GERHANA BUKAN WAKTU BERSUKA RIA
Cuba kita bandingkan reaksi nabi sallallahu
'alaihi wa sallam apabila berlaku gerhana dengan reaksi kita pada hari ini?
عَنْ أَبِي
مُوسَى، قَالَ خَسَفَتِ الشَّمْسُ فِي زَمَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم
Daripada Abu Musa radiallahu 'anhu, beliau
berkata: Telah berlaku gerhana matahari pada zaman Nabi sallallahu 'alaihi wa
sallam.
فَقَامَ
فَزِعًا يَخْشَى أَنْ تَكُونَ السَّاعَةُ حَتَّى أَتَى الْمَسْجِدَ
Lalu baginda bangun dalam keadaan takut akan
berlakunya hari Kiamat sehingga baginda tiba di masjid.
فَقَامَ
يُصَلِّي بِأَطْوَلِ قِيَامٍ وَرُكُوعٍ وَسُجُودٍ مَا رَأَيْتُهُ يَفْعَلُهُ فِي
صَلاَةٍ قَطُّ
Lalu baginda mendirikan solat yang paling
panjang berdirinya, ruku'nya dan sujudnya yang pernah aku lihat baginda lakukan
di dalam solat.
ثُمَّ قَالَ
" إِنَّ هَذِهِ الآيَاتِ الَّتِي يُرْسِلُ اللَّهُ لاَ تَكُونُ لِمَوْتِ
أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ
Kemudian baginda bersabda: Sesungguhnya ini
adalah tanda-tanda yang Allah hantar. Ia tidaklah berlaku kerana kematian atau
kehidupan seseorang. وَلَكِنَّ اللَّهَ يُرْسِلُهَا
يُخَوِّفُ بِهَا عِبَادَهُ Akan tetapi Allah menghantarnya untuk
menimbulkan rasa takut pada hambaNya. فَإِذَا
رَأَيْتُمْ مِنْهَا شَيْئًا فَافْزَعُوا إِلَى ذِكْرِهِ وَدُعَائِهِ
وَاسْتِغْفَارِهِ "
Apabila kalian lihat ia berlaku, segeralah
mencari perlindungan dengan mengingati Allah, berdoa kepadaNya dan memohon
keampunanNya.
[Sahih Muslim, Kitab al-Kusuf, hadis no: 912]
____________
~Sunnah Ketika Gerhana~
Tatacara Solat Gerhana
Sunnah lain ketika gerhana:
Dalil-dalil berkaitan:
Solat gerhana-
عَنْ
عَائِشَةَ، أَنَّهَا قَالَتْ خَسَفَتِ الشَّمْسُ فِي عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صلى
الله عليه وسلم
Daripada 'Aisyah radiallahu 'anha, beliau
berkata: Gerhana matahari telah berlaku di zaman Rasulullah sallallahu 'alaihi
wasallam.
فَصَلَّى
رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم بِالنَّاسِ،
Lalu baginda mendirikan solat bersama orang
ramai.
فَقَامَ
فَأَطَالَ الْقِيَامَ، ثُمَّ رَكَعَ فَأَطَالَ الرُّكُوعَ،
Baginda berdiri dan memanjangkan berdirinya.
Kemudian ruku' dan memanjang ruku'nya.
ثُمَّ قَامَ
فَأَطَالَ الْقِيَامَ وَهْوَ دُونَ الْقِيَامِ الأَوَّلِ، ثُمَّ رَكَعَ فَأَطَالَ
الرُّكُوعَ، وَهْوَ دُونَ الرُّكُوعِ الأَوَّلِ،
Kemudian berdiri dan memanjangkan berdirinya
tetapi lebih pendek daripada berdiri yang pertama. Kemudian baginda ruku' dan
memanjangkan ruku'nya tetapi lebih pendek daripada ruku' yang pertama.
ثُمَّ سَجَدَ
فَأَطَالَ السُّجُودَ، ثُمَّ فَعَلَ فِي الرَّكْعَةِ الثَّانِيَةِ مِثْلَ مَا
فَعَلَ فِي الأُولَى،
Kemudian baginda sujud dan memanjangkan
sujudnya. Kemudian baginda melakukan perkara yang sama dalam rakaat kedua
sebagaimana dalam rakaat pertama.
ثُمَّ
انْصَرَفَ وَقَدِ انْجَلَتِ الشَّمْسُ، فَخَطَبَ النَّاسَ، فَحَمِدَ اللَّهَ،
وَأَثْنَى عَلَيْهِ ثُمَّ قَالَ
Kemudian, baginda selesai solat ketika
gerhana telah pun tamat. Kemudian baginda berkhutbah, baginda memuji Allah lalu
berkata:
إِنَّ
الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ، لاَ يَنْخَسِفَانِ لِمَوْتِ
أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ،
Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua
tanda daripada tanda-tanda Allah. Ia tidak gerhana kerana kematian atau
kehidupan seseorang.
فَإِذَا
رَأَيْتُمْ ذَلِكَ فَادْعُوا اللَّهَ وَكَبِّرُوا، وَصَلُّوا وَتَصَدَّقُوا .
Apabila kalian melihatnya, berdoalah kepada
Allah, bertakbirlah, dirikanlah solat, dan bersedekahlah.
ثُمَّ قَالَ :
يَا أُمَّةَ مُحَمَّدٍ، وَاللَّهِ مَا مِنْ أَحَدٍ أَغْيَرُ مِنَ اللَّهِ أَنْ
يَزْنِيَ عَبْدُهُ أَوْ تَزْنِيَ أَمَتُهُ، يَا أُمَّةَ مُحَمَّدٍ، وَاللَّهِ لَوْ
تَعْلَمُونَ مَا أَعْلَمُ لَضَحِكْتُمْ قَلِيلاً وَلَبَكَيْتُمْ كَثِيرًا
Kemudian baginda berkata: Wahai umat
Muhammad. Demi Allah! Tiada yang lebih cemburu daripada Allah apabila ada
hambanya lelaki atau perempuan yang berzina. Wahai umat Muhammad. Demi Allah!
Jika kalian tahu apa yang aku tahu, kalian akan sedikit ketawa dan banyak
menangis.
[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Kusuf, hadis no:
1044]
Kefahaman karut-
عَنِ الْمُغِيرَةِ
بْنِ شُعْبَةَ، قَالَ كَسَفَتِ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله
عليه وسلم يَوْمَ مَاتَ إِبْرَاهِيمُ،
Al-Mughirah bin Syu'bah radiallahu 'anhu
berkata: Matahari telah gerhana di zaman Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam
pada hari meninggalnya Ibrahim (anak lelaki baginda)
فَقَالَ
النَّاسُ كَسَفَتِ الشَّمْسُ لِمَوْتِ إِبْرَاهِيمَ
Orang ramai berkata: Gerhana matahari berlaku
kerana kematian Ibrahim.
فَقَالَ رَسُولُ
اللَّهِ صلى الله عليه وسلم "
إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لاَ يَنْكَسِفَانِ لِمَوْتِ
أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ فَصَلُّوا وَادْعُوا اللَّهَ
Lalu Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam
bersabda: Sesungguhnya matahari dan bulan tidak gerhana kerana kematian atau
kehidupan seseorang. Apabila kalian melihatnya, solatlah dan berdoalah kepada
Allah.
[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Kusuf, hadis no:
1043]
Gerhana adalah amaran Allah-
عَنْ أَبِي
بَكْرَةَ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم
Abu Bakrah radiallahu 'anhu berkata:
Rasululla sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
إِنَّ الشَّمْسَ
وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ، لاَ يَنْكَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ،
وَلَكِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يُخَوِّفُ بِهَا عِبَادَهُ
Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua
tanda daripada tanda-tanda Allah. Ia tidak gerhana kerana kematian seseorang.
Tetapi Allah mahu menimbulkan rasa takut pada hamba-hambaNya.
[Sahih al-Bukhari, Kitab al[truncated by WhatsApp] |
Tuesday, March 8, 2016
SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment