Kuliah Maghrib 12.12.12 / 28 Muharram 1434 (Rabu)
Ustaz Nazeri Mustapha
Fiqh manhaji kitab fiqh mazhab Syafie
Syarat-syarat solat Qasar
- Hendaklah perjalanan itu diharuskan oleh syara’.
- Jauh perjalanan itu melebihi daripada dua marhalah (89 KM).
- Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
- Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
HUKUM JAMAK SOLAT JUMAAT DENGAN SOLAT ASAR
- Orang yang bermusafir tidak wajib solat Jumaat dan jika dia solat Jumaat, sah Jumaatnya dan tidak perlu solat Zuhur. Ini adalah ijmak ulama.
- Pada hari Jumaat juga boleh bagi musafir melakukan solat jamak takdim atau takhir untuk solat Zuhur dan Asar.
ULAMA BERSELISIH TERHADAP HUKUM SOLAT JUMAAT DIJAMAK DGN SOLAT ASAR KEPADA DUA PENDAPAT:-
PENDAPAT PERTAMA: Mazhab hambali tidak membenarkan jamak diantara solat Jumaat dengan Asar.
DALIL MEREKA:
- Tidak ada dalil membolehkan, asal bagi hukum ibadat adalah dilarang kecuali ada dalil.
- Tidak boleh digunakan hukum qias dalam ibadat. Oleh itu tidak boleh samakan dengan Zuhur.
- Solat Jumaat adalah solat yang berbeza dgn solat zuhur dari segi hukum hakamnya.
Ini disebut dalam kitab Kasyaful Qina’ dan Matalib ulun nuha.
PENDAPAT KEDUA:
Jumhur ulama membenarkan jamak takdim diantara solat Jumaat dengan solat Asar.
Cuma bagi mazhab Syafie hanya boleh jamak takdim diantara solat Jumaat dan solat Asar dan tidak boleh jamak takkhir dengan melakukan solat Jumaat diwaktu Asar. (Majmuk Syarhul muhazzab)
Adapun mazhab Maliki memboleh jamak takdim atau jamak takhir bagi solat Jumaat dan Asar. Harus jamak takhir dgn membuat solat Jumaat diwaktu Asar . (Manhul Jalil)
DALIL PENDAPAT JUMHUR
- Solat Jumaat adalah ganti kepada solat Zuhur.
- Tidak ada tegahan dari Nabi saw untuk melakukan jamak dengan Jumaat walaupun terdapat banyak safar pada hari Jumaat pd zaman Nabi saw.
- Qias Jumaat dgn Zuhur pada jamak takdim adalah dari bab Rukhas yang dibenarkan oleh ulama usul fekah.
KESIMPULAN:
Pendapat yang kuat ialah harus jamak takdim sahaja diantara Jumaat dan Asar. Adapun jamak takhir hendaklah diantara solat Asar dan Zuhur sahaja.
Panduan Solat Jemaah & Solat Musafir (Jamak & Qasar) Versi Jawi - Prof. Madya Salleh Haji Ahmad
Jarak yang diterima pakai oleh Jakim ialah seperti yang terdapat di dalam buku Panduan Solat Musafir/Mohd Saleh Haji Ahmad/Pustaka Haji Abdul Majidi aitu jarak dua marhalah ialah 89km. Untuk makluman saudara, penentuan jarak ini adalah berdasarkan kepada ijtihad taqribi para ulamak iaitu mengambil pendekatan jarak yang paling hampir kerana pada zaman Rasulullah SAW
Pendapat daripada Mazhab Syafi'i. Menurut pendapat tersebut, seseorang yang ingin keluar bermusafir mestilah memulakan perjalanannya sebelum terbit fajar As-saddiq lagi.
Jika perjalanan tersebut dimulakan setelah terbitnya fajar, maka tiada rukhsah bagi dirinya untuk meninggalkan solat tersebut.
Ringkasnya, perjalanan yang dimulakan setelah terbit fajar wajib mengerjakan solat Jumaat.
(Fiqhul Manhaji As-Syafi'i (2004),Drs. Mustapha Al-Bugha, Drs. Mustapha Al-Khen Dan Sheikh Ali Asy-Syarbaji, Darul Fajr, Kuala Lumpur. h. 299)
|
No comments:
Post a Comment