Monday, April 15, 2013

Tafsir al-Munir - Surah al-`Adiyat

    Kuliah Maghrib 14 April,  / 3 Jamadil Akhir 1434 H (Ahad)
    Ustaz Abu Dzar Mamat

    1. Demi Kuda Perang yang tangkas berlari dengan kedengaran kencang nafasnya. 
    2. Serta mencetuskan api dari telapak kakinya.
    3. Dan meluru menyerbu musuh pada waktu Subuh.
    4. Sehingga menghamburkan debu pada waktu itu.
    5. Lalu menggempur ketika itu di tengah-tengah kumpulan musuh.
    6. Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat Tuhannya.
    7. Dan sesungguhnya dia (dengan bawaannya) menerangkan dengan jelas keadaan yang demikian.
    8. Dan sesungguhnya dia melampau sangat sayangkan harta (secara tamak haloba).
    9. (Patutkah dia bersikap demikian?) Tidakkah dia mengetahui (bagaimana keadaan) ketika dibongkarkan segala yang ada dalam kubur?
    10. Dan dikumpul serta didedahkan segala yang terpendam dalam dada?
    11. Sesungguhnya Tuhan mereka Maha Mengetahui dengan mendalam tentang (balasan yang diberikanNya kepada) mereka pada hari itu.

      Nama surah ini ialah al-`Adiyat ertinya kuda-kuda yang pantas berlari. Nama ini diambil daripada perkataan pertama di dalam surah ini. Sesetengah mushaf mecatatkan Wa al-`Adiyat sebagai namanya dengan tambahan “waw” sebagaimana asal perkataan itu dalam ayat.
      Rasulullah SAW bersabda: “Kuda itu ada tiga jenis: kuda Allah, kuda manusia dan kuda syaitan. Adapun kuda Allah ialah kuda yang disediakan untuk berperang di jalan Allah, maka makanannya, kotorannya, kencingnya dan apanya saja – mempunyai beberapa kebaikan. Adapun kuda syaitan, iaitu kuda yang digunakan untuk berjudi atau untuk dibuat pertaruhan, dan kuda manusia pula, adalah kuda yang diikat oleh manusia, ia mengharapkan perutnya (hasilnya), sebagai usaha untuk menutupi keperluannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Monday, April 8, 2013

Great people talk about ideas

    Great people talk about ideas. 
    Average people talk about things. 
    Small people talk about other people.

    Ungkapan (quote) di atas disebut oleh ustaz semasa menyampaikan kuliah Maghrib dengan kitab Muaizatul mu'minin karangan Imam Al-Ghazali. 
    Dalam bab berkaitan peringkat-peringkat amal yang dilaksanakan ia ada 3 peringkat:
  • Pertama - meneliti amalan sebelum memulakannya
  • Kedua - meneliti amalan semasa melaksanakannya, dan
  • Ketiga - menghisab diri setelah beramal
Kuliah Maghrib Ustaz Dziaulhak

Sunday, April 7, 2013

Kekeliruan dan mengelirukan

Khutbah Jumaat
5 April (24 Jamadil Awal 1434 H)
Ustaz Raihan Aziz
Pada hari ini umat Islam telah menjadi keliru, dikelirukan sehingga mengelirukan dalam isu "kalimah Allah".


Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: Siapakah yang menciptakan mereka? Sudah tentu mereka akan menjawab: Allah!. (Jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakanNya)? (Az-Zukhruf : 87)


Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (hakikat tauhid dan pengertian syirik). (Al-’Ankabut: 63)

Bagaimana Bible yang dalam bahasa Melayu boleh menterjemah perkataan God  sebagai Allah, sedangkan tuhan Kristian bukanlah Allah tetapi Jesus yang mereka dakwa. Siapakah yang bertanggungjawab memberi izin Bible melayu ini menggunakan kalimah Allah? 

Friday, March 22, 2013

Al- Fatihah

Buat Ustaz Shaari Che In yang telah kembali ke rahmatullah pada 20.3.2013 (rabu).


Thursday, March 14, 2013

    Ust Ghofur Daud 
    Kitab Riadhussolihin
    Kuliah Maghrib Bulanan pada Minggu ke-3 hari Selasa

Wednesday, March 13, 2013

Menjawab azan

12 Mac 2013 / 29 Rabiul Akhir 1434 H
Kuliah Maghrib
Kitab Bidayatul Hidayah
Ustaz Fazlul Rahimi


(dalam tulisan rumi)
    apabila engkau selesai membaca doa ini maka janganlah engkau sibuk kecuali hanya dengan menunaikan sembahyang yang fardhu atau berzikir atau bertasbih atau membaca al-quran dan apabila kau mendengar panggilan azan diketika itu maka berhentilah dan berikanlah penumpuan untuk menjawab azan. 
    apabila muazin mengatakan {..........} maka jawab olehmu seperti perkataannya jua, dan begitulah seterusnya engkau jawab kalimat azan itu, kecuali pada kalimat {............} dan {..............} maka hendaklah kau jawab dengan perkataan {.......................} dan apabila mengatakan {........................................} ( di  dalam azan sembahyang subuh ) maka hendaklah engkau jawab dengan perkataan


 {.................} sila rujuk pada tulisan jawi di atas.