Friday, December 2, 2011

Makhluk Halus dan Gangguannya

Ustaz Hadi Talha
Kuliah Subuh (Sabtu)
7 Muharram 1433 (3.11.2011)

Jenis-jenis Sihir
    Pada pagi ini ustaz membincangkan jenis sihir yang kedua yang dikenali sebagai at-tiwalah iaitu sihir pengasih. Dalam sebuah hadis, Nabi saw bersabda; “Sesungguh­nya jampi mentera yang meng­gunakan perkataan terlarang dan tangkal menangkal dan at-tiwalah adalah perbuatan syirik.” (Hadis sahih - Riwayat Imam Ahmad dalam musnadnya dan Imam Daud dalam sunannya). *At-Tiwalah ialah sejenis sihir pengasih iaitu yang digunakan untuk menjadikan seorang perempuan dikasihi oleh seorang lelaki. 
    Contohnya, sihir yang dikenakan dengan tujuan supaya isteri bertambah kasih kepada suami atau sebaliknya. Amalan yang dibantu oleh sihir ini menjadikan suami seumpama bodoh, menurut telunjuk kemahuan isteri. Amalan ini adalah terlarang dan pelakunya termasuk dalam golongan mereka yang melakukan amalan syirik. Pada hakikatnya, amalan seperti ini bukan menyebabkan suami bertambah kasih kepada isteri tetapi boleh menyebabkan si suami menjadi bodoh seolah-olah dikuasai oleh satu kuasa asing menyebabkannya takut dan tunduk kepada isteri.
    Jenis sihir yang pertama ialah sihir pemisah.

No comments: