Diakhir forum soalan ini telah dikemukakan dalam segmen soal jawab.
Adakah Rasulullah melihat Allah s.w.t ketika Mi’raj?
Ustaz Abdullah Hashim telah memetik satu hadis dari Aisyah yang menafikan perkara ini yang telah diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari.
Dari Aisyah r.a katanya: Siapa yang menceritakan kepada engkau bahawa Muhammad melihat Tuhannya, sesungguhnya orang itu dusta.
Kerana Tuhan telah berfirman:
Surah Al-An’am: 103,
“Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata, sedang dia dapat melihat segala yang kelihatan; dan dialah yang Maha halus lagi Maha Mengetahui.”
Dan siapa yang menceritakan kepada engkau bahawa Muhammad mengetahui hal ghaib, sesungguhnya orang itu dusta kerana Tuhan telah berfirman: “Tiada mengetahui hal yang ghaib melainkan Allah.”
|
No comments:
Post a Comment