1. 9. 2010 (22 Ramadhan 1431)
Apa itu puasa? Puasa dalam bahasa arab disebut shoum/syiam yang menurut bahasa adalah pengekangan/ penahanan diri. Sedangkan menurut syara’ ialah pengekangan yang khusus, iaitu pengekangan/penahanan diri dari makan dan minum serta jima’/hubungan seksual dan selainnya sesuai dengan yang telah dijelaskan oleh agama selama siang hari menurut cara yang disyariatkan.
Ramadhan berasal dari bahasa Arab, diumpamakan kepada teriknya sinar matahari, kerana di dalam bulan Ramadhan harus menahan dengan sabar dari makan minum dan menyantap segala jenis makanan, sedangkan melaksanakan perintah –perintah Allah menimbulkan suatu suhu panas dan terik. Rasa panas dan terik itulah yang menimbulkan Ramadhan.
Qiam Ramadhan dilakukan pada akhir Ramadhan iaitu 10 malam yang terakhir.
Ada pun masa (waktu) menunaikan zakat fitrah dibahagikan kepada empat.
- Sunat iaitu bermula awal Ramadhan
- Wajib iaitu tenggelamnya matahari akhir Ramadan sehingga saat didirikan solat sunat Aidilfitri
- Makruh iaitu selepas solat Aidilfitri (Idul Fitri)
- Haram, iaitu selepas terbenam matahari satu Syawal
No comments:
Post a Comment