24 September (Jumaat)
15 Syawal 1431
Kuliah Maghrib
Ust. Razi Asror
Ustaz merujuk kepada kitab Hidayatul Solihin muka surat 102 berkaitan dengan solat sunat Istiharah. Daripada catatan di dalam kitab ini, bab ini telah dibaca pada 24 Sep., 2009. Pada kuliah tersebut ustaz juga menerangkan amalan bulan Rejab dimana tiada hadis yang sahih tentang amalan-amalan yang dilakukan di dalam bulan Rejab.
Makna Istiharah itu iaitu memohon kebajikan dariapda Allah SWT. Selepas salam berdoa kepada Allah dengan doa yang diajar oleh baginda saw iaitu :
"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan...) adalah bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya."
(doa ini daripada ustazazhar.com dilaman solat-sunat-istikharah.html)
No comments:
Post a Comment