Kuliah Maghrib Isnin 28. 5. 2012 /
Nama penuh ustaz ialah Mohd Ikram bin Ahmad Badardin.
Satu kisah yang di bawa oleh ustaz adalah berkaitan dengan cerita seorang ulama.
Pada suatu hari, seorang ulama sufi, Abu Ali Syaqiq bin Ibrahim Al-Azdi Al-Balkhi atau lebih dikenali sebagai Syaqiq Al-Balkhi, membeli sebiji tembikai untuk isterinya. Setelah membawanya pulang, dengan gembira si isteri membelah buah itu dan memakannya. Malangnya, buah itu sedikit rosak dan tawar pula. Si isteri menjadi marah. Melihat kemarahan isterinya itu, Syaqiq Al-Balkhi bertanya,
"Engkau marah kepada siapa"?
Apakah engkau marah kepada si penjual, si pembeli, si petani yang menanam atau si Penciptanya?
Si Isteri berdiam sahaja tidak menjawab.
Syaqiq Al-Balkhi menambah;
"Kalau engkau marah si penjual, tidak kena. Sekiranya dia yang membuat tembikai itu, sudah tentu dia hanya ingin menjual yang baik-baik sahaja.
Kalau engkau marah si pembeli, tidak kena juga. Dia telah berusaha membeli yang terbaik.
Kalau engkau marah si petani, tidak kena. Sekiranya boleh membuat tembikai, nescaya akan tumbuh yg baik-baik sahaja.
Tidak lain marah mu itu hanyalah kepada si Penciptanya".
Bertakwalah engkau kepada Allah dan reda terhadap semua ketentuan-Nya.
Si isteri menangis dan bertaubat. Beliau reda terhadap semua ketentuan Allah terhadap dirinya.
|
No comments:
Post a Comment