Perbincangan solat sunnat tahiyatul masjid (menghormati masjid) dan iktikaf.
- Nabi saw pesan jangan masuk ke dalam masjid dan duduk kecuali mendirikan solat 2 rakaat.
- Di suatu peristiwa diketika nabi SAW sedang memberikan kutbah, seorang sahabat telah ditegur oleh nabi kerana telah masuk masjid dan duduk tanpa menunaikan solat 2 rakaat. Sahabat tersebut telah disuruh bangun mendirikan solat 2 rakaat.
- Imam Nawawi (dan sepakat ulamak) menjelaskan mendirikan solat 2 rakaat untuk menghormati masjid (solat tahiyatul masjid) tidak perlu mengkhususkan niat solat tahiyatul masjid. Sebarang solat, sunnat atau fardhu atau solat kodho' adalah dianggap sebagai solat menghormati masjid.
- Solat jenazah, sujud syukur atau sujud tilawah tidak dikira sebagai solat tahiyatul masjid jika ia dilakukan di dalam masjid. Kalau nak duduk perlu mendirikan solat 2 rakaat.
- Imam Ibnu Hajar memberi pencerahan, selagi seseorang tidak duduk apabila masuk ke dalam masjid walau kadar yang lama tanpa duduk, tidak perlu mendirikan solat 2 rakaat.
- Jika masuk ke dalam masjid dan duduk tanpa solat 2 rakaat atau telah duduk dan bangun semula mendirikan solat 2 rakaat akan hilang fadhilat solat sunnat 2 rakaat tersebut.
- Solat tahiyatul masjid perlu dimulakan dengan takbiratul ihram berdiri. Jika dilakukan duduk, juga akan hilang fadhilat.
- Masjid atau surau ditakrifkan sebagai tempat yang diwakafkan untuk solat 5 waktu. Tempat sebegini yang diiktiraf tempat yang boleh didirikan solat tahiyatul masjid atau niat iktikaf.
- Surau yang bukan diwakafkan utk solat fardhu, tidak diiktirafkan untuk mendirikan solat tahiyatul masjid atau iktikaf. Tempat seperti surau-surau dipejabat atau dishopping complex atau bilik solat peribadi.
- Surau atau masjid yang diwakafkan samaada yang mendirikan solat jumaat atau tidak, tetap sah tahiyatul masjid dan iktikaf. Bezanya iktikaf di masjid/surau yg tidak mendirikan solat jumaat, perlu keluar ke masjid/surau lain utk menunaikan solat jumaat. Ini akan mencacatkan sedikit iktikaf disurau/masjid yg tidak mendirikan solat jumaat. Keutamaan iktikaf pada masjid yg mendirikan solat Jumaat.
Kesimpulannya disunatkan mendirikan solat tahiyatul masjid bila masuk masjid/surau yang diwakafkan
Wallahualam
Ustaz Syed Shahridzan
Kuliah Maghrib di Masjid Al-Mukhlisin
|
No comments:
Post a Comment