Sunday, July 24, 2011

Adab disaran ke atas pengunjung Baitullah untuk dilaksana

  1. SEBELUM seseorang memasuki kota Makkah disunatkan mandi semoga bukan saja tubuh badan bersih cuci dengan mandi itu tetapi rohani pun turut suci.
  2. Apabila masuk Masjidilharam serta terpandang Baitullah, ketika itu ucapkanlah kalimah: "Lailaha illallah wallahu Akbar." Kalimah itulah yang diucapkan oleh para nabi terutamanya Nabi Ibrahim a.s.
  3. Kerana kalimah tersebut yang bersifat tauhid: "Tiada tuhan yang menjadi pujaan kecuali Allah dan Allahlah yang Maha Agung." Kemudian disambung pula dengan doa masyhur: "Allahhumma Antas Salam waminkas Salam wa Daruka Darus Salam Tabarakta Ya Zal Jalali wal Ikram" yang bermaksud: "Wahai Tuhan, Kamulah yang Selamat, dariMu terbitnya keselamatan, negara (kampung halaman) Kamu yang Selamat, Maha Berkat dan Maha Besar Wahai Tuhan yang Memiliki Kemuliaan."
  4. Sebagai tanda seseorang itu bangga dan gembira menjadi tetamu Tuhan, lantas dia berdoa lagi ketika menatap Baitullah dengan doanya: "Allahumma haza Baituka, Azzamtahu wa Karramtahu, wa Syarraftahu.
  5. Allahumma fazzidhu Tasyrifan wa Takriman wa Zidhu mahabatan wa zid man hajjahu burran wa karomah" yang bermaksud: "Wahai Tuhan, bahawa Kaabah ini adalah rumah-Mu yang Kamu mengagungkannya, dan Kamu memuliakannya, dan menghomatkan dia. Wahai Tuhan, Engkau tambahkan kehormatannya dan kemuliaan. Dan kepada orang yang melakukan haji itu tambahlah kehebatan dan kebajikan serta kemuliaannya."
  6. Ditambah lagi dengan doa: "Allahumma aftahli abwaba rahmatika wa adhilnia Jannataka wa a'izni mainasy syaitonira rojim" yang bermaksud: "Wahai Tuhan, bukalah pintu rahmatMu dan masukkanlah daku dalam syurga-Mu Dan lindungi daripada gangguan syaitan yang kena rejam."
  7. Apabila memasuki Masjidilharam (atau mana-mana masjid pun), maka pohonlah rahmat-Nya kerana masjid itu ibarat gedung rahmat Allah SWT, berdoa dengan doa: "Allahumma sholli 'ala saiyidana Muhammad, Allahummaghfirli zambi wafthli abwaba rahmatika" yang bermaksud: "Ya Allah aku bersalawat terhadap Nabi Muhammad, ya Allah ampunilah dosaku dan bukakanlah sebanyak mana pintu rahmat-Mu."
  8. Rahmat Allah SWT atau kasihan belas yang mencurah dari langit dan tersimpan terutama digedung-Nya dalam masjid, dipohon agar dikurniakan-Nya sama ada rahmat iman atau kesihatan mahupun rezeki yang berkat dan sebagainya.
  9. Setelah selesai berdoa maka bersegeralah mengerjakan tawaf dengan tujuan tawaf "Qudum" tawaf selamat datang, sebagai tanda baru menjejakkan kaki di Masjidilharam, kecuali ketika memasuki Masjidilharam, didapati orang ramai sedang mengerjakan solat fardu berjemaah.
  10. Apabila hendak mengerjakan tawaf hendaklah ingat enam perkara; yang pertama hendaklah perhati syarat hendak menunaikan solat, dengan syarat itu juga digunakan untuk tawaf, iaitu suci diri daripada hadas (kecil atau besar) seterusnya suci daripada najis bagi diri pakaian dan tempat tawaf.
  11. Kedua, dan wajib menutup aurat, kerana tawaf di Baitullah hakikatnya ialah solat. Tetapi bezanya ialah Allah SWT mengharuskan bercakap semasa tawaf. Memakai kain ihram dan sehelai lagi ambil bahagian tengah di bawah ketiak sebalik kanan, hujung kain disebelah kiri dihimpun ke atas bahu sebelah kiri, dan punca kain di sebelah kanan diletakkan di bahu kiri juga.
  12. Ketiga dengan ucapan talbiyah, kecuali apabila hendak memulakan ibadah tawaf. Sebagai ganti tidak ucap talbiyah ialah menggantikannya dengan doa-doa daripada Nabi Muhammad s.a.w.
  13. Jika tidak hafaz doa-doa tersebut maka bacalah apa juga ayat al-Quran, atau tasbih dan selawat atas Nabi s.a.w. dan zikrullah. Tanda hati dan fikiran tidak lalai sebaliknya ingat kepada Allah SWT.
  14. Keempat, setelah sempurna memakai ihram apabila hendak memulakan tawaf, sayogia diingat hendaklah berdiri (di belakang sedikit) dari garis permulaan iaitu bersetentangan penjuru Kaabah yang terdapat Hajar Aswad.
  15. Kelima, tidak sayogia bahu kiri terlalu rapat dengan Kaabah, jika boleh (berpeluang) sekira-kira tiga langkah dari Kaabah. Supaya tubuh seseorang tidak terlalu jauh dengan Baitullah, kerana inilah yang afdal.
  16. Keenam, apabila hendak melangkah kaki memulakan tawaf hendaklah ucap: "Bismillah wallahu Akbar. Allahumma Imanan bika wa tashdiqan bikitabika wa watsaan bi'ahdika waittiba'an lisunnati Nabiyyika Muhammadin shallahu 'alaihi wa sallam" yang bermaksud: "Dengan nama Allah Yang Maha Besar. Hai Tuhanku laksanakan ibadah ini kerana beriman dengan-Mu, dan kerana membenarkan Kitab-Mu (al-Quran), aku datang kerana setia kepada janjiku untuk mengikuti sunnah Nabi Muhammad s.a.w." kemudian laksanakan tawaf.
  17. Sesungguhnya tawaf itu tujuh pusingan, tiga pusingan awal dikehendaki supaya berkeadaan 'raml' (berjalan cepat dengan langkah pendek), empat pusingan selebihnya dalam keadaan berjalan biasa.
  18. Tujuan besar bertawaf dalam bentuk 'raml' dan memakai ihram dengan mendedahkan kepala bahu kanan, ialah hendak tunjuk gagah dan lincah kepada golongan kuffar Makkah. Supaya orang Islam dari Madinah yang memasuki kota Makkah dipimpin oleh Rasulullah s.a.w., tidak dianggap lemah tidak bermaya. Dalam beribadah kepada Allah SWT, Islam juga mengajar supaya ada unsur-unsur kempen dan propaganda. Agar tidak dipandang lekeh oleh musuhnya bahkan menggerunkan mereka.


Mauidzah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
FIKRAH • 21 - 23 SYAABAN 1432 / 22 - 24 JULAI 2011

Wednesday, July 20, 2011

Ole-ole Ust. Ishak Din

Kuliah Maghrib hari Rabu setiap minggu pertama dan kedua.
6.7.2011
Kudrat - Sifat Allah



  • Apakah yang Allah boleh buat dan apa yang Allah idak boleh buat?








  • Bolehkah Allah mengadakan tuhan?





  • Adakah pengakuan seseorang tentang keujudan Allah itu termasuk di dalam rukun Iman yang 6 perkara?


  • Tidak, kerana pengakuan termasuk terdapat dalam rukun Islam yang lima.



    5.6.2011
    Peringatan 3 perkara penting mesti ada pada diri setiap masing-masing. (Wajib, fardhu Ain dan sepanjang hayat)
    1. Ilmu
    2. Ilmu yang menjurus kepada kemantapan Iman. Imu yang wajib dituntut ialah ilmu yang dapat menambah Iman.
    3. Iman
    4. Iman adalah khusus iaiutu yakin. Ilmu itu memantapkan Iman dan Iman pla membuahkan Amal.
    5. Amal
    Kuliah Surau An-Naim Capaian dalam bentuk audio sila klik Nik Muhammad Nasri bin Nik Malek

    Monday, July 18, 2011

    KEHIDUPAN YANG SAYA KENALI

    Kita hanyalah bilangan hari. Apabila sebahagian bilangan hari itu pergi, sebahagian diri kita juga pergi. Apabila kesemua telah habis pergi, maka berakhirlah riwayat ini.
    Hidup hanyalah sebuah perjalanan, pasti ada tarikh perhentiannya. Tiada siapa dapat menghalang, walau sehebat mana pun dia merancang.
    Dunia hanya ladang untuk menuai bekalan. Dataran menuju ke persada sebenar kehidupan. Dunia ini amat sementara; ada hari datang dan ada pula hari perginya.
    - (DR. MOHD ASRI)

    Friday, July 15, 2011

    Tajwid Al-Quran

    Ustaz Ahmad Subki Osman
    Rujukan pada muka surat 32
    Hukum Nun Sukun dan Tanwin
    Apabila huruf nun sukun atau tanwin bertemu dengan 28 huruf  hijaiyah (abjad) maka ia mempunyai 4 hukum bacaan.
    1. Al-Izhar
    2. Al-Idgham
    3. Al-Iqlab
    4. Al-Ikhfa'
    Hukum bacaan pertama Al-Izhar

    Sunday, July 10, 2011

    Masjid Fatimah Az-Zahra

    Ini adalah masjid yang pertama terletak di fasa 2 Taman Kosas, Ampang. Pada asalnya ia adalah sebuah surau yang kemudiannya telah diberi kebenaran untuk dididirkan solat Jumaat.
    Gambar sebelah kiri dirakam pada Julai 2008 dan di bawah pula pada Ogos 2010.
    Ruangan dewan solat telah dilengkapi penghawa dingin. Gambar ini di ambil pada Jun 2011.

    Friday, July 1, 2011

    Jadual Kuliah Julai/Sya'ban 1432

    HARI H KULIAH PENCERAMAH KITAB / TOPIK
     1 Jumaat 29 Khutbah Ust Nazeri Mustapha


    Maghrib Ust Ahmad Shukri Peristiwa Isra' Mi'raj
     2 Sabtu 30 Subuh Ust Hadi Talha Makhluk halus & gangguannya


    Maghrib Ust Nazeri Mustapha Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah
     3 Ahad 1 Subuh Ust Surizal A. Rahim Penawar bagi Hati

    Maghrib Ust Mohd Ibrahim Umum
     4 Isnin 2 Maghrib Ust Ziaul Haq Mauizatul Mukminin
     5 Selasa 3 Maghrib Ust Musa Baharuddin Tarbiyah Aulad Fil Islam
     6 Rabu 4 Maghrib Ust Ishak Din Permasalahan Aqidah Tauhid
     7 Khamis 5 Maghrib Bacaan Ya'sin Ust Mohd Ghofur
     8 Jumaat 6 Khutubah Ust Mohd Ghaffor



    Maghrib Ust M. Razi Asror* Ganti VCD Ust Azhar Idrus
    9 Sabtu 7 Subuh Ust Drs Sapawi Che Mat Adad Sopan dalam Islam



    Maghrib Ust M. Ghoffur Daud Hadis 40
    10 Ahad 8 Subuh Ust Musa Baharuddin Tarbiyah Aulad Fil Islam

    9.00pg
    Dhuha Ust Yusof Embong Kuliah Dhuha Bulanan



    Maghrib Ust Ahmad Shazili Umum
    11 Isnin 9 Maghrib Ust Ahmad Subki Tawjid Al-Qur'an
    12 Selasa 10
    Maghrib Ust Fazlul Rahimi Bidayatul Hidayah
    13 Rabu 11 Maghrib Ust Nazeri Mustapha Fiqhul Manhaji Mazhab Shafie
    14 Khamis 12 Maghrib Bacaan Yaasin Hj Ismail
    15 Jumaat 13 Khutubah Ust Nazeri Mustapha



    Maghrib Ust Shukri Harun Tafsir Surah Al-Insan
    16 Sabtu 14 Subuh Ust Imran Al Malizi Umum



    Maghrib Ust M Fadli Ismail Tafsir Surah Juzuk 30
    17 Ahad 15 Subuh Ust Ibrahim Zakaria Umum



    Maghrib *Ust Farhan Sood Aqidah Ahlussunnah
    18 Isnin 16 Maghrib Ust M. Rashdan Yunus -
    19 Selasa 17 Maghrib Ust Mohd Ghaffor Riyadhussolihin
    20 Rabu 18 Maghrib Ust Ishak Din Permasalahan Aqidah Tauhid
    21 Khamis 19 Maghrib Bacaan Yaasin Ust Mohd Ghaffor Daud
    22 Jumaat 20 Khutubah Ust Fazlul Rahimi



    Maghrib Ust M. Razi Asror Hidayatul Salikin
    23 Sabtu 21 Subuh Ust Drs Sapawi Che Mat Adab Sopan dalam Islam



    Maghrib Ust Nazeri Mustapha Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah
    24 Ahad 22 Subuh Ust Abu Zar Mamat Umum



    Maghrib Ust Shamsul Hakim Rahiqul Makhtum
    25 Isnin 23
    Maghrib Ust Ahmad Subki Tajwid Al-Qur'an
    26 Selasa 24
    Maghrib Ust Shaari Che In Munyatul Musolli
    27 Rabu 25
    Maghrib Ust Nazeri Mustapha Fiqhul Manhaji Mazhab Shafie
    28 Khamis 26
    Maghrib Bacaan Yaasin
    29 Jumaat 27
    Khutbah Ust Mohd Ghaffor



    Maghrib Ust -
    30 Sabtu 28
    Subuh Ust -



    Maghrib FORUM PERDANA
    ________________________________________________________
    * tiada kuliah