Kuliah Subuh
Ustaz Fauzi Abd Kadir (Timbalan Nazir Masjid Nurul Hidayah Kg. Pandan Dalam)
Tafsir Surah At-Takathur
Ayat 1 hingga 3.
- Kamu telah dilalaikan
- Sehingga kamu masuk kubur
- Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak.
Ustaz juga menerangkan berkaitan dengan jenis-jenis yakin; iaitu Ilmul Yakin, Ainul Yakin dan Haqul Yakin.
- Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui (apa yang kamu akan hadapi) dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat). (5)
- (Ingatlah) demi sesungguhnya! Kamu akan melihat Neraka yang marak menjulang. (6)
- Selepas itu, demi sesungguhnya! Kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!(7)
Pada akhir kuliah Ustaz menutupnya dengan Surah Al-Baqarah ayat ke-39.
Kuliah Duha
Ustaz Ahamd Zakaria
Solat Jama' dan qasar
Perbincangan dan soal jawab berkaitan dengan syarat-syarat solat jama' dan qasar.
Tujuan (niat) perjalanan itu diharuskan oleh syara’ dan
- perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).
- solat yang diqasarkan itu hendaklah terdiri dari solat empat rakaat.
- tidak bermukim lebih daripada 3 hari. Jika dengan alasan maka maksimum yang boleh adalah selama 18 hari.
- tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
Kuliah Maghrib
Ustaz Hadi Talha
Makhluk Halus dan Gangguannya
Sihir Pengasih