Sunday, November 25, 2012

Maksiat Lidah

23.11.2012 / 9 Muharram 1434 (Jumaat)
Kitab Hidayatul Salikin (Bab 7)
Ustaz M Razi Asror

Menjauhi maksiat-maksiat yang zahir iaitu maksiat yang dilakukan oleh pancaindera. Maksiat terbagi kepada 2 bahagian iaitu maksiat zahir dan maksiat bathil. Tujuh anggota ialah Mata, Telinga, Lidah, Perut, Kaki, Tangan dan Kemaluan. Daripada 7 anggota ini yang paling banyak manusia tidak boleh menjaganya dan yang menjerumus manusia ke neraka Allah SWT adalah lidah.
Ada pun pada maksiat lidah itu terdapat 8 perkara yang diharamkan kita dari melakukannya.
  1. berdusta 
  2. menyalahi janji 
  3. mengumpat 
  4. berbantah-bantah 
  5. menyuci diri 
  6. mendoakan dengan kejahatan 
  7. melaknat / memaki 
  8. bergurau dengan mengejek
    Ada jua keadaan yang dibenarkan berdusta. Pertama hukum yang wajib kita berdusta dan yang kedua tipu yang harus. Inilah dua sahaja iaitu tipu yang wajib dan tipu yang diharuskan manakala yang dikatakan tipu sunat itu tidak ada. Adapun tipu yang wajib (tipu yang dibenarkan) bila melibatkan 3 perkara;
  • Pertama, terancamnya maruah, yang tidak boleh diselamatkan lagi dan boleh mendatangkan fitnah
  • Kedua, terancam nyawa
  • Ketiga, terancam harta benda

No comments: