Monday, January 4, 2016

CATATAN KULIAH UST DZIYAULHAK HASYIM

Kuliah Maghrib : Isnin, 4 Januari 2015 (23 Rabiul Awal 1437)
Kitab : Mauizatul Mukminin atau ringkasan daripada kitab asal iaitu Ihya’ Ulumuddin karangan Imam Ghazali r.h.
  • Firman Allah SWT: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya selawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya.” 
  • (Surah Al-Ahzab: 56).
      Waktu dan Tempat yang Afdal Berselawat
    1. Ketika mendengar orang menyebut nama Nabi SAW.
      "Orang yang kedekut ialah: Orang yang tidak mahu berselawat ketika orang menyebut namaku di sisinya." (HR. Ahmad)
    2. Sesudah menjawab azan dan sebelum membaca doa azan.
      "Apabila kamu mendengar muadzin membacakan adzan, sambutlah ucapannya. Sesudah selesai menyambut adzan, maka berselawatlah kamu untukku."(HR. Muslim)
    3. Ketika terlupa sesuatu perkara.

    “Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali, maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).” 
    [HR An-Nasa’i]

    No comments: