Friday, July 8, 2022

SENARAI PESERTA QURBAN 1443 HIJRAH

ALHAMDULILLAH, terima kasih kepada peserta yang menunaikan Ibadah Qurban mereka bersama Masjid Taman Kosas, semoga Allah menerima segala amalan kita.
     
 
     

Friday, May 6, 2022

RAMADAN 29 HARI DAN 1 SYAWAL 1443 HIJRAH

Aktiviti dibenar dilaksanakan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Kesempatan ini dimanfaatkan untuk pihak masjid mengadakan berbuka di masjid.

Perubahan tarikh 1 Syawal 1443H yang telah diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja jatuh pada 2 Mei 2022 (Isnin), berbanding 3 Mei 2022 pada takwim yang dikeluarkan sebelum ini.
   
   
   
 
 
 

 

Friday, October 15, 2021

LANJUTAN TEMPOH LANTIKAN PEGAWAI DAN JAWATANKUASA MASJID

LANJUTAN TEMPOH JAWATAN KUASA LANTIKAN KARIAH MASJID, JAWATAN KUASA TADBIR MASJID, SURAU DAN PEMERIKSA KIRA- KIRA SELURUH NEGERI SELANGOR
Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Urus Masjid dan Surau Negeri Selangor telah bersetuju menimbangkan perkara berikut:

  1. Melanjutkan tempoh lantikan Anggota Lembaga Tadbir Masjid yang akan tamat pada 31 Disember 2021 selama satu (1) tahun kepada 31 Disember 2022;
  2. Melanjutkan tempoh lantikan Anggota Jawatankuasa Kariah Masjid Negeri Selangor sesi 2019-2021 yang akan tamat pada 31 Disember 2021 selama satu (1) tahun kepada 31 Disember 2022 dan menangguhkan pelaksanaan Mesyuarat Agung Khas Pencalonan dan Pemilihan Anggota Jawatankuasa Kariah bagi masjid Di Negeri Selangor Sesi 2022-2024 yang dijadual pada Oktober 2021 kepada Ogos - Oktober 2022;
SENARAI NAMA TERKINI PEGAWAI DAN AHLI JAWATANKUASA MASJID :
SESI 2019 – 2021 (DISEMBER)

        Hj. Raja Saharullhana bin Raja Othman     Nazir

 PEGAWAI MASJID

Bil.  Nama Jawatan
1.  Muammar Azfar Farhan bin Sabri Imam 1
2.  Mohd Khairul Ameer bin Khairuddin Imam 2
3.  Muhammad Faiz Ikhmal bin Kamarol Hisham Imam 3
4.  Mohd Arus bin Che Mat Bilal 1
5.  Abdul Latif bin Abdul Aziz Bilal 2
6.  A’fif bin Mohd Azani Bilal 3
7.  Hj. Noorzaman bin Othman Siak 1
8.  Poadi bin Ahmad Siak 2

ANGGOTA JAWATANKUASA

Bil  Nama  Jawatan
 1.  Dato' Hasnon bin Abd Rahim  Timbalan Nazir
 2.  Dr. Harun bin Ongah  Bendahari
 3.  Mahamud bin Yusoh  Setiausaha
 4.  Halek bin Jali  AJK
 5.  Muhd Amri bin Abdullah  AJK
 6.  Mohd Sidin bin Sarif  AJK
 7.  Hjh. Halimahton bt Abdul Rauf  AJK
 8.  Mohd Zahiruddin bin Mohd Zin  Wakil Pemuda
 9.  Datin Hjh. Jamalia bt Masri  Wakil Muslimat
10.             -
 Pengurus Jenazah Muslimat
11.  Hj. Mohd Azani bin Abdullah  Pemeriksa Kira-kira 1
12.  Muhd Azhan bin Ahmad  Pemeriksa Kira-kira 2

Saturday, July 24, 2021

TIADA SEMBELIHAN QURBAN TAHUN INI

Memandangkan pandemik Covid-19 yang semakin meningkat, maka pada tahun ini Program Ibadah Qurban (PIQ) tidak dilaksanakan dimasjid.

Sebaliknya pelaksanaan PIQ tahun ini telah disempurnakan di pusat penyembelihan di Simpang Pulai Perak.

Semua lembu (5 ekor) dan kambing (6 ekor) disembelih ditempat penyembelihan pada 20.07.2021. Selepas selesai urusan pembungkusan, daging kurban telah dihantar terus kemasjid dan tiba pada hari Rabu pagi (21.07.2021). 

Gambar-gambar sekitar agihan daging-daging kurban kepada peserta dan anak kariah telah dilaksanakan pada hari yang sama.

   
 
 

pict  7
  pict  8

Saturday, May 15, 2021

JEMPUTAN AIDILFITRI DAN JUMAAT

SOLAT SUNAT AIDILFITRI
SOLAT FARDHU JUMAAT
Pelaksanaan solat sunat Aidilfitri di Selangor ditetapkan semula dengan hanya 50 jemaah yang dibenarkan hadir melalui kaedah jemputan.