Ust. Ishak Din
Kuliah Maghrib hari Rabu
Tanggung jawab sesama muslim adalah kerana Allah dan bukan atas bangsa. Seseorang yang mengaku melayu itu belum tentu ia bersaudara akan tetapi mereka adalah bersaudara jika meraka itu muslim.
Semua manusia di dunia ini mendapat nikmat tetapi rahmat hanya kepada orang muslim sahaja.
Tiga perkara yang dilarang atau diharam dilakukan terhadap muslim yang lain.
- Darah - haram menumpahkan darah (membunuh) sesama muslim.
Walau bagaimanapun boleh bunuh atas tiga sebab:- Disabit kerana membunuh
- Berzina - yang telah berkahwin hendaklah direjam sehingga mati
- Keluar seseorang Islam itu dan agama Islam (setelah diberi tempoh bertaubat selama 3 hari @ 3 kali)
- Harta benda - mengambil harta orang lain dengan zalim dan permusuhan (menipu, merompak)
- Kerhormatan atau maruah - mengaib, menghina, menjatuh air muka seseorang muslim yang lain
كُلُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ حَرَامٌ دَمُهُ وَمَالُهُ وَعِرْضُهُ
“Atas setiap muslim terhadap muslim yang lainnya diharamkan darah, harta, dan kehormatannya.” (Hr. Muslim)
10.10. (2 Zulka'edah 1431)
Ust. Musa Baharuddin
Ahad, Kuliah Subuh
Kitab Tarbiyah al-Aulad fi Al-Islam (Seni Mendidik Anak)
Penjelasan berkaitan melakukan aqiqah pada anak yang baru lahir.
Ibu bapa disunatkan untuk bersedekah dengan melakukan ibadat akikah untuk anak mereka iaitu dengan menyembelih seekor kambing bagi anak perempuan dan dua ekor kambing bagi anak lelaki. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Setiap anak yang baru dilahirkan bergantung pada aqiqahnya. Hendaklah diaqiqahkan dengan menyembelih kambing pada hari ketujuh, diberi nama pada hari itu dan dicukur kepalanya". (Riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Nasai)
11.10. (3 Zulka'edah 1431)
Ust. Ahmad Subki Osman
Ust. Ahmad Subki gambar dari blog misikemboja |
Tawjid Al-Quran
Sifat-sifat huruf
Al-Itbaq lawannya Al-Infitah
Itbaq menurut bahasa menutup atau mendempik.
Menurut istilah Ilmu Tawjid semasa menyebut hurufnya melengkung keliling lidah kelangit-langit.
Hurufnya ada 4 : ص ,ض ,ط ,ظ
Semuanya dari jumlah huruf yang bersifat Isti'la' dan sifat bacaannya lebih kuat dari huruf Isti'la' iaitu sebanyak 7 huruf, iaitu tiga huruf lagi; خ ,غ ,ق
Infitah bermaksud membuka. Menurut istilah tawjid semasa menyebut hurufnya hendaklah tidak melengkung keliling lidah ke lelangit. Hurufnya ada 25. Tidak semua huruf bersifat infitah bersifat istifal (merendah) iaitu huruf qaf, kha' dan ghain dimana ketiga-tiga huruf ini bersifat infitah tetapi tidak bersifat istifal.
12.10. (4 Zulka'edah 1431)
Ust. Fazlul Rahimi
Selasa, Kuliah Maghrib
Dalil-dalil Doa selepas solat
Daripada Abu Umamah r.a. katanya; telah berkata bahawa seseorang pernah ditanya kepada Rasulullah S.A.W.;
Maksudnya: Wahai Rasulullah, do'a yang manakah yang lebih diperhatikan oleh Allah S.W.T. Jawab Baginda: Doa di tengah malam yang terakhir dan selepas solat wajib (At-Turmizi)
Ada 2 waktu:
- di penghujung malam
- setiap kali selepas solat wajib
Daripada Surah Ali-Imran
5 golongan ornag yang bertakwa
Orang yang bersabar (mempunyai kesabaran yang tinggi)
Orang yang benar (sadiqin) membenar apa yang datang dari Allah dan Rasul
Orang yang teguh pegangannya
Orang yang mengimpak hartaya
Orang yang sentiasa memohon ampun (bertaubat)
No comments:
Post a Comment