Saturday, September 18, 2010

Melawan Sihir dengan Sihir

18 September
(9 shawwal 1431)
Kuliah Subuh (Sabtu)
Ust Hadi Talha

Ada dua perkara yang di sentuh oleh ustaz pada kuliah ini. Pertama ustaz menerangkan akan hukum bagi orang yang terkena sihir pergi kepada tukang sihir untuk menghilangkan sihir dari dirinya. Kedua berkaitan apa cara atau kaedah untuk menghindarkan atau melindungi diri daripada sihir. Perkara-perkara yang diterangkan dan perbincangan akan hal ini boleh didapati di dalam laman-laman web berikut;
  • Orang yang terkena sihir bolehkah pergi ke tukang sihir untuk menghilangkan sihir dari dirinya? melawan-sihir-dengan-sihir
  • Seorang muslim tidak boleh tunduk dan percaya terhadap dugaan dan sangkaan bahwa cara seperti yang dilakukan itu sebagai suatu cara pengobatan, semisal tulisan-tulisan azimat yang mereka buat, atau menuangkan cairan timah, dan lain-lain cerita bohong yang mereka lakukan. Hukum tentang Sihir dan Perdukunan/Paranormal

Kaedah melawan sihir melalui doa dan zikir.

Saturday, September 4, 2010

Qiam dan Kelebihannya

APAKAH kehebatan bangun solat di malam hari terutama di sepertiga malam yang akhir? Sehinggakan Rasulullah sanggup melakukannya sehingga kedua-dua tapak kakinya pecah-pecah, sehinggakan juga Sallehuddin Al-Ayyubi memilih mereka yang bangun malam sebagai barisan mujahidin yang paling hadapan untuk menggempur musuh. Sehinggakan juga Umar Abd Aziz berkata: “Bagaimana mata ini dapat tertutup rapat dan tenteram sedangkan ia tak tahu di mana kelak ia akan kembali di antara dua tempat” berulang-ulang.

Saranan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam:

Dari Abu Hurairah r.a “….Kekasihku Rasulullah telah berwasiat kepadaku agar aku tidak tidur sebelum solat witir.” (HR Bukhari)

Dari Abdullah bin ‘Amr bin Al-’Ash radhiallahu ‘anhuma katanya; Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Hai Abdullah, janganlah engkau menjadi seperti si Fulan itu, dulu ia suka sekali bangun bersolat di waktu malam, tetapi kini meninggalkan bangun solat waktu malam itu.”(Muttafaqun ‘alaih)

Baca seterusnya qiam-dan-kelebihannya

Friday, September 3, 2010

Imam Terawih oleh Adik Muhammad

Malam ke 24 Ramadhan (Khamis malam Jumaat) solat sunat Tarawih telah di imamkan oleh adik Muhammad bin Ahmad Zahid. Ini merupakan kali kedua adik Muhammad telah dijemput sebagai imam jemputan. Tahun lepas adik Muhamad juga telah mengimamkan solat sunat Tarawih di masjid ini pada 27 Ramadhan bersamaan 19 Sep 2009.

Thursday, September 2, 2010

Puasa dan Zakat Fitrah

Tazkirah Ust. Ishak Din
1. 9. 2010 (22 Ramadhan 1431)
Apa itu puasa? Puasa dalam bahasa arab disebut shoum/syiam yang menurut bahasa adalah pengekangan/  penahanan diri. Sedangkan menurut syara’ ialah pengekangan yang khusus, iaitu pengekangan/penahanan diri dari makan dan minum serta jima’/hubungan seksual dan selainnya sesuai dengan yang telah dijelaskan oleh agama selama siang hari menurut cara yang disyariatkan.

Ramadhan berasal dari bahasa Arab, diumpamakan kepada teriknya sinar matahari, kerana di dalam bulan Ramadhan harus menahan dengan sabar dari makan minum dan menyantap segala jenis makanan, sedangkan melaksanakan perintah –perintah Allah menimbulkan suatu suhu panas dan terik. Rasa panas dan terik itulah yang menimbulkan Ramadhan.

Qiam Ramadhan dilakukan pada akhir Ramadhan iaitu 10 malam yang terakhir.

Ada pun masa (waktu) menunaikan zakat fitrah dibahagikan kepada empat.
  1. Sunat iaitu bermula awal Ramadhan
  2. Wajib iaitu tenggelamnya matahari akhir Ramadan sehingga saat didirikan solat sunat Aidilfitri
  3. Makruh iaitu selepas solat Aidilfitri (Idul Fitri)
  4. Haram, iaitu selepas terbenam matahari satu Syawal

Thursday, August 19, 2010

Tazkirah Ramadhan malam kesembilan

Ust. Ishak Din
(8 Ramadhan = 18 Ogos)
Hari Rabu hari yang kelapan kita berpuasa dan malam kesembilan kita mengerjakan solat sunat terawih.
Sudah ramai ustaz yang telah membincangkan berkaitan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa. Oleh yang demikian ustaz pula menerangkan apakah perkara-perkara yang tidak membatalkan puasa. Ada 10 perkara yang tidak membatalkan puasa.
  1. Berbekam atau suntik
  2. Menelan air liur yang bersih
  3. Mencabut gigi atau berkumur-kumur (makruh)
  4. Pitam yang tidak menhabisi sepanjang hari
  5. Muntah tidak sengaja
  6. Makan atau minum walaupun sampai kenyang (lupa)
  7. Sengaja merasa makanan yang di masak
  8. Mimpi bersetubuh disiang hari
  9. Bersahur. Syak bersahur tidak batal puasa (sebab asal malam) tetapi syak berbuka batal puasa (sebab asal siang)
  10. Niat puasa siang hari. Niat siang hari tidak jadi puasa walaupun tidak membatal puasa.

Saturday, August 14, 2010

Catatan Tazkirah Ramadhan

1 Ramadhan (Selasa malam Rabu)
Ustaz Fazlul Rahimi Maarop
Ustaz memulakan dgn membaca ayat 183 (Surah Al-Baqarah) >"Maksudnya : Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelummu agar
>kamu bertakwa". Di negeri Selangor adalah menjadi kewajipan bagi Masjid dan surau untuk megadakan tazkirah pada solat terawih dan adalah wajib bagi kita mendengarnya. Kemudian ustaz menerangkan satu hadis nabi Dari Abu Hurairah ra. berkata :-

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah RA katanya: “Nabi SAW menaiki mimbar, kemudian baginda berkata: amin, amin, amin. Ditanya kepada baginda: “Wahai Rasulullah, tuan menaiki mimbar dan mengucapkan amin, amin, amin?” Baginda SAW menjawab: “Jibril AS datang kepadaku, dan berkata: “Sesiapa yang berada dalam bulan Ramadhan, lalu Allah tidak mengampunkan dosanya, dia akan dimasukkan ke dalam neraka dan akan dijauhkannya, katakan (wahai Muhammad) amin,” Lalu aku (Nabi SAW) pun menyebut “amin”. Jibril berkata lagi: “Wahai Muhammad, sesiapa yang memiliki dua orang tuanya atau salah seorang mereka, namun dia tidak berbuat kepada mereka berdua, dia mati, dia akan dimasukkan ke dalam neraka, dan Allah akan menjauhkannya, katalah amin.” Lalu akupun berkata: “Amin”. Berkata Jibril lagi: “Sesiapa yang mendengar namamu disebut, tetapi dia tidak berselawat kepadamu, dia mati, dia akan dimasukkan ke dalam neraka, dan Allah akan menjauhkanya, katalah amin.” Lalu akupun menyebut: “Amin.”