Saturday, May 23, 2020

PKP - PANDEMIK KORONAVIRUS COVID-19

Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia (PKP) 2020 merujuk kepada tindakan pencegahan oleh kerajaan persekutuan Malaysia terhadap kes pandemik koronavirus (COVID-19) oleh itu "kawalan gerakan" dilaksanakan di seluruh negara.
Pada 16 Mac 2020 Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin secara rasmi mengisytiharkan perintah kawalan pergerakan (movement control order) di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

 

 Tahap PKP  Tarikh PKP Bermula  Tempuh
 PKP 1  18 Mac  2 minggu
 PKP 2  1 Apr  2 minggu
 PKP 3  15 Apr  2 minggu
 PKP 4 / PKPB  29 Apr  PKPB (Bersyarat) bermula pada 4 Mei
 PKPB 5  13 Mei  4 minggu, berakhir pada 9 Jun
 Jumlah hari  84 Hari  18 Mac hingga 9 Jun

Thursday, May 21, 2020

MASJID SUMBANG BANTUAN SEMASA PKP

Kesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam mengekang penularan koronavirus (Covid-19), pihak masjid turut memberi bantuan dengan kerjasama Gerobok Runcit.
Sementara itu sumbangan dalam bentuk tunai juga diberi mengikut kawasan kediaman iaitu Flat Taman Kosas, Kg Dato' Mufti dan Kg Tengah, Taman Kosas Fasa 1, 2 dan 3 termasuk apartment Astaria dan Kasturi.

Friday, May 1, 2020

KEBAKARAN SURAU AL BARAKAH

Satu kebakaran telah berlaku di Surau Al Barakah Flat Taman Kosas. Kejadian berlaku pada 27 April jam 5.50 petang.
  
Pada 28 April YB Haniza Talha bersama dengan Tuan Shamsul Ma'arif Hj Ismail ahli Majlis MPAJ telah melakukan lawatan turut serta Nazir Masjid Taman Kosas Tn Hj Raja Shahrulhana.
Pengerusi surau En. Roslan menerangkan tentang kejadian yang berlaku kepada YB Haniza Talha.

Sunday, April 26, 2020

JOM BAYAR ZAKAT FITRAH

Kaunter zakat & fitrah telah dibuka di masjid Taman Kosas bermula 26 April (Ahad).
Ketua Penolong Amil Fitrah (KPAF) -
Ustaz Mohammad Al Ghofur (Imam 1)

Penolong Amil Fitrah (PAF) 1 -
En. Mohd Arus Bin Che Mat

Penolong Amil Fitrah (PAF) 2 -
En. Abd Samad Bin Md Arof

Sunday, April 19, 2020

COUNTDOWN TO RAMADAN 1441 H

AHLAN YA RAMADAN

Monday, April 6, 2020

RAKYAT SELANGOR BERDOA

DYMM Sultan Selangor telah menitahkan agar bacaan doa dan munajat menerusi program #RakyatSelangorBerdoa di Masjid dan Surau di negeri Selangor DITERUSKAN setiap Isnin dan Khamis jam 8.50 malam sehingga 23 April 2020.
Program Rakyat Selangor Bermunajat dan Berdoa dengan Imam di masjid dan surau akan mengalunkan bacaan zikir serta doa menggunakan pembesar suara dan ahli kariah mengikuti zikir serta mengaminkan doa yang siarkan oleh masjid atau surau yang berdekatan.
 

Wednesday, April 1, 2020

PEMBASMIAN CONVID-19 OLEH MPAJ

1 April, 2020. Operasi nyah cemar di Masjid oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). Ini adalah pembasmian Convid-19 kali kedua dimana kali pertama telah dilakukan oleh Unit Vektor Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat pada 25 Mac 2020.

Terima kasih juga pada siak-siak yang telah membantu dalam operasi ini.

Gambar sumbangan daripada Nazir Masjid.