Friday, September 28, 2012

Ustaz Shaari Che In


In Addin Indallah Al Islam
Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam. (Ali-Imran;19)

Hukum Syara'Ehsan ImanIslam
WajibIkhlas Percaya kepada AllahMengucap dua kalimah syahadah
SunatSyukurPercaya kepada KitabSolat 5 waktu sehari semalam
MakruhSabarPercaya kepada MalaikatPuasa di bulan Ramadhan
HarusTawadhuPercaya kepada RasulZakat/fitrah
HaramTawakalPercaya kepada hari kiamat   Haji ke Baitullah al Haram
Halal.Percaya kepada qada' dan Qadar   .
Sah..   .
Batal..   .

Kuliah Maghrib ini disampaikan pada 25. 9. 2012 (9 Zulkaedah 1433) hari Selasa.

Wednesday, September 12, 2012

ادب٢ ڤرڬي كمسجد

Adab-adab pergi ke Masjid

Ustaz Fazlul Rahimi
Kitab Bidayatul Hidayah
Ini adalah kuliah Maghrib yang disampaikan pada 12.06.12 (Selasa).

Adab-adab ke masjid ini juga telah dibincangkan oleh Ust Drs Sapawi Che Mat dalam kitab Adab dan Sopan Dalam Islam. Lihat kuliah pada 25 Februari 2012 yang berkaitan dengan adab di dalam masjid.

Perbincangan tentang tajuk ini juga terdapat di blog berikut:-
Adab Pergi ke Masjid yang disampaikan oleh Habib Ali Zainal Abidin.

Monday, September 10, 2012

Sunday, September 9, 2012

Hadis 40 Imam Nawawi

Kuliah Maghrib
8.09.2012 / 21 Syawal 1433
Ustaz Mohd Ghhoffur Daud

Hadis yang ke-9
عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنِ صَخْرٍ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى ا للهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ یَقُوْلُ : (( مَا نَهَيْتُكُمْ عَنْهُ فَاجْتَنِبُوْهُ وَمَا أَمَرْتُكُمْ بِهِ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ، فَإِنَّمَ ا أَهْلَكَ الَّذِیْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ آَثْرَةُ مَسَائِلِهِمْ وَاخْتِلاَفُهُمْ عَلَى أَنْبِيَائِهِمْ )) رواه البخاري ومسلم.
Daripada Abu Hurairah Abdul Rahman ibn Sokhrin r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Apa-apa yang aku larang kamu melakukannya, maka hendaklah kamu menjauhinya, dan apa-apa yang aku perintahkan kamu melakukannya, maka lakukanlah seberapa daya kamu. Sesungguhnya umat yang terdahulu daripada kamu telah binasa lantaran banyak persoalan dan banyak perselisihan mereka terhadap Nabi-nabi mereka. Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Ibrahim bin Adham berkata: “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat.”
5 Syarat untuk Berbuat maksiat:
  1. SYARAT PERTAMA: “Jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezeki-Nya.” Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?” “Ya! “tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mahukah memakan rezeki-Nya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?”
  2. SYARAT KEDUA: “Kalau kamu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya. “Wahai hamba Allah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya.?”
  3. SYARAT KETIGA: Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya. Mana mungkin Allah tidak melihat kita?” “Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?”
  4. SYARAT KEEMPAT: “Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, “Tunda kematianku dulu. Aku masih mau bertaubat dan melakukan amal soleh”. Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan tersedar dan berkata: “Wahai Ibrahim,mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?” “Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”
  5. SYARAT KELIMA: “Kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di Hari Kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”

Friday, September 7, 2012

Solat Hajat UPSR

Hari Khamis selepas solat Maghrib
    Program Solat Hajat UPSR Sekolah Kebangsaan Taman Kosas.
    Bacaan Yasin dan Solat Hajat dipimpin oleh Ustaz Nazeri Mustapha.

Tuesday, September 4, 2012

KITAB BIMBINGAN MUKMIN

3.09.2012 / 15 Syawal 1433 (Isnin)
Kuliah Maghrib Ustaz Dziyaulhak Hashim 
Kitab Mauizatul Mukmin karangan Hujjatul Islam Imam Al Ghazali 
Bab Menghisab Dan Meneliti Diri 
Pasal Memelihara Perut 

Ustaz menerangkan satu isu yang kerap ditimbulkan berkenaan hal penggabungan puasa sunat Syawal dengan puasa ganti ramadhan (qadha) dan puasa yang mana satu lebih perlu diutamakan. 

Ada 3 cara bagaimana untuk  mengerjakan puasa sunat syawal dan puasa qadha.
  1. Adalah yang paling baik (yang lebih afdal) didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (Syawal). Dari hadis Qudsi, Ertinya : "..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya..." (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)
  2. Berdasarkan apa yang dilakukan oleh Aisyah r.a tidak menggabungkannya kedua-dua puasa Qadha dan Syawal. Ini adalah kerana waktu sunnat puasa Syawal yang singkat berbanding puasa Qadha (sepanjang tahun). Oleh itu dibolehkan untuk berpuasa sunat Syawal meskipun seseorang itu belum mengqadhakan puasa Ramadan.
  3. Dibolehkan puasa qadha digabungkan di dalam puasa sunat Syawal. Ianya tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya.
    Akhir sekali sedikit informasi berkaitan dengan 5 tahap usia yang akan kita tempuhi.
  • Tahap Pertama - dari kita dilahirkan sehingga usia baligh (15 tahun).
  • Tahap Kedua -  dari usia baligh sampai akhir usia syabab (35 tahun).
  • Tahap Ketiga -  dari usia 35 – 50 tahun.
  • Tahap Keempat -dari usia 50 – 70 tahun.
  • Tahap Kelima - dari usia 70 tahun keatas
  • Maka pada usia 40an umur yang tinggal adalah kurang sedikit dari umur yang telah dilalui!

Monday, September 3, 2012

Jadual September/Zulkaedah1433

HARI Syawal  KULIAH PENCERAMAH KITAB / TOPIK
 1 Sabtu  14 Subuh Ust Hadi Talha Makhluk Halus & Gangguannya

Maghrib Ust Nazeri Mustapha Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah
 2 Ahad  15 Subuh Ust Surizal A. Rahim Penawar bagi Hati

Maghrib  - -
 3 Isnin  16 Maghrib Ust Ziaul Haq Mauizatul Mukminin
 4 Selasa  17 Maghrib  - -
 5 Rabu  18 Maghrib Ust Ishak Din Permasalahan Aqidah Tauhid
 6 Khamis  19 Maghrib SOLAT HAJAT UPSR Bacaan Yasin, Tahlil & Solat Hajat
 7 Jumaat  20 Khutubah Ust Nazeri Mustapha Sifat Buruk Sangka



Maghrib Ust Mustafa Minhajul Abidin
 8 Sabtu  21 Subuh Ust Dr Shafie Mohd Amin Al Quran membina manusia terbaik


Maghrib Ust Mohd Ghhoffur Daud Hadis 40
9 Ahad  22 Subuh Ust Imran Al-Malizi Minhajul Abidin


Zohor Ust Yusof Embong Isu Semasa



Maghrib Ust Abu Zar Mamat Tafsir Sya'arawi
10 Isnin  23 Maghrib  - -
11 Selasa  24 Maghrib Ust Fazlul Rahimi Maarop Bidayatul Hidayah
12 Rabu  25 Maghrib Ust Nazeri Mustapha Fiqhul Manhaji Mazhab Shafie
13 Khamis  26 Maghrib Ust Fauzi Abd Kadir Tafsir Sya'arawi
14 Jumaat  27 Khutubah Ust Mohd Ghhoffur Daud



Maghrib Ust Imran Al-Malizi Minhajul Abidin
15 Sabtu  28 Subuh Ust Shaari Che In Munyatul Musolli



Maghrib Ust Mohd Fadzli Ismail Tafsir Surah Juzuk 30
16 Ahad  29 Subuh Ust Ibrahim Zakaria


Maghrib Ust Zulkifli Abd Mutalib kali pertama - Umum
17 Isnin Z'kaedah  Maghrib Ust Rashdan Yunus 40 Hadis Penawar Hati
18 Selasa  2 Maghrib Ust Mohd Ghoffur Daud Riyadhussalihin
19 Rabu  3 Maghrib Ust Ishak Din Permasalahan Aqidah Tauhid
20 Khamis  4 Maghrib Ust Faisal Hakim -
21 Jumaat  5 Khutubah Ust Nazeri Mustapha


Maghrib Ust.Shukri Harun Tafsir Surah Al-Insan
22 Sabtu  6 Subuh Ust Hadi Talha Makhluk Halus & Gangguannya



Maghrib Ust Nazeri Mustapha Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah
23 Ahad  7 Subuh Ust Abu Zar Mamat Tafsir Al Munir


Maghrib Ust Shamsul Hakim Rahiqul Makhtum
24 Isnin  8 Maghrib Ust Mohd Ghoffur Daud Riyadhussalihin
25 Selasa  9 Maghrib Ust Shaari Che In Munyatul Musolli
26 Rabu  10 Maghrib Ust Nazeri Mustapha Fiqhul Manhaji Mazhab Shafie
27 Khamis  11 Maghrib Ust Musa Baharuddin
Umum - samb Aulad Fil Islam
28 Jumaat  12 Khutubah Ust Fazlul Rahimi -



Maghrib Ust M. Razi Asror Hidayatul Salikin
29 Sabtu  13 Subuh Ust Fauzi Abd Kadir Tafsir Al-Munir



Maghrib - -
30 Ahad  14 Subuh Ust Syed AminUmum



Maghrib Ust Sidek Nor Umum