu sedikit maka banyakkanlah, kalau banyak permudahkanlah, berilah berkat kepada rezeki yang Engkau kurniakan, apa jua yang Engkau kurniakan kepada hamba-Mu yang salih maka berikanlah juga kepadaku."
  24. Adapun solat sunat Hari Raya ialah sunat muakkad, ia adalah di antara syiar Islam (simbol kehebatan Islam).
  25. Justeru solat sunat Hari Raya Aidilfitri dan juga Aidiladha walaupun sunat sahaja janganlah ditinggal. Alhamdulillah umat Islam bangsa yang agama jenis hari raya ini memang tidak pernah tinggal.
  26. Meskipun hari biasa berpakaian indah warna-warni. Namun raya merupakan suatu ibadah, dituntut agar memakai pakaian baru khas untuknya.
  27. Sayogia beri perhatian yang lebih terhadap hari perayaan Islam, agar terasa kemeriahan dan gembira hari perayaan Islam itu. Adakan peruntukan beli pakaian baru untuk anak-anak dan keluarga juga diri sendiri.

Wednesday, July 4, 2012

Kuliah Ustaz Ziaul Haq

2. 7. 2012 / 12 Sya'ban 1433 (Isnin)
Kuliah Maghrib
Kitab Mauizatul Mukminin

Ustaz memberi maklumat berkaitan dengan puasa dibulan Sya'ban.

UBAT HATI ITU ADA 5 PERKARA
  1. Quran
  2. Qiamulailai
  3. Puasa
  4. Sahabat
  5. Zikir
INGAT : 2Q ; 2 sa dan 1 Z

Sunday, July 1, 2012

Jadual Kuliah Julai/Sya'ban 1433

HARI Hj KULIAH PENCERAMAH KITAB / TOPIK
 1 Ahad  11 Subuh Ust Surizal A. Rahim Penawar bagi Hati

Maghrib - -
 2 Isnin  12 Maghrib Ust Ziaul Haq Mauizatul Mukminin
 3 Selasa  13 Maghrib Ust - -
 4 Rabu  14 Maghrib Ust Ishak Din Permasalahan Aqidah Tauhid
 5 Khamis  15 Maghrib Bacaan Yasin Ust Nazeri Mustapha
 6 Jumaat  16 Khutubah Ust Fadhil Noor Al-Yamani



Maghrib Ust Umar Bangsawan Uswatun Hasanah
 7 Sabtu  17 Subuh Ust Hadi Talha Makhluk halus & gangguannya


Maghrib Ust Nazeri Mustapha Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah
 8 Ahad  18 Subuh Ust Imran Al-Malizi Minhajul Abidin



Maghrib Ust Abu Zar Mamat Tafsir Sya'arawi
 9 Isnin  19 Maghrib VCD Ust Azhar Idrus -
10 Selasa  20 Maghrib Ust Fazlul Rahimi Maarop Ust Mohd Ghhoffur (ganti)
11 Rabu  21 Maghrib Ust Nazeri Mustapha Fiqhul Manhaji Mazhab Shafie
12 Khamis  22 Maghrib Ust Fauzi Abd Kader Tafsir Sya'arawi
13 Jumaat  23 Khutubah Ust Nazeri Mustapha Tazkirah oleh MAPIM**



Maghrib Ust Imran Al Malizi Minhajul Abidin
14 Sabtu  24 Subuh Ust Drs Sapawi Che Mat Adad Sopan dalam Islam



Maghrib Ust Umar Bangsawan Cermah d'Ambang Ramadhan
15 Ahad  25 Subuh Ust Ibrahim Zakaria Peringatan Tentang Mati



Zohor Ust Yusof Embong Muhasabah sebelum Ramadhan


Maghrib Ust - -
16 Isnin  26 Maghrib Ust Rashdan Yunus 40 Hadis Penawar Hati
17 Selasa  27 Maghrib Ust M. Ghoffur Daud Riyadhussalihin
18 Rabu  28 Maghrib Ust Ishak Din Permasalahan Aqidah Tauhid
19 Khamis  29 Maghrib Bacaan Yasin Ust Nazeri Mustapha
20 Jumaat  30 Khutubah Ust M Ghhoffur Daud

رمضان
Tazkirah Ust.Shukri Harun RAMADHAN
21 Sabtu  1 Subuh UstShaari Che In Munyatul Musolli



Tazkirah Ust M Fadli Ismail Tafsir Surah Juzuk 30
22 Ahad  2 Subuh Ust Abu Zar Mamat Tafsir Al Munir


Tazkirah Ust Shamsul Hakim Rahiqul Makhtum
23 Isnin  3 Tazkirah Ust Abd Hadi Ishak -
24 Selasa  4 Tazkirah Ust Shaari Che In Munyatul Musolli
25 Rabu  5 Tazkirah Ust Nazeri Mustapha Fiqhul Manhaji Mazhab Shafie
26 Khamis  6 Tazkirah Ust Mohd Subki Abd Rahman
-
27 Jumaat  7 Khutubah Ust Fazlul Rahimi Ust Nazeri Mustapha



Tazkirah Ust M. Razi Asror Hidayatul Salikin
28 Sabtu  8 Subuh Ust Drs Sapawi Che Mat Adab Sopan dalam Islam



Tazkirah Ust Nazeri Mustapha Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah
29 Ahad  9 Subuh Ust Dato' Dr Mujahid Rawa Umum



Tazkirah Ust Roszairani Ahmad Umum
30 Isnin  10 Tazkirah Ust Mohd Nazrul A. Nasir -
31 Selasa  11 Tazkirah Ust Ahmad Awang Umum
____________________________________________
Abc Ustaz tidak hadir
*   Ustaz ganti
** Tn Hj. Aziz Bakar (MAPIM)