Monday, November 19, 2012

Mengubati hati yang keras

18.11.2012 / 4 Muharram 1434

Kuliah Subuh (Ahad)
Ustaz Ibrahim Zakaria

Berkata Ulama; untuk mengubati hati yang keras ada beberapa cara antaranya:
  1. Membaca al-Quran dan berzikrullah. 
  2. Allah berfirman yang maksudnya "Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka (karenanya) dan kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.". Al-Anfal ayat 2. Dengan cara ini hati menjadi hidup. Ketahuilah hati yang tidak pernah ataupun jarang jarang membaca al-Quran  adalah hati yang mudah terpengaruh dengan tipu daya syaitan.
  3. Sentiasa merendah diri kepada Allah. Kita hendaklah bersikap kepada Tuhan sebagai seseorang yang sangat memerlukan-Nya. Apabila kita ditimpa kesulitan, merintih dan berdoalah kepada-Nya.
  4. Menghadiri majlis-majlis ilmu. Sedarilah, semakin tinggi ilmu agama seseorang semakin takut dia kepada Tuhan-Nya. Di samping itu juga elakkan diri dari menghadiri majlis-majlis yang tidak berfaedah dan membuang masa. Ini termasuklah majlis tari-menari dan  juga konsert-konsert hiburan yang melalaikan.
  5. Mengingati mati. Seseorang yang sentiasa ingat akan kematian menyebabkan hatinya tertumpu kepada alam akhirat, sekaligus meremehkan dunia dan tidak panjang angan-angan.
  6. Melihat orang yang sedang nazak. Anas bin Malik ra berkata; nabi saw menziarahi seprang pemuda yang sedang nazak dan bertanyakan keadaannya, pemuda itu menjawab; aku mengharapkan Allah namun aku juga bimbang terhadap dosa-dosaku,
  7. Menziarahi kubur. Jika hati kita tidak dapat disembuhkan dengan cara sebelum ini maka inilah  cara yang paling berkesan dalam mengubati hati yang keras.  Rasulullah s.a.w bersabda:
    “Ziarahilah kubur kerana ia akan mengingatkanmu kepada kematian”.  (Riwayat Muslim)
     

No comments: