Wednesday, November 30, 2011

Jadual Disember / Muharram 1433

HARI H KULIAH PENCERAMAH KITAB / TOPIK
 1 Khamis 5 Maghrib Ust Mohd Ghhoffur Bacaan Yasin
 2 Jumaat 6
Khutbah Ust Mohd Ghhoffur Kepentingan Mencari Ilmu


Maghrib  - Tiada kuliah -
 3 Sabtu 7 Subuh Ust Hadi Talha Makhluk Halus & Gangguannya



Maghrib Ust Nazeri Mustapha Fiqul Manhaji Mazhab Shafie
 4 Ahad 8 Subuh Ust Surizal Abd Rahim Penawar bagi Hati

8.30
Dhuha Ustazah Rosnah Yasis Kuliah Dhuha Muslimat



Maghrib  - Tiada kuliah -
 5 Isnin 9 Maghrib Ust Ziaul Haq *Ust Mohd
 6 Selasa 10 Maghrib Ust Musa Baharuddin Tarbiyah Aulad Fil Islam
 7 Rabu 11 Maghrib Ust Ishak Din Permasalahan Aqidah tauhid
 8 Khamis 12 Maghrib Bacaan Yasin -
 9 Jumaat 13 Khutbah Ust Mohd Ghhoffur



Maghrib Ust Hairol Hafiz (MAIS) Kepentingan Wakaf dalam Islam
10 Sabtu 14 Subuh Ust Drs Sapawi Che Mat Adad Sopan dalam Islam



Maghrib Ust Mohd Ghhoffur Hadis 40
11 Ahad 15 Subuh Ust Imran Al Malizi Minhajul Abidin

9.00
Dhuha Ust Yusuf Embong *ganti Ust


Maghrib  -  -
12 Isnin 16 Maghrib Ust Ahmad Subki *Ust Mohd Ghhoffur
13 Selasa 17
Maghrib Ust Fazlul Rahimi Bidayatul Hidayah
14 Rabu 18 Maghrib Ust Nazeri Mustapha Fiqh Al Manhaji Mazhab Shafie
15 Khamis 19 Maghrib Ust M Ghhaffor Daud Bacaan Ya'sin
16 Jumaat 20 Khutbah Ust M Ghhoffur Daud



Maghrib -
17 Sabtu 21 Subuh Ust ImranAl-Malizi Minhajul Abidin



Maghrib Ust Mohd Fadli Ismail Tafsir Surah Juzuk 30
18 Ahad 22 Subuh Ust Ibrahim Zakaria Umum



Maghrib - Tiada kuliah -
19 Isnin 23 Maghrib Ust M. Rashdan Yunus -
20 Selasa 24 Maghrib Ust Mohd Ghhoffur Riadhussolihin
21 Rabu 25 Maghrib Ust Ishak Din** Permasalahan Aqidah Tauhid
22 Khamis 26 Maghrib Bacaan Yasin -
23 Jumaat 27 Khutbah Ust Fazlul Rahimi



Maghrib Ust M. Razi Asror Hidayatul Salikin
24 Sabtu 28 Subuh - -



Maghrib Ust Nazeri Mustapha Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah
25 Ahad 29 Subuh Ust Abu Dzar Mamat Tafsir Al-Munir



Maghrib Ust Shamsul Hakim Rahiqul Makhtum
26 Isnin  1
Maghrib Ust Ahmad Subki Tajwid Al-Qur'an
27 Selasa  2
Maghrib Ust Shaari Che In Munyatul Musoli
28 Rabu  3
Maghrib Ust Nazeri Mustapha Fiqhul Manhaji Mazhab Shafie
29 Khamis  4
Maghrib Ust Shukri Harun Tafsir Surah Al Insan
30 Jumaat  5
Khutbah Ust Nazeri Mustapha  



Maghrib Ust Ahmad Awang Umum
31 Sabtu  6 Subuh Ust Fauzi Abd Kader Tafsir Assya'rawi

10.00
Dhuha Ust Zakaria Ahmad Kuliah Dhuha Umum



Maghrib Ust Hadi Talha Makhluk Halus & Gangguannya
_________________________
 *  Ustaz ganti
**  Ustaz Ishak Din ke Vietnam
Abc Kuliah dibatalkan

Sunday, November 20, 2011

Waktu Penyesalan

Kuliah Subuh 20.11.2011 (Sabtu)
Ustaz Ibrahim Zakaria menyampaikan pesanan ulamak berkaitan dengan waktu-waktu penyesalan.
  1. MENYESAL KERANA TERLEPAS  MELAKUKAN KETAATAN
  2. Dan tiada pula berdosa atas orang- orang yang apabila mereka datang kepada mu supaya kamu memberi mereka kenderaan, lalu kamu berkata, "Aku tidak memperoleh kenderaan untuk membawa mu" lalu mereka kembali, sedang mata mereka bercucuran air mata karena kesedihan.." - [9: At-Taubah, 92]
  3. MENYESAL KERANA HILANGNYA AMALAN KEBAIKAN YANG DILAKUKAN DIDUNIA
  4. Abu Hurairah r.a. berkata, bahawasanya Rasul s.a.w. bersabda, "Adakah kau semua tahu siapakah orang yang muflis itu?". Sahabat menjawab: Bagi kami orang yang muflis ialah orang yang tidak memiliki wang mahupun harta benda. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: Sebenarnya orang yang muflis dalam kalangan umatku ialah mereka yang pada hari Kiamat datang dengan membawa pahala amal solat, puasa, zakat dan haji tetapi semasa di dunia mereka pernah mencaci maki orang, menuduh tanpa bukti, memakan harta dengan zalim, membunuh dan memukul sesuka hati. Lalu pada hari kiamat, orang yang dizalimi akan menerima pahala amal penzalim. Jika pahala amalnya telah habis (diberikan).
  5. MENYESAL DIKETIKA (NAZAK) SAKARATIL MAUT
  6. "Ya Tuhanku kembalikanlah aku kedunia agar aku dapat berbuat amal saleh terhadap yang telah aku tinggalkan." [23: Al-Mukminun, 99-100]
  7. MENYESAL DIKETIKA SEDAR DI DALAM KUBUR
  8. Allah meneguhkan iman mereka yang beriman dengan ucapan yang teguh itu dalam kehidupan di dunia dan akhirat dan Allah menyesatkan mereka yang zalim dan memperbuat apa yang dia kehendaki. [14: Ibrahim, 27]
  9. MENYESAL DIKETIKA DIBANGKITKAN DARI KUBUR
  10. Dan ditiuplah sangkala, maka tiba-tiba mereka keluar dengan segera dari kuburnya (menuju) kepada Tuhan mereka,mereka berkata, "Aduhai celakalah kami, siapakh yang membangkikan kami dari tempat tidur kami (kubur)? Inilah yang dijanjikan Allah yang Rahman dan benarlah Rasul-rasulnya." [Yasin, 51-52]
  11. MENYESAL DIKETIKA HISAB
  12. Dan ingatlah dihari orang zalim itu mengigit dua tangannya, lalu berkata, "Aduhai kiranya dahulu aku mengambil jalan para Rasul,

Thursday, November 17, 2011

Lalai dalam Solat

  1. KHUSYUK sebagai satu kewajipan orang mukmin dalam urusan ubudiyah terhadap Allah SWT. Tiada bahasa selain bahasa Arab yang berupaya memberi makna `khusyuk' dengan tepat, justeru terpaksa akur dengan sebutan khusyuk dalam bahasa asalnya juga.
  2. Dalam bahasa apa pun khusyuk mesti disebut khusyuk, kerana khusyuk dalam bahasa syar'ei adalah khusyuk dalam semua bahasa di dunia ini.
  3. Khusyuk keperluan bagi setiap hamba mengabdikan diri kepada Allah SWT, khususnya ketika melakukan ibadat solat.
  4. Khusyuk boleh diertikan sebagai beribadat dengan tenang dan merendah diri, merasa hina dina di hadapan Allah SWT. Penuh tumpuan hati serta ingatan terhadapNya.
  5. Orang yang khusyuk dalam solat, anggota tubuh tidak akan bergoyang di luar tuntutan kaifiyat, tangan tidak bergerak menggaru-garu atau membetulkan pakaian.
  6. Jika seperti itu menandakan hatinya tidak khusyuk, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Jika seseorang itu khusyuk, maka anggota tubuhnya turut khusyuk sama."
  7. Menghadirkan khusyuk dalam solat itu satu kewajipan bagi orang-orang yang beriman, kerana ketika solat ingatan mesti tertumpu kepada Allah SWT semata, sebagaimana ditegaskan oleh firman-Nya yang bermaksud: "Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tiada Tuhan selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikan solat untuk mengingati Aku." (Surah Toha ayat 14)
  8. Manusia diperintah supaya mendirikan solat dengan tujuan untuk mengingati Allah SWT. Apabila tidak menumpukan ingatan kepada Allah SWT, bererti solatnya tanpa tujuan.
  9. Solat bukan sekadar dilakukan secara zahir yang dimulai dengan Takbiratul Ihram diakhiri dengan salam serta melakukan beberapa rukun qalbi, qauli dan fi'li di dalamnya.
  10. Tetapi m2sti khusyuk iaitu dipenuhi dengan zikrullah (ingat Allah SWT), kerana ia wajib
  11. berdasarkan firman Allah SWT dalam surah Toha ayat 14 itu. Khusyuk mampu dilakukan oleh manusia dengan mengikuti beberapa syarat, kerana Allah SWT tidak akan mewajibkan sesuatu syariat di luar kemampuan manusia, sebagaimana janji Allah SWT dalam al-Quran yang bermaksud: "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya." (Surah al-Baqarah ayat 286)
  12. Langkah pertama untuk mencapai khusyuk, mesti mengetahui makna setiap ucapan atau bacaan dalam solat.
  13. Khusyuk tidak mungkin tercapai jika tidak mengetahui makna dan maksud ucapan dalam solat, sebaliknya akan terjerumus ke lembah lalai. 
  14. Padahal lalai dalam solat akan membawa padah yang buruk di akhirat kelak, sebagaimana yang ditegaskan oleh firman Allah SWT yang bermaksud: "Maka kecelakaanlah (azab neraka) bagi orang-orang yang solat, (iaitu) orang yang lalai daripada solatnya." (Surah al-Maa'un ayat 4 dan 5)
  15. Langkah kedua untuk khusyuk dalam solat ialah; menjaga segala makan minum yang halal, serta pakaian dan tempat tinggal hanya daripada sumber yang halal.
  16. Allah SWT hanya reda jika hamba-Nya membataskan diri dengan makan minum yang halal dan pakaian serta tempat tinggal dari sumber yang halal.
  17. Makan minum yang tidak halal adalah barang busuk yang dibenci oleh Allah SWT dan malaikat-Nya.
  18. Tuhan akan menjauhi jika manusia diselubungi perkara yang haram, apabila Tuhan menjauh daripada manusia sebegitu maka syaitanlah yang akan mendekatinya.
  19. Tidak mungkin khusyuk dapat dicapai dalam situasi syaitan sebagai pendamping manusia itu, jika mereka solat pun mesti tiada zikirullah.
________________________________
Mauidzah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
18-21 Zulhijjah 1432(4-17 November 2011)

Tuesday, November 15, 2011

Duduk Tahyat Akhir Seperti Tahyat Awal


    DUDUK TAHYAT PERTAMA DENGAN TAHYAT AKHIR TIADA BEZANYA
    Ramai di kalangan kita tidak membezakan cara duduk tahyat pertama dengan tahyat akhir. Mereka duduk tahyat akhir sama sahaja dengan cara duduk tahyat pertama atau tahyat awalnya.Duduk tahiyat awal terdapat hanya pada sembahyang yang jumlah raka'atnya lebih dari duaraka’at pada sembahyang wajib dan dilakukan pada raka'at yang kedua. Sedang duduk tahiyat akhir dilakukan pada raka'at yang terakhir. Masing-masing dilakukan setelah sujudyang kedua.
    Cara Duduk Tahyat Awal Dan Tahyat Akhir
    Waktu tahyat awal duduknya iftirasy (duduk di atas telapak kaki kiri) sedangkan pada tahyat akhir duduknya tawaruk (duduk dengan kaki kiri dihamparkan ke samping kanan dan duduk di atas lantai, pada masing-masing posisi kaki kanan ditegakkan.

Rujukan: 38 KESILAPAN UMUM DI SEKITAR SOLAT

Wednesday, November 9, 2011

Adab-adab berwuduk

٣ - ادب٢ بروضوء
Kuliah Maghrib : 8.11.2011 (12 Zulhijjah 1432)
Ustaz : Fazlul Rahimi Maarop
Kitab : Bidayatul Hidayah

Masuk pasal ketiga berkaitan dengan adab-adab berwuduk dan masih lagi di dalam bahagian yang pertama iaitu membicarakan adab-adab melaksanakan ketaatan.

Adab pertama: bersiwak
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya:
“Jika tidak mendatangkan kesusahan ke atas umatku atau ke atas manusia nescaya aku menyuruh mereka bersiwak pada setiap kali hendak sembahyang.
” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kemudian daripda itu ustaz membicarakan hadis berkaitan dengan wuduk:

Hadis pertama:
    Diriwayatkan daripada Humran r.a katanya, “Sayidina Othman bin Affan r.a telah meminta air untuk berwuduk, setelah memperolehi air beliau terus membasuh dua tangan sebanyak tiga kali, kemudian berkumur-kumur serta memasuk dan mengeluarkan air dari hidung. Kemudian beliau membasuh muka sebanyak tiga kali dan membasuh tangan kanannya hingga ke paras siku sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh tangan kirinya sama seperti beliau membasuh tangan kanan kemudian menyapu kepalanya dan membasuh kaki kanan hingga ke paras buku lali sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh kaki kiri, sama seperti membasuh kaki kanannya.”
    Kemudian Sayidina Othman r.a berkata, “Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w berwuduk seperti cara aku berwuduk. Aku juga telah mendengar baginda s.a.w bersabda, “Sesiapa yang mengambil wuduk seperti cara aku berwuduk kemudian dia mendirikan sembahyang dua rakaat dan tidak berkata-kata antara wuduk dan sembahyang, maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.”

Tuesday, November 1, 2011

Jadual Kuliah November / Zulhijjah 1432

HARI H KULIAH PENCERAMAH KITAB / TOPIK
 1 Selasa 5 Maghrib Ust Musa Baharuddin Tarbiyah Aulad Fil Islam
 2 Rabu 6 Maghrib Ust Ishak Din Permasalahan Aqidah Tauhid
 3 Khamis 7 Maghrib Ust M. Ghhoffur Daud Adab-adab Berkurban
 4 Jumaat 8
Khutbah Ust M. Ghhoffur Daud -


Maghrib Ust Ahmad Shukri Ismail Hadis 40 Peristiwa Akhir Zaman
 5 Sabtu 9 Subuh Ust Hadi Talha Makhluk halus & gangguannya



Maghrib - Agihan kupon kurban
 6 Ahad 10 8:30 Solat `Eidul-Adha Ust Ghhoffur Daud



Maghrib - -
 7 Isnin 11 Maghrib Ust Ziaul Haq - tiada kuliah
 8 Selasa 12 Maghrib Ust. Fazlul Rahimi  Bidayatul Hidayah
 9 Rabu 13 Maghrib Ust Nazeri Mustapha** - tiada kuliah
10 Khamis 14 Maghrib Bacaan Ya'sin Hj Ismail Liham
11 Jumaat 15 Khutbah Ust Fauzi Abd Kader



Maghrib Ust Imran Al Malizi Minhajul Abidin
12 Sabtu 16 Subuh Ust Drs Sapawi Che Mat - tiada kuliah



Maghrib Ust M. Ghhoffur Daud - kuliah dibatalkan
13 Ahad 17 Subuh Ust Musa Baharuddin - tiada kuliah

9.00
Dhuha Ust Yusof Embong Kuliah Isu Semasa



Maghrib Ust Rashdan Yunus -
14 Isnin 18 Maghrib Ust Ahmad Subki Osman Tajwid Al-Quran
15 Selasa 19
Maghrib Ust M. Ghhoffur Daud Riyadhussalihin
16 Rabu 20 Maghrib Ust Ishak Din Permasalahan Aqidah Tauhid
17 Khamis 21 Maghrib Bacaan Ya'sin Ust M. Ghhoffur Daud
18 Jumaat 22 Khutbah Ust M. Ghhoffur Daud



Maghrib Ust Shukri Harun Ust Zulkefli Shaari (ganti)
19 Sabtu 23 Subuh Ust Imran Al Malizi Minhajul Abidin



Maghrib Ust M Fadli Ismail Tafsir Surah Juzuk 30
20 Ahad 24 Subuh Ust Ibrahim Zakaria Umum



Maghrib - -
21 Isnin 25 Maghrib Ust M. Rashdan Yunus -
22 Selasa 26 Maghrib Ust Shaari Che In Munyatul Musolli
23 Rabu 27 Maghrib Ust Ahmad Fahmi Nordin -dibatalkan
24 Khamis 28 Maghrib Bacaan Ya'sin Ust M. Ghhoffur Daud
25 Jumaat 29 Khutbah Ust Mohd Ghhoffur



Maghrib Ust M. Razi Asror Hidayatul Salikin
26 Sabtu 30 Subuh Ust Drs Sapawi Che Mat Adab Sopan dalam Islam



Maghrib - -
27 Ahad 1 Subuh Ust Abu Zar Mamat Tafsir Al Munir



Maghrib Ust Shamsul Hakim Rahiqul Makhtum
28 Isnin 2
Maghrib Ust Ahmad Subki Tajwid Al-Qur'an
29 Selasa 3
Maghrib Ust Zia ul Haq *Ustaz ?
30 Rabu 4
Maghrib Ust Fauzi Abd Kader Tafsir Assya'arawi
________________________________________________________
  *    Ust Zia Ul-Haq - 
  ** Ust Nazeri Mustapha - menunaikan haji

Keistimewaan 10 Hari Pertama Bulan Zulhijjah

Kuliah Maghrib: Ustaz Zia Ul-Haq
Isnin 31 Oktober
Kitab Mauizatul Mukminin

Pada akhir kuliah ustaz menyentuh tentang keistimewaan 10 hari pertama di bulan Zulhijjah. Umumnya kita mengetahui tentang keistimewaan 10 hari terakhir di bulan Ramadhan tetapi ramai yang tidak menyedari akan keistimewaan 10 hari pertama di bulan Zulhijjah.
Memperbanyakkan amalan kebaikan dan ibadah sunnat sepanjang 10 hari pertama pada bulan Zulhijjah.
Puasa pada hari `Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah.
Solat `Eidul-Adha.
Menyembelih haiwan korban selepas Solat `Eidul-Adha.

Apakah amalan-amalan itu?