Thursday, May 17, 2012

Kongsi Ilmu: Ustaz Ishak Din

Kuliah Maghrib
16. 5. 2012 / 24 Jamidil Akhir 1433 (Rabu)
"Hidup kita ini telah ditanggung oleh Allah SWT. Rezeki kita telah ditentukan sejak berada di dalam perut ibu lagi. Tidak ada solat syukur, yang ada sujud syukur yang di lakukan di luar solat. Ada pun sujud Tilawah atau sujud Sajadah boleh di buat di dalam atau di luar solat."
Sebab-sebab dituntut Sujud Syukur itu ada dua:

  1. Mendapat nikmat. Contohnya kesihatan, rezeki seperti harta atau dikurniakan anak atau cucu.
  2. Terlepas atau terhindar dari bahaya seperti mala petaka, bala bencana atau azab sengsara.
Syarat-syarat Sujud Syukur
Ia adalah sama seperti syarat sah solat.
    a. Suci dari hadath besar dan kecil
    b. Suci dari najis samaada di badan, pakaian dan tempat
    c. Menutup aurat
    d. Mengarah ke kiblat
Rukun-rukunnya ada empat:
  1. Niat
  2. Takbir
  3. Sujud
  4. Bangun dan ucap Salam
Lihat dilaman web Jabatan Mufti Selangor

2. 5. 2012 /
4 Golongan yang Allah laknat daripada hadis-hadis nabi SAW.

  1. Laknat ke atas orang yang melaknat kedua ibu bapanya.
  2. Allah melaknat orang yang menyembelih binatang ternakan bukan kerana Allah.
  3. Orang yang mempertahankan bidaah.
  4. Orang yang mengubah tanda (batu) sempadan tanah
Daripada Abu Hurairah berkata telah bersabda Rasulullah SAW "Janganlah seorang mengambil sejengkal tanah yang bukan haknya, kerana niscaya Allah SWT akan mengalungkannya kelak di akhirat tujuh lapis bumi"

No comments: