Saturday, December 12, 2009

Amalan, Zikir dan Wirid

Berpandukan Dalil Al-Qur'an dan As-Sunnah
Ustaz Fazlul Rahimi Maarop

8.12.2009

Surah Al-Hasyr ayat 21 hingga 24



Ustaz memberi terjemahan serta menerangkan maksud ayat-ayat ini.

Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya
engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut
kepada
Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami
kemukakan
kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya. (21)
Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia Yang Mengetahui
perkara yang ghaib dan yang nyata Dialah Yang Maha Pemurah,
lagi Maha Mengasihani. (22)
Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia Yang Menguasai
(sekalian alam) Yang Maha Suci Yang Maha Selamat Sejahtera (dari
segala kekurangan) Yang Melimpahkan Keamanan Yang Maha Pengawal
serta Pengawas Yang Maha Kuasa Yang Maha Kuat (menundukkan
segala-galanya) Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci
Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya. (23)
Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk Yang Mengadakan (dari
tiada kepada ada) Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut
yang dikehendakiNya)bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan
semulia-mulianya bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di
bumi dan Dialah Yang tidak ada tuluk bandingNya, lagi Maha Bijaksana. (24)

Ustaz menjelaskan ayat-ayat ini menerang akan kehebatan Al-Quran dan

nama-nama Allah yang terdapat dalam surah ini.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang membaca ‘auzubillahis samiul alim minas syaitanirajim’ tiga kali diikuti membaca tiga ayat yang terakhir daripada surah al-Hasyr, nescaya Allah akan menghantar kepadanya 70,000 malaikat khusus untuk berselawat (berdoa) kepadanya hingga pagi. Jika dia mati pada hari itu, maka dia mati syahid”.



No comments: