Wednesday, April 14, 2021

TARAWIH DI MASJID, SURAU DIBENARKAN

Kerajaan Negeri Selangor mengambil pendekatan dengan memberi taklimat SOP solat sunat tarawih hanya kepada nazir dan pengerusi masjid yang bertanggungjawab, dalam memastikan protokol kesihatan sepanjang pelaksanaan solat sunat tarawih
Gambar-gambar malam pertama Tarawih di Masjid Taman Kosas pada 12 April 2021.

Monday, April 12, 2021

Monday, March 29, 2021

SUMBANGAN PRIHATIN RAMADHAN KEPADA MASJID DAN SURAU

Setahun selepas pelaksanaan PKP, masjid dan surau kini sudah kembali diimarahkan dengan kedatangan bulan Ramadhan yang akan menjelang tidak lama lagi. Majlis Sumbangan Prihatin Ramadhan telah diadakan di Masjid Taman Bukit Indah, pada Ahad 28 Mac, oleh Ahli Parlimen Ampang merangkap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin.

Friday, March 19, 2021

SOLAT JUMAAT SEPANJANG PKP 2.0

Solat Jumaat pada 5 Feb., 2021
   
   
   
   
   
   
   

Wednesday, March 3, 2021

4 NEGERI PKP KE PKPB

4 negeri bertukar status dari PKP ke PKPB

Empat negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang ditukar statuEs kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Negeri Sembilan, Kedah, Perak dan Kelantan kekal di bawah PKPB.
Pelaksanaan PKPB dan PKPP bagi negeri ini berkuat kuasa 5 Mac hingga 18 Mac ini kecuali Sarawak bermula 2 Mac hingga 15 Mac ini.

JADUAL BERTUGAS IMAM - MAC

Saturday, February 20, 2021

AMALAN YANG SAH TAPI ALLAH TAK TERIMA

Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi menjelaskan lima amalan yang kita buat iaitu:
  1. Amalannya sah dan amalan itu Allah terima.
  2. Amalannya sah tetapi tidak diterima Allah.
  3. Amalannya sah dan diterima tetapi diberi kepada orang lain.
  4. Amalannya tidak sah dan tidak diterima.
  5. Amalannya sah dan diterima tetapi dipadam oleh Allah.

 

Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.