Sunday, January 15, 2012

Kuliah Ustaz Farhan Mohd Suhut

15 . 1 . 2012 (Ahad)
Kuliah Maghrib
Ustaz mengupas beberapa hadis berkaitan akhir zaman.
Hadis pertama: Daripada Abu Hurairah r.a. berkata : Rasulullah saw bersabda: "nanti akan datang suatu masa di mana orang yang beriman tidak akan dapat menyelamatkan imannya, kecuali apabila dia lari membawanya dari suatu puncak bukit ke puncak bukit yang lain dan dari suatu lubang kepada lubang yang lain. Maka apabila zaman ini telah terjadi, segala pencarian (pendapatan kehidupan) tidak dapat dicapai kecuali dengan perkara yang membabitkan kemurkaan Allah. Oleh itu, kelak terjadinya peristiwa ini, seseorang itu akan binasa apabila dia meningkari Allah dengan hanya menepati kehendak isteri dan anak-anaknya. Kalau tidak beristeri atau mempunyai anak, binasa itu disebabkan hanya menuruti kehendak kedua orang tuanya, jika orang tuanya sudah tiada, seseorang itu akan binasa apabila ia juga hanya menepati kehendak adik-beradik dan kerabatnya atau juga menuruti kehendak jiran tetangganya". Sahabat bertanya, " Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksudkan dengan perkataan engkau itu yang menyatakan kebinasaan seseorang kerana isteri atau anak atau orang tua atau ibu bapa atau adik beradik atau jiran tetangga?. Nabi saw menjawab, " Mereka akan mencelanya dan mengaibkannya dengan kesempitan hidup. Maka disebabkan seseorang ingin mencapai maksud tersebut, dia akan memaksa dirinya melayan kehendak mereka itu, dengan membawa seseorang itu menceburkan dirinya di jalan-jalan kebinasaan yang dimurkai Allah dan seterusnya akan hancurlah hidupnya kelak.
Diriwayatkan oleh Baihaqi.

No comments: