Tuesday, September 4, 2012

KITAB BIMBINGAN MUKMIN

3.09.2012 / 15 Syawal 1433 (Isnin)
Kuliah Maghrib Ustaz Dziyaulhak Hashim 
Kitab Mauizatul Mukmin karangan Hujjatul Islam Imam Al Ghazali 
Bab Menghisab Dan Meneliti Diri 
Pasal Memelihara Perut 

Ustaz menerangkan satu isu yang kerap ditimbulkan berkenaan hal penggabungan puasa sunat Syawal dengan puasa ganti ramadhan (qadha) dan puasa yang mana satu lebih perlu diutamakan. 

Ada 3 cara bagaimana untuk  mengerjakan puasa sunat syawal dan puasa qadha.
  1. Adalah yang paling baik (yang lebih afdal) didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (Syawal). Dari hadis Qudsi, Ertinya : "..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya..." (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)
  2. Berdasarkan apa yang dilakukan oleh Aisyah r.a tidak menggabungkannya kedua-dua puasa Qadha dan Syawal. Ini adalah kerana waktu sunnat puasa Syawal yang singkat berbanding puasa Qadha (sepanjang tahun). Oleh itu dibolehkan untuk berpuasa sunat Syawal meskipun seseorang itu belum mengqadhakan puasa Ramadan.
  3. Dibolehkan puasa qadha digabungkan di dalam puasa sunat Syawal. Ianya tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya.
    Akhir sekali sedikit informasi berkaitan dengan 5 tahap usia yang akan kita tempuhi.
  • Tahap Pertama - dari kita dilahirkan sehingga usia baligh (15 tahun).
  • Tahap Kedua -  dari usia baligh sampai akhir usia syabab (35 tahun).
  • Tahap Ketiga -  dari usia 35 – 50 tahun.
  • Tahap Keempat -dari usia 50 – 70 tahun.
  • Tahap Kelima - dari usia 70 tahun keatas
  • Maka pada usia 40an umur yang tinggal adalah kurang sedikit dari umur yang telah dilalui!

No comments: