Monday, March 28, 2016

KERJA UBAH SUAI DINDING SEWAN SOLAT


    Kerja-kerja menaik taraf iaitu bagi mengganti dinding dan pintu dewan solat masjid telah bermula pada hari Ahad 20 Mac 2016.
Sumbangan anda di sini

Friday, March 11, 2016

BAHAYA MEDIA SOSIAL


CERAMAH INI TELAH DIJADUAL PADA RABU 9 MAC, TELAH DITUNDA PADA HARI KHAMIS 10 MAC 2016 DISEBABKAN USTAZ ADA URUSAN KECEMASAN YANG TIDAK DAPAT DIELAKAN.

Tuesday, March 8, 2016

SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI

GERHANA BUKAN WAKTU BERSUKA RIA 
Cuba kita bandingkan reaksi nabi sallallahu 'alaihi wa sallam apabila berlaku gerhana dengan reaksi kita pada hari ini?
 عَنْ أَبِي مُوسَى، قَالَ خَسَفَتِ الشَّمْسُ فِي زَمَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم 
Daripada Abu Musa radiallahu 'anhu, beliau berkata: Telah berlaku gerhana matahari pada zaman Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam.
 فَقَامَ فَزِعًا يَخْشَى أَنْ تَكُونَ السَّاعَةُ حَتَّى أَتَى الْمَسْجِدَ 
Lalu baginda bangun dalam keadaan takut akan berlakunya hari Kiamat sehingga baginda tiba di masjid.
 فَقَامَ يُصَلِّي بِأَطْوَلِ قِيَامٍ وَرُكُوعٍ وَسُجُودٍ مَا رَأَيْتُهُ يَفْعَلُهُ فِي صَلاَةٍ قَطُّ 
Lalu baginda mendirikan solat yang paling panjang berdirinya, ruku'nya dan sujudnya yang pernah aku lihat baginda lakukan di dalam solat.
 ثُمَّ قَالَ " إِنَّ هَذِهِ الآيَاتِ الَّتِي يُرْسِلُ اللَّهُ لاَ تَكُونُ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ 
Kemudian baginda bersabda: Sesungguhnya ini adalah tanda-tanda yang Allah hantar. Ia tidaklah berlaku kerana kematian atau kehidupan seseorang.  وَلَكِنَّ اللَّهَ يُرْسِلُهَا يُخَوِّفُ بِهَا عِبَادَهُ Akan tetapi Allah menghantarnya untuk menimbulkan rasa takut pada hambaNya. فَإِذَا رَأَيْتُمْ مِنْهَا شَيْئًا فَافْزَعُوا إِلَى ذِكْرِهِ وَدُعَائِهِ وَاسْتِغْفَارِهِ
Apabila kalian lihat ia berlaku, segeralah mencari perlindungan dengan mengingati Allah, berdoa kepadaNya dan memohon keampunanNya. 
[Sahih Muslim, Kitab al-Kusuf, hadis no: 912]
 ____________ 
~Sunnah Ketika Gerhana~ 
Tatacara Solat Gerhana 
  1.  Ia dua rakaat 
  2. Membaca surah al-Fatihah dan surah yang panjang seperti al-Baqarah. Jika tidak, bacalah surah paling panjang yang kita hafal. 
  3. Melakukan ruku’ yang panjang 
  4. Bangun dari ruku dan membaca al-Fatihah serta surah yang pendek sedikit daripada surah sebelumnya 
  5. Melakukan ruku’ yang panjang tetapi pendek sedikit daripada ruku’ sebelumnya 
  6. Melakukan sujud yang panjang 
  7. Duduk antara dua sujud 
  8. Sujud dengan sujud yang panjang 
  9. Melakukan rakaat kedua seperti rakaat pertama 
  10. Solat ini boleh dilakukan secara bersendirian mahupun berjemaah 
  11. Selepas solat, sunat untuk imam memberi nasihat dan amaran, serta menyeru makmum membanyakkan doa, istighfar dan amal soleh yang lain. 
Sunnah lain ketika gerhana: 
  1. Sedekah 
  2. Berdoa 
  3. Takbir (Allahuakbar) 
  4. Mengingati kebesaran dan takut azab Allah 
Dalil-dalil berkaitan: 
Solat gerhana-
 عَنْ عَائِشَةَ، أَنَّهَا قَالَتْ خَسَفَتِ الشَّمْسُ فِي عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم 
Daripada 'Aisyah radiallahu 'anha, beliau berkata: Gerhana matahari telah berlaku di zaman Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam.
 فَصَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم بِالنَّاسِ، 
Lalu baginda mendirikan solat bersama orang ramai.
 فَقَامَ فَأَطَالَ الْقِيَامَ، ثُمَّ رَكَعَ فَأَطَالَ الرُّكُوعَ، 
Baginda berdiri dan memanjangkan berdirinya. Kemudian ruku' dan memanjang ruku'nya.
 ثُمَّ قَامَ فَأَطَالَ الْقِيَامَ وَهْوَ دُونَ الْقِيَامِ الأَوَّلِ، ثُمَّ رَكَعَ فَأَطَالَ الرُّكُوعَ، وَهْوَ دُونَ الرُّكُوعِ الأَوَّلِ، 
Kemudian berdiri dan memanjangkan berdirinya tetapi lebih pendek daripada berdiri yang pertama. Kemudian baginda ruku' dan memanjangkan ruku'nya tetapi lebih pendek daripada ruku' yang pertama.
 ثُمَّ سَجَدَ فَأَطَالَ السُّجُودَ، ثُمَّ فَعَلَ فِي الرَّكْعَةِ الثَّانِيَةِ مِثْلَ مَا فَعَلَ فِي الأُولَى، 
Kemudian baginda sujud dan memanjangkan sujudnya. Kemudian baginda melakukan perkara yang sama dalam rakaat kedua sebagaimana dalam rakaat pertama.
 ثُمَّ انْصَرَفَ وَقَدِ انْجَلَتِ الشَّمْسُ، فَخَطَبَ النَّاسَ، فَحَمِدَ اللَّهَ، وَأَثْنَى عَلَيْهِ ثُمَّ قَالَ 
Kemudian, baginda selesai solat ketika gerhana telah pun tamat. Kemudian baginda berkhutbah, baginda memuji Allah lalu berkata:
 إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ، لاَ يَنْخَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، 
Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda daripada tanda-tanda Allah. Ia tidak gerhana kerana kematian atau kehidupan seseorang.
 فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ فَادْعُوا اللَّهَ وَكَبِّرُوا، وَصَلُّوا وَتَصَدَّقُوا
Apabila kalian melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, dirikanlah solat, dan bersedekahlah.
 ثُمَّ قَالَ : يَا أُمَّةَ مُحَمَّدٍ، وَاللَّهِ مَا مِنْ أَحَدٍ أَغْيَرُ مِنَ اللَّهِ أَنْ يَزْنِيَ عَبْدُهُ أَوْ تَزْنِيَ أَمَتُهُ، يَا أُمَّةَ مُحَمَّدٍ، وَاللَّهِ لَوْ تَعْلَمُونَ مَا أَعْلَمُ لَضَحِكْتُمْ قَلِيلاً وَلَبَكَيْتُمْ كَثِيرًا 
Kemudian baginda berkata: Wahai umat Muhammad. Demi Allah! Tiada yang lebih cemburu daripada Allah apabila ada hambanya lelaki atau perempuan yang berzina. Wahai umat Muhammad. Demi Allah! Jika kalian tahu apa yang aku tahu, kalian akan sedikit ketawa dan banyak menangis. 
[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Kusuf, hadis no: 1044] 

 Kefahaman karut-
 عَنِ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ، قَالَ كَسَفَتِ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَوْمَ مَاتَ إِبْرَاهِيمُ،
Al-Mughirah bin Syu'bah radiallahu 'anhu berkata: Matahari telah gerhana di zaman Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam pada hari meninggalnya Ibrahim (anak lelaki baginda)
 فَقَالَ النَّاسُ كَسَفَتِ الشَّمْسُ لِمَوْتِ إِبْرَاهِيمَ
Orang ramai berkata: Gerhana matahari berlaku kerana kematian Ibrahim.
 فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم " إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لاَ يَنْكَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ فَصَلُّوا وَادْعُوا اللَّهَ 
Lalu Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya matahari dan bulan tidak gerhana kerana kematian atau kehidupan seseorang. Apabila kalian melihatnya, solatlah dan berdoalah kepada Allah. 
[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Kusuf, hadis no: 1043] 

Gerhana adalah amaran Allah-
 عَنْ أَبِي بَكْرَةَ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم 
Abu Bakrah radiallahu 'anhu berkata: Rasululla sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
 إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ، لاَ يَنْكَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ، وَلَكِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يُخَوِّفُ بِهَا عِبَادَهُ 
Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda daripada tanda-tanda Allah. Ia tidak gerhana kerana kematian seseorang. Tetapi Allah mahu menimbulkan rasa takut pada hamba-hambaNya. 

[Sahih al-Bukhari, Kitab al[truncated by WhatsApp]

Monday, March 7, 2016

JADUAL KULIAH MAC / J'AKHIR 1437

Kuliah Subuh dan Maghrib
Mon
Tue
Wed
Thu
Fri
Sat
Sun

1
UST ZAWARI ALI 
2

3

4

5
UST DRs SAPAWI (KAH)
6

7

8
UST FAZLUL 
9
UST GHOFUR 
(GANTI UST DR IZHAR)
10
1 J'Akhir
UST DR MOHD IZHAR 
11
UST USAMAH 
12
UST DRs SAPAWI (KAH)
UST AHMAD HUSNI ppz (M) 
13
UST ZUHAILI SAIMAN (S)
UST ABU ZAR MAMAT (M)
14
UST FIRDAUS MAHADI 
15
UST MEOR ABDULLAH 
16
UST DR AHMAD KAMAL 
17

18
UST LUKMANUL HAKIM 
19

20
UST HALIM HAFIDZ (S)
UST SAIFUDDIN (M)
21
UST RASHDAN YUNUS 

22
UST GHOFUR DAUD 
23
UST NAZERI MUSTAPHA 
24
BACAAN YASIN - IMAM 2
25
UST RAZI ASROR 

26
UST FATHI NAIM 

27
UST DR ROSLAN 

28
UST PU SALMAN 

29

30

31

Notes: