Monday, October 19, 2015

CATATAN KULIAH UST FAZLUL

Kuliah Maghrib di Masjid Taman Kosas oleh
Ustaz Fazlul Rahimi pada 13/10/15 (Selasa).
Tajuk: Adab-adab mengerjakan solat.
    Sunat dibaca surah Qul'auzubinnas ketika sebelum memulakan solat untuk melindungi dari syaitan bernama Khamza untuk mengoda org sedang solat. Hendaklah kita hadir hati kita semasa sedang solat iaitu hati dan akal berkabung hanya memikirkan Allah Taala semata- mata. Niat dlm hati dan kosongkan jiwa drp hal2 keduniaan dan hadirkan diri semata-mata kpd Allah. Semasa angkat tangan iaihu takbir halakan tapak tangan ke arah depan iaitu seolah-olah menolak hal2 dunia. Bermunajat dihadapan Allah berdoa dan merayu kpd Allah dan merasa malu dihadapan Allah.
    Kata Syeikh Imam Alhawari Rahimallah, hendak khusuk solat kita hendaklah melakukan 6 perkara.
  1. Menghadirkan hati dengan ikhlas hanya tumpu pada Allah.
  2. Kita mesti mengagungkan Allah dengan merasa kita hina.
  3. Kita rasa kehebatan Allah dan rasa dekat dengan Allah dengan tunduk melakukan salah satu rukun seperti Rukuk.
  4. Kita melakukan solat dengan berilmu supaya kita faham apa yg kita baca dan kita lakukan.
  5. Kita mesti rasa malu dihadapan Allah sekiranya kita melakukan sambil lewa. Malu ini adalah cabang2 iman.
  6. Ada sifat mengharap kepada Allah. Kita mengharap supaya ibadah kita diterima oleh Allah.
    Perlu jaga rukun solat.
    Hadith pernah menyatakan Nabi pernah menegur dan menyuruh sahabat ulang semula solat sebanyak 3 kali disebabkan sahabat solat tanpa toma'ninah. Hendaklah tidak tergopoh gapah dan perlu tenang semasa mengerjakan solat. Kena jaga haq2 solat baru diterima oleh Allah. Kita sembah Allah seolah2 kita melihat Allah dan Allah mengawasi, melihat dan memantau kita dlm solat. Yg boleh melihat Allah hanya Nabi Mohd. S.A.W. Kita boleh melihat Allah hanya di syurga. Melihat Allah lebih hebat dari melihat syurga. Sekiranya kita tak tenang dalam solat sebab kurangnya kita mengenal keagungan dan kebesaran Allah.
    Cara nak kenal Allah Nabi kata (hadith) dengan 3 kaedah.
  1. Kita mesti melihat dan memikirkan kejadian manusia kerana manusia sebaik2 kejadian. Kejadian manusia amat komplek. Salah satu contoh dijadikan DNA dlm badan kita. DNA tersimpan 50 juta maklumat mengenai kita. Allah menjadikan manusia bermacam- macam rupa dan wajah
  2. Tengok, lihat dan teliti makhluk Allah yg lain dan kejadian Alam. Nak jadi pokok memerlukan air, angin dan tanah dll
  3. Ingat dan fikir tentangu nikmat Allah yg diberi kpd kita. Contoh kita boleh bercakap, berjalan, makan minum dll.
Waallahualam...
Catatan kuliah ini daripada WhatsApp group Jemaah Masjid Tmn Kosas
oleh - Hjh Julia Jalil: 13/10/2015, 23:29

No comments: