Monday, September 2, 2013

Jadual Kuliah September / Zukaedah 1434H

 HARI Syawal   KULIAH  PENCERAMAH  KITAB / TOPIK
 1 Ahad  25 Subuh Ust Surizal A. Rahim Penawar bagi Hati

Maghrib Ust Asmadi Abd Rahman Munakahat
 2 Isnin  26 Maghrib Ust Ziaul Haq Mauizatul Mukminin
 3 Selasa  27 Maghrib Ust Usamah M. Radzi Mengapa saya keluar Syiah
 4 Rabu  28 Maghrib Ust Ishak Din Permasalahan Aqidah Tauhid
 5 Khamis  29 Maghrib Imam 3 Bacaan Yasin & Tahlil
 6 Jumaat  30 Khutbah Ustaz Jemputan  



Maghrib Ust Umar bangsawan Uswatun Hasanah
 7 Sabtu  1 Subuh Ust Hadi Talha Makhluk Halus dan Gangguannya


Maghrib Ust Nazeri Mustapha Mukhtasar Ibni Abi Jamrah
 8 Ahad  2 Subuh Ust Imran Selamat Minhajul Abidin



Maghrib Ust Abu Zar Mamat Ust Mohd Ghoffur (ganti)
 9 Isnin  3 Maghrib Ust Azman Ahmad Tanda-tanda Kiamat
10 Selasa  4 Maghrib Ust Fazlul Rahimi Bidayatul Hidayah
11 Rabu  5 Maghrib Ust Nazeri Mustapha Fiqhul Manhaji Mazhab Shafie
12 Khamis  6 Maghrib Ust Fauzi Abd Kadir Tafsir Sya'arawi
13 Jumaat  7 Khutbah Ust Mohd Ghoffur Daud



Maghrib Ust Imran Selamat Minhajul Abidin
14 Sabtu  8 Subuh Ust Drs Sapawi Che Mat Adap Sopan Dalam Islam


Maghrib Ust Yusof Embong* Isu Semasa
15 Ahad  9 Subuh Ust Dr Mahmud Ahmad Mesir, Syria & Syiah


Maghrib Ust Azmi Ishak 55 Wasiat Rasul
16 Isnin  10 Maghrib Ust Rashdan Yunus Sejarah Qurban
17 Selasa  11 Maghrib Ust Mohd Ghoffur Daud Riyadhussalihin
18 Rabu  12 Maghrib Ust Ishak Din Permasalahan Aqidah Tauhid
19 Khamis  13 Maghrib Ust Faisal Hakim Imam Sheikh Abd Majid AzZindani
20 Jumaat  14 Khutbah Ust Mohd Asri M Yusoff


Maghrib Ust.Shukri Harun 50 Ciri-ciri Munafik
21 Sabtu  6 Subuh Ust Yusof Johan Tauhid, Akidah Ahli Sunnah



Maghrib Ust Mohd Ghoffur Hadis 40 - Imam Nawawi
22 Ahad  7 Subuh Ust Abu Zar Mamat Tafsir Al Munir


Maghrib Ust Shamsul Hakim Ust Imran Selamat**
23 Isnin  18 Maghrib Ust Salman Maskuri Halal Haram Dalam Islam
24 Selasa  19 Maghrib Bayan Jemaah Tabligh
25 Rabu  20 Maghrib Ust Nazeri Mustapha Fiqhul Manhaji Mazhab Shafie
26 Khamis  11 Maghrib Imam 2
Bacaan Yasin & tahlil
27 Jumaat  12 Khutbah Ust Mohd Ghoffur Daud -



Maghrib Ust M. Razi Asror Hidayatul Salikin
28 Sabtu  13 Subuh Ust Drs Sapawi Che Mat Adab Sopan Dalam Islam



Maghrib Ust Nazeri Mustapha Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah
29 Ahad  14 Subuh Ust M Radhi Abd GhaniUmum



Maghrib Ust Fauzi Abd Kadir Tafsir Al-Munir
29 Isnin  14 Maghrib Ust - JemputanUmum
*   Kuliah Zohor Ust Yusof Embong ditukar kepada kuliah Maghrib.
** Kuliah Maghrib Ust Shamsul Hakim diganti oleh Ust Imran Selamat

JAGA ADAB ZIARAH ORANG SAKIT


  1. SESIAPA jua berfikir mengikut cara Islam, tidak dapat lari daripada memikirkan ehwal akhirat. 
  2. Jika dia sedar dengan sikap malas belajar ilmu dan ibadat, akhiratnya pasti terjejas. Nescaya dia berjuang sedaya mungkin untuk jadi rajin. Rajin belajar ilmu dan beribadat, rajin bantu orang serta rajin dalam segala lapangan, agar selamat kehidupannya di akhirat. 
  3. Tiada cara lain, mesti dengan reda Allah SWT melalui pahala yang disiapkan sendiri bekalannya di dunia ini. Tiada pihak lain yang akan memberi pahala percuma di Mahsyar kelak. Hanya amalan salih semasa di dunia yang akan menjadi sumber pahala. jika berfikiran begitu, tiada perkara berat dan malas untuk melakukannya. 
  4. Ingat kepada pahala akhirat akan mendorong seseorang rajin berusaha menuntut ilmu atau mengajar ilmu, serta rajin beramal berdasar ilmu yang dimiliki. Allah SWT tidak beri kuasa mengampun dosa makhluk kepada pihak lain, hatta kepada Nabi s.a.w. Tetapi apabila Tuhan sendiri beri jaminan ampunkan dosa, oleh itu jangan lepaskan peluang untuk merebut keampunanNya, dengan bertaubat nasuha dan mohon ampun dengan bersungguh-sungguh. 
  5. Antara manusia yang akan diampunkan dosanya, ialah mereka yang sanggup melepaskan apa jua bala yang menimpa seseorang dan menggembirakan hatinya. Alangkah baiknya jika dapat menolong segala permasalahan sepenuhnya atau seberapa yang terdaya, asalkan usaha tersebut wujud dalam program hidupnya. 
  6. Sukar untuk menemui orang memberi pertolongan hingga sepenuhnya. Yang pentingnya tetap ada walaupun dengan kalimah yang baik (kalimatin toyyibatin), yang dapat menyenangkan hati orang yang mendengarya. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Sebaik-baik amal yang disukai oleh Allah SWT ialah mendatangkan rasa gembira ke hati orang mukmin.” 
  7. Antara amal yang disukai Allah SWT ialah melepaskan kerunsingan seseorang, sama ada tolong selesaikan hutangnya atau beri makan kepada yang dalam kelaparan. Setengah daripada tanggungjawab orang Islam ialah melawat atau menziarahi orang sakit. Sama ada dengan tangan kosong dan memadailah mtuk mendapat pahala melawat. 
  8. Ataupun dengan membawa buah tangan yang munasabah untuk orang sakit, ia akan menambah rasa gembira di hati orang yang dilawatinya
  9. Antara adab menziarahi orang sakit ialah tidak terlalu lama menziarahinya. Melawat acap kali memang digalakkan tetapi sekejap sejenak sahaja. Jika terlalu lama duduk menziarahi
    akan menimbulkan kegelisahan di hati orang yang sakit. Mungkin sebahagian masanya akan digunakan untuk perkara perlu sebagai orang sakit.
  10. Kurangkan pertanyaan kepada pesakit, mungkin jadi beban bagi pesakit menjawabnya. Kena tunjuk rasa simpati terhadap penderitaan yang ditanggung oleh pesakit. Menunjuk wajah gembira boleh menimbul salah anggapan, seolah sukacita atas musibah yang dialami sahabat yang diziarahi itu.
  11. Sebaiknya perlihatkan rasa simpati dengan wajah runsing, di atas musibah yang menimpa sahabat itu. Sayogia doakan pesakit agar segera disembuhkan oleh Allah SWT, disusuli dengan harapan agar Tuhan mengkafaiah dosa kecilnya, dengan adanya penyakit yang melanda dirinya.
  12. Semoga doa orang melawat akan menjadi punca penyembuhan kepada penyakit yang ditanggung,
    setelah pelabagai rawatan yang kurang memberi kesan. Hindani danipada melihat ke arah
    sudut yang orang sakit itu merasa malu. Misalnya pada pakaiannya yang lusuh dan
    kotor, atau cadarnya yang cemar disebabkan sesuatu danipada penyakitnya.
  13. Sewaktu beri salam dan minta izin untuk ziarah, usahlah ketika dia berada di ambang pintu
    rumahnya. Jika bénbuat demikian mungkin menimbulkan perkara yang menyulitkan diri pesakit
    yang belum sesuai untuk dilawati di saat itu. Sayogia ketuk daun pintu dengan lembut bersopan,
    ketukan yang keras boleh memeranjatkan pesakit yang sedang berehat melelapkan mata.
  14. Perbuatan itu jadi suatu gangguan, yang bercanggah dengan tujuan melawat orang sakit,
    ziarah untuk menyenangkan hatinya. Apabila tuan rumah bertanya siapakah yang datang
    itu? Janganlah jawab ‘saya” (ana sahaja, Tanpa menyebut nama sebenar. Kerana jawapan begitu
    terlalu umum sukar diketahui oleh pesakit tuan rumah itu.
  15. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Apabila seorang Muslim menziarahi saudaranya
    yang sakit, maka Allah SWT berfirman dengan pengakuan Nya: ‘Sesungghnya engkau
    seorang yang baik sepanjang perjalananmu, kamu sudah menempah sebuah mahligai
    dalam taman syurga.”
  16. Menziarahi orang sakit diiktiraf sebagai orang yang baik, kerana terpaksa
    melapangkan masa untuk tujuan tersebut. Mungkin terpaksa menangguhkan pekerjaan
    yang boleh mendatangkan keuntungan. Semuanya berat belaka, tetapi ja menjadi
    ringan dan mudah, kerana mengharapkan syurga yang dijanjikan Allah SWT.
  17. Berkata Saiyidina Uthman bjn Affan: “Bahawa Nabi s.a.w. berziarah ketika aku sakit
    dengan berdoa: Aku mohon kepada Tuhan Yang Esa. Yang Serba Cukup. Yang tidak beranak
    dan tidak diberanakan, Tuhan yang tiada tandingan, minta pelindung daripada semua
    keburukan yang kini kamu tanggung.’ Kata Saiyidina Uthman; Nabi s.a.w. acap
    kali berdoa begini ketika ziarahiku.

     
    Mauidzah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
    Harakah 26-29 Syawal 1434 / 2-5 Septmber 2013

Sunday, August 25, 2013

Kelebihan Bang (Azan) dan Saf Pertama, Kelebihan Isya' dan Subuh Berjemaah

Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah - hadith pilihan dari kitab sahih Imam Al Bukhari

25 Ogos 2013 / 18 Syawal 1434H (Ahad)
Ustaz Nazeri Mustapha
Kuliah Subuh

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Kalau mengetahui oleh manusia sesuatu yang ada pada azan dan pada saf pertama, kemudian mereka tiada mendapatinya melainkan mereka membuang undi nescaya mereka membuang undi itu, dan kalau mereka mengetahui tentang faedah bersegera kepada solat nescaya mereka berlumba-lumba kepadanya dan kalau mengetahui mereka apa yang ada pada solat "Isya" dan Subuh, nescaya mereka datangi keduanya sekalipun dengan mengesot"

Wednesday, August 14, 2013

Jadual Kuliah Ogos/Syawal 1434H

OGOS HARI SYAWAL  KULIAH  PENCERAMAH      TOPIK / KITAB
8 Khamis 1 8 pagi Ust Hamzah Ngah  Solat Sunat Eidul Fitri 
9 Jumaat  2 Khutbah  Ust Rahim Nasir   
10 Sabtu 3 Subuh  Drs Sapawi Che Mat  Adab Sopan Dalam Islam 
11 Ahad 4 Subuh  Ust Imran Selamat  Minhajul Abidin 
      Maghrib  Ust Abu Zar Mamat  Tafsir Al- Munir 
12  Isnin  Maghrib  Ust Azman Ahmad  Tanda-tanda Kiamat 
13  Selasa  Maghrib  Ust Fazlul Rahimi  Bidayatul Hidayah 
14  Rabu  Maghrib  Ust Nazeri Mustapha Kitab Fiqh Manhaji Mazhab Shafie 
15  Khamis  Maghrib  Ust Faizal Mohd Yusof  Kitab Imam Sheikh Abd Majid AzZindani 
16  Jumaat  Khutbah  Mohd Asri M. Yusoff   
      Maghrib  Ust Shukri Harun  50 Ciri-ciri orang Munafik 
17  Sabtu  10  Subuh  Ust Yusof Johan*  Tauhid "Akidah Ahli Sunnah" 
      Maghrib  Ust Mohd Fadli Ismail  Tafsir Juzu' 30 
18  Ahad  11  Subuh  Ust Mohd Razi  Umum 
      Duha  Ustazh Rosnah Yasis  Kuliah Duha Muslimat 
      Maghrib  Ust Azmi Ishak  55 Wasiat Rasul 
19  Isnin  12  Maghrib  Ust Rashdan Yunus   
20  Selasa  13  Maghrib  Ust Zamihan Mohd Zain Bahaya Syiah 
21  Rabu  14  Maghrib  Ust Ishak Din  Permasalahan Aqidah Tauhid 
22  Khamis  15  Maghrib   - Bacaan Yasin 
23  Jumaat  16  Khutbah  Ust Nazeri Mustapha   
      Maghrib  Ust M Razi Asror  Hidayatul Salikin 
24  Sabtu  17  Subuh  Drs. Shapawi Che Mat  Adab Sopan Dalam Islam 
      Maghrib  Ust Nazeri Mustapha  Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah 
25  Ahad  18  Maghrib  Ust Abu Zar Mamat  Tafsir Al-Munir 
      Maghrib  Ust Shamsul Hakim   
26  Isnin  19  Maghrib  Ust Salman Maskuri  Halal, Haram Dalam Islam 
27  Selasa  20  Maghrib   -  -
28  Rabu  21  Maghrib  Ust Nazeri Mustapha   
29  Khamis  22  Maghrib   -  -
30  Jumaat  23  Khutbah  Ust Mohd Nor Hamzah   
      Maghrib   -  -
31  Sabtu  24  Subuh  Ust Fauzi Abd Kadir  Tafsir Syarawi 
      Maghrib  Ust Rashdan Yunus   
* Ganti Ust Nazeri Mustapha

Sunday, August 4, 2013

Kuliah Subuh 26 Ramadhan

Ahad, 4 Ogos.

Ustaz Surizal A. Rahim
Tanda-tanda atau perkara-perkara orang-orang yang mendapat kebahagian dan tanda-tanda orang yang mendapat kecelakaan.
Ada 11 tanda-tanda mereka di kalangan orang yang telah dikurniakan kebahagiaan oleh Allah S.W.T dapat dilihat melalui sifat dan sikap mereka iaitu:

    1. Tidak kasih kepada dunia (zuhud) dan cinta kepada akhirat;
    2. Sentiasa ingin beribadat dan membaca Al-Quran;
    3. Sedikit berbicara mengenai hal yang tidak perlu;
    4. Sentiasa memelihara solat lima waktu;
    5. Sentiasa berwaspada terhadap barang haram dan syubahat;
    6. Bersahabat dengan orang yang baik-baik;
    7. Bersikap tawaduk, tidak sombong;
    8. Dermawan lagi pemurah;
    9. Bersifat belas kasihan terhadap makhluk yang dicintai Allah s.w.t;
    10. Menjadi orang yang bermanfaat bagi makhluk; dan
    11. Banyak mengingati mati.
Manakala 11 tanda-tanda kecelakaan juga boleh di kesan terhadap mana-mana Muslim yang ada pada mereka sifat dan sikap seperti berikut:
    1. Rakus dalam mengumpul harta;
    2. Keinginan hanya untuk memuaskan syahwat dan keenakan dunia;
    3. Ucapannya kotor dan suka memburukkan orang;
    4. Meremehkan solat lima waktu;
    5. Bergaul dengan orang-orang yang berbuat dosa;
    6. Buruk budi pekerti;
    7. Berlaku bongkak dan sombong;
    8. Tidak memberi manfaat kepada manusia;
    9. Amat sedikit belas kasihan terhadap orang-orang yang beriman;
    10. Kikir; dan
    11. Tidak ingat mati.