Monday, April 22, 2013

38 KESILAPAN UMUM DI SEKITAR SOLAT

Ditulis dan disusun oleh: Ruslan Mamat
Mereka solat nak cepat selesai. Mereka solat seperti melepaskan ‘beban’ yang terpaksa dipertanggung-jawabkan kepada mereka sebagai umat Islam. Waktu rukuk, rukuknya ala kadar sahaja. Waktu iktidal, belum pun benar-benar berdiri lurus, dah nak sujud. Waktu sujud, kepala terlalu menungging, dahi dan hidung tidak kena tempat sujud. Saya tidak mempunyai kekuatan untuk menegur mereka.

Kita perlu meneliti semula, adakah solat kita bertepatan dengan cara solat yang diajarkan oleh Nabi kita Muhammad SAW. Ini kerana solat yang dilakukan tanpa berpandukan tatacara solat yang dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW, pastinya solat itu akan membawa kepada kecelakaan terhadap diri sendiri.
Berikut beberapa kesalahan yang biasa dilakukan ketika mengerjakan solat.
  • SOLAT TANPA ILMU
    Orang yang mengerjakan solat tanpa ilmu tergolong dalam golongan orang yang tidak dapat dimaafkan kerana “kebodohan beragamanya”.
  • TIDAK MEMERHATIKAN KESEMPURNAAN WUDHUK
    Ramai di kalangan kita tidak memerhatikan kesempurnaan wudhuk. Mereka berwudhuk ala kadarnya sahaja.
  • LARANGAN ISBAL - KAIN ATAU SELUAR YANG LABUH MENUTUPI MATA KAKI
    Ramai di kalangan muslimin langsung tidak ambil berat, malah ada yang langsung tidak tahu menahu tentang larangan isbal. Mereka solat dengan kain atau seluar labuh menutup mata kaki.
  • MELAFAZKAN NIAT
    Sudah menjadi budaya dalam masyarakat kita, melafazkan niat sebelum memulakan solat. Tidak ada nas sama sekali yang menunjukkan Rasulullah SAW melafazkan niat ketika memulakan solat. Niat tidak dilafazkan.
  • CARA ANGKAT TANGAN – TAKBIRATUL IHRAM
    "Rasulullah SAW biasa mengangkat kedua tangannya setentang bahu jika hendak memulai solat, setiap kali bertakbir untuk rukuk dan setiap kali bangkit dari rukuknya" @ mengangkat kedua tangannya setentang telinga berdasarkan hadis...
  • MATA TIDAK KONSENTRASI KE TEMPAT SUJUD
    Ketika sedang solat, janganlah mata kita berkeliaran ke sana sini. Ketika mengerjakan solat, Rasulullah SAW menundukkan kepalanya dan hanya mengarahkan pandangannya ke tempat sujud. Sebaik-baiknya, hendaklah dilapik dengan kain putih di tempat sujud. 
  • MEMBACA FATIHAH DENGAN CEPAT!
    Ramai di kalangan kita membaca surah Fatihah dan surah-surah lainnya dengan cepat. Seolah-olah ada pertandingan ‘siapa cepat dia menang’! Hal ini langsung bukan dari petunjuk dan ajaran Rasulullah SAW. 
  • TIDAK MENGERASKAN BACAAN ‘AMIIN’
    "Bila Rasulullah SAW selesai membaca Al-Fatihah (dalam sembahyang), beliau mengucapkan amiin dengan suara keras dan panjang." 
  • TIDAK MELAKUKAN THUMA’NINAH DENGAN SEMPURNA Sabda Rasulullah SAW: “Seburuk-buruk pencuri adalah orang yang mencuri (dalam) solatnya.” Para sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, bagaimana mungkin ia mencuri (dalam) solatnya? Rasulullah SAW menjawab: “Yaitu mereka yang tidak menyempurnakan rukuk dan sujud.”
  • CARA BANGUN MENUJU KE RAKA’AT KEDUA DAN KEEMPAT Dari Malik bin Huwairits Radhiyallahu 'anhu bahwasanya dia melihat Rasulullah SAW solat, “maka bila pada raka'at yang ganjil tidaklah beliau terus bangkit, beliau duduk terlebih dulu dengan lurus (sebelum bangkit ke raka’at seterusnya)."Kemudian Rasulullah SAW bertompang (dengan tangannya) pada lantai ketika bangkit ke raka'at kedua.
  • MAKMUM BERALIH RUKUN SERENTAK DENGAN IMAM Hal ini cukup lumrah. Imam takbir…..bergerak ke rukun rukuk. Makmum juga ikut takbir dan bergerak ke rukun rukuk. Kalau imamnya bergerak lambat, kadangkala kita perhatikan makmum dulu yang rukuk sebelum imam. Dari Al Barra’ Radhiyallahu 'anhu, beliau berkata: “Setelah Rasulullah SAW mengucapkan, kami tetap tegak berdiri hingga kami melihat Rasulullah SAW meletakkan benar-benar dahi baginda di tempat sujud, barulah kami bergerak sujud.”
  • MAKMUM TIDAK MEMENTINGKAN SAF PERTAMA Rasulullah SAW: “Kalaulah orang-orang tahu keutamaan yang ada dalam azan (maksudnya memenuhi seruan azan dengan berjema’ah di masjid) dan berada di saf pertama, kemudian mereka tidak mendapatkannya, kecuali dengan cara mengundi, pasti mereka akan mengadakan undian.”).

Untuk bacaan seterusnya boleh layari di : 38 kesilapan umum disekitar solat

Friday, April 19, 2013

Betul atau Salah

Bil.SoalanBetul / Salah
1.Semasa kita mengerjakan/mendirikan solat hendahklah kita sempurnakan syarat-syaratnya.Salah. Dimana yang salah? Menyempurnakan syarat-syaratnya, yang
betul ialah sempurnakan rukun-rukunnya. Syarat disempurnakan sebelum solat.
2.Fatihah mesti dibaca di dalam setiap rakaat solat kecuali bagi makmum yang muafik.Salah. Yang betul bagi makmum yang masbuq.
3.Kentut membatalkan wuduk dan solat melainkan kita meragukannya.Betul. Apabila merasa syak maka teruskan solat.
4.Salah satu dari syarat sah solat ialah baligh.Salah. Baligh adalah syarat wajib.
5.Orang yang solat jama'(musafir) boleh mengikut imam yang solat tamam.Betul.
6.Bagi orang-orang yang bermusafir disunat qasar akan solatnya.Salah. Salah pada perkataan sunat, yang betul hanya harus.
7.Sentuhan kulit lelaki dengan perempuan yang haram berkahwin adalah batal wuduknya.Salah. Tidak batal wuduk mereka ini.
8.Wuduk seseorang itu tidak batal dengan sebab menyentuh anjing atau memegangnya.Betul. Jika anjing menjilat kaki kita semasa solat yang batal adalah solatnya bukan wuduknya.
9.Membaca tahyat awal adalah salah satu rukun-rukun solat yang tigabelas.Salah. Tahaiyat awal bukan rukun.
10.Memaling muka kekanan setelah / selepas memberi salam yang pertama adalah wajib.Salah. Memaling muka itu adalah sunat sahaja.

Kuliah Maghrib oleh Ustaz Ishak Din
17 .04. 2013 / 06 Jamidil Akhir 1434 H (Rabu)

Monday, April 15, 2013

Tafsir al-Munir - Surah al-`Adiyat

    Kuliah Maghrib 14 April,  / 3 Jamadil Akhir 1434 H (Ahad)
    Ustaz Abu Dzar Mamat

    1. Demi Kuda Perang yang tangkas berlari dengan kedengaran kencang nafasnya. 
    2. Serta mencetuskan api dari telapak kakinya.
    3. Dan meluru menyerbu musuh pada waktu Subuh.
    4. Sehingga menghamburkan debu pada waktu itu.
    5. Lalu menggempur ketika itu di tengah-tengah kumpulan musuh.
    6. Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat Tuhannya.
    7. Dan sesungguhnya dia (dengan bawaannya) menerangkan dengan jelas keadaan yang demikian.
    8. Dan sesungguhnya dia melampau sangat sayangkan harta (secara tamak haloba).
    9. (Patutkah dia bersikap demikian?) Tidakkah dia mengetahui (bagaimana keadaan) ketika dibongkarkan segala yang ada dalam kubur?
    10. Dan dikumpul serta didedahkan segala yang terpendam dalam dada?
    11. Sesungguhnya Tuhan mereka Maha Mengetahui dengan mendalam tentang (balasan yang diberikanNya kepada) mereka pada hari itu.

      Nama surah ini ialah al-`Adiyat ertinya kuda-kuda yang pantas berlari. Nama ini diambil daripada perkataan pertama di dalam surah ini. Sesetengah mushaf mecatatkan Wa al-`Adiyat sebagai namanya dengan tambahan “waw” sebagaimana asal perkataan itu dalam ayat.
      Rasulullah SAW bersabda: “Kuda itu ada tiga jenis: kuda Allah, kuda manusia dan kuda syaitan. Adapun kuda Allah ialah kuda yang disediakan untuk berperang di jalan Allah, maka makanannya, kotorannya, kencingnya dan apanya saja – mempunyai beberapa kebaikan. Adapun kuda syaitan, iaitu kuda yang digunakan untuk berjudi atau untuk dibuat pertaruhan, dan kuda manusia pula, adalah kuda yang diikat oleh manusia, ia mengharapkan perutnya (hasilnya), sebagai usaha untuk menutupi keperluannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Monday, April 8, 2013

Great people talk about ideas

    Great people talk about ideas. 
    Average people talk about things. 
    Small people talk about other people.

    Ungkapan (quote) di atas disebut oleh ustaz semasa menyampaikan kuliah Maghrib dengan kitab Muaizatul mu'minin karangan Imam Al-Ghazali. 
    Dalam bab berkaitan peringkat-peringkat amal yang dilaksanakan ia ada 3 peringkat:
  • Pertama - meneliti amalan sebelum memulakannya
  • Kedua - meneliti amalan semasa melaksanakannya, dan
  • Ketiga - menghisab diri setelah beramal
Kuliah Maghrib Ustaz Dziaulhak

Sunday, April 7, 2013

Kekeliruan dan mengelirukan

Khutbah Jumaat
5 April (24 Jamadil Awal 1434 H)
Ustaz Raihan Aziz
Pada hari ini umat Islam telah menjadi keliru, dikelirukan sehingga mengelirukan dalam isu "kalimah Allah".


Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: Siapakah yang menciptakan mereka? Sudah tentu mereka akan menjawab: Allah!. (Jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakanNya)? (Az-Zukhruf : 87)


Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (hakikat tauhid dan pengertian syirik). (Al-’Ankabut: 63)

Bagaimana Bible yang dalam bahasa Melayu boleh menterjemah perkataan God  sebagai Allah, sedangkan tuhan Kristian bukanlah Allah tetapi Jesus yang mereka dakwa. Siapakah yang bertanggungjawab memberi izin Bible melayu ini menggunakan kalimah Allah?