Sunday, November 20, 2011

Waktu Penyesalan

Kuliah Subuh 20.11.2011 (Sabtu)
Ustaz Ibrahim Zakaria menyampaikan pesanan ulamak berkaitan dengan waktu-waktu penyesalan.
  1. MENYESAL KERANA TERLEPAS  MELAKUKAN KETAATAN
  2. Dan tiada pula berdosa atas orang- orang yang apabila mereka datang kepada mu supaya kamu memberi mereka kenderaan, lalu kamu berkata, "Aku tidak memperoleh kenderaan untuk membawa mu" lalu mereka kembali, sedang mata mereka bercucuran air mata karena kesedihan.." - [9: At-Taubah, 92]
  3. MENYESAL KERANA HILANGNYA AMALAN KEBAIKAN YANG DILAKUKAN DIDUNIA
  4. Abu Hurairah r.a. berkata, bahawasanya Rasul s.a.w. bersabda, "Adakah kau semua tahu siapakah orang yang muflis itu?". Sahabat menjawab: Bagi kami orang yang muflis ialah orang yang tidak memiliki wang mahupun harta benda. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: Sebenarnya orang yang muflis dalam kalangan umatku ialah mereka yang pada hari Kiamat datang dengan membawa pahala amal solat, puasa, zakat dan haji tetapi semasa di dunia mereka pernah mencaci maki orang, menuduh tanpa bukti, memakan harta dengan zalim, membunuh dan memukul sesuka hati. Lalu pada hari kiamat, orang yang dizalimi akan menerima pahala amal penzalim. Jika pahala amalnya telah habis (diberikan).
  5. MENYESAL DIKETIKA (NAZAK) SAKARATIL MAUT
  6. "Ya Tuhanku kembalikanlah aku kedunia agar aku dapat berbuat amal saleh terhadap yang telah aku tinggalkan." [23: Al-Mukminun, 99-100]
  7. MENYESAL DIKETIKA SEDAR DI DALAM KUBUR
  8. Allah meneguhkan iman mereka yang beriman dengan ucapan yang teguh itu dalam kehidupan di dunia dan akhirat dan Allah menyesatkan mereka yang zalim dan memperbuat apa yang dia kehendaki. [14: Ibrahim, 27]
  9. MENYESAL DIKETIKA DIBANGKITKAN DARI KUBUR
  10. Dan ditiuplah sangkala, maka tiba-tiba mereka keluar dengan segera dari kuburnya (menuju) kepada Tuhan mereka,mereka berkata, "Aduhai celakalah kami, siapakh yang membangkikan kami dari tempat tidur kami (kubur)? Inilah yang dijanjikan Allah yang Rahman dan benarlah Rasul-rasulnya." [Yasin, 51-52]
  11. MENYESAL DIKETIKA HISAB
  12. Dan ingatlah dihari orang zalim itu mengigit dua tangannya, lalu berkata, "Aduhai kiranya dahulu aku mengambil jalan para Rasul,

No comments: