Monday, May 14, 2012

CERAMAH SYRIA BERDARAH

13. 5. 2012 (Ahad)
Kuliah Ustaz Farhan Mohd Suhut

    Terlebih dahulu ustaz memberi penerangan dengan menayangkan beberapa slaid berkaitan dengan pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah di Muar, Johor.


Untuk melihat gambar-gambar pembangunan ini sila klik blog: Maahad Tafiz Al-Quran At-Tanwiriah

Pemberontakan 2011 Syria atau kebangkitan rakyat Syria 2011 merupakan konflik dalaman yang masih berterusan, yang berlaku di Syria sejak awal 2011. Bantahan bermula pada 26 Januari 2011, dan meningkat kepada tahap kebangkitan pada 15 Mac 2011. Kebangkitan ini dipengaruhi oleh bantahan serentak di rantau Timur Tengah yang "belum pernah terjadi sebelumnya."
Di Syria kebangkitan ini bermula apabila sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang telah bermain-main menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara-negara arab yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak-kakank itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak-kanak itu serta kanak-kanak lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana jika mahu lepaskan kanak-kanak itu, mereka perlu memberi wanita-wanita dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.
    Rujukan

No comments: