Saturday, July 24, 2021

TIADA SEMBELIHAN QURBAN TAHUN INI

Memandangkan pandemik Covid-19 yang semakin meningkat, maka pada tahun ini Program Ibadah Qurban (PIQ) tidak dilaksanakan dimasjid.

Sebaliknya pelaksanaan PIQ tahun ini telah disempurnakan di pusat penyembelihan di Simpang Pulai Perak.

Semua lembu (5 ekor) dan kambing (6 ekor) disembelih ditempat penyembelihan pada 20.07.2021. Selepas selesai urusan pembungkusan, daging kurban telah dihantar terus kemasjid dan tiba pada hari Rabu pagi (21.07.2021). 

Gambar-gambar sekitar agihan daging-daging kurban kepada peserta dan anak kariah telah dilaksanakan pada hari yang sama.

   
 
 

pict  7
  pict  8

Saturday, May 15, 2021

JEMPUTAN AIDILFITRI DAN JUMAAT

SOLAT SUNAT AIDILFITRI
SOLAT FARDHU JUMAAT
Pelaksanaan solat sunat Aidilfitri di Selangor ditetapkan semula dengan hanya 50 jemaah yang dibenarkan hadir melalui kaedah jemputan.

Wednesday, April 14, 2021

TARAWIH DI MASJID, SURAU DIBENARKAN

Kerajaan Negeri Selangor mengambil pendekatan dengan memberi taklimat SOP solat sunat tarawih hanya kepada nazir dan pengerusi masjid yang bertanggungjawab, dalam memastikan protokol kesihatan sepanjang pelaksanaan solat sunat tarawih
Gambar-gambar malam pertama Tarawih di Masjid Taman Kosas pada 12 April 2021.

Monday, April 12, 2021