Saturday, December 31, 2011

Kuliah-kuliah hari terakhir 2011

31 Disember 2011 / 5 Safar 1433 (Sabtu)

Kuliah Subuh
Ustaz Fauzi Abd Kadir (Timbalan Nazir Masjid Nurul Hidayah Kg. Pandan Dalam)
Tafsir Surah At-Takathur
Ayat 1 hingga 3.
  1. Kamu telah dilalaikan
  2. Sehingga kamu masuk kubur
  3. Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak.
Ustaz menjelaskan dalam ayat kedua "zurtumu" dalam bahasa melayu bermaksud ziarah. Apa sebab guna ziarah? Ziarah ertinya kita pergi berkunjung untuk satu tempoh yang sementara dan bukan untuk selamanya. Penggunaannya untuk disepadankan dengan maqabir iaitu kubur dimana satu tempat persinggahan sementara yang tak kekal sebelum ke padang mahsyar.

Ustaz juga menerangkan berkaitan dengan jenis-jenis yakin; iaitu Ilmul Yakin, Ainul Yakin dan Haqul Yakin.
  • Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui (apa yang kamu akan hadapi) dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat). (5)
  • (Ingatlah) demi sesungguhnya! Kamu akan melihat Neraka yang marak menjulang. (6)
  • Selepas itu, demi sesungguhnya! Kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!(7)
Ayat ini menegaskan bahawa setiap manusia akan melihat neraka jahanam dengan mata kepala mereka sendiri di akhirat kelak.
Pada akhir kuliah Ustaz menutupnya dengan Surah Al-Baqarah ayat ke-39.



Kuliah Duha
Ustaz Ahamd Zakaria
Solat Jama' dan qasar
Perbincangan dan soal jawab berkaitan dengan syarat-syarat solat jama' dan qasar.
Tujuan (niat) perjalanan itu diharuskan oleh syara’ dan
  1. perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu). 
  2. solat yang diqasarkan itu hendaklah terdiri dari solat empat rakaat. 
  3. tidak bermukim lebih daripada 3 hari. Jika dengan alasan maka maksimum yang boleh adalah selama 18 hari. 
  4. tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).







Kuliah Maghrib
Ustaz Hadi Talha
Makhluk Halus dan Gangguannya
Sihir Pengasih

No comments: