Wednesday, November 9, 2011

Adab-adab berwuduk

٣ - ادب٢ بروضوء
Kuliah Maghrib : 8.11.2011 (12 Zulhijjah 1432)
Ustaz : Fazlul Rahimi Maarop
Kitab : Bidayatul Hidayah

Masuk pasal ketiga berkaitan dengan adab-adab berwuduk dan masih lagi di dalam bahagian yang pertama iaitu membicarakan adab-adab melaksanakan ketaatan.

Adab pertama: bersiwak
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya:
“Jika tidak mendatangkan kesusahan ke atas umatku atau ke atas manusia nescaya aku menyuruh mereka bersiwak pada setiap kali hendak sembahyang.
” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kemudian daripda itu ustaz membicarakan hadis berkaitan dengan wuduk:

Hadis pertama:
    Diriwayatkan daripada Humran r.a katanya, “Sayidina Othman bin Affan r.a telah meminta air untuk berwuduk, setelah memperolehi air beliau terus membasuh dua tangan sebanyak tiga kali, kemudian berkumur-kumur serta memasuk dan mengeluarkan air dari hidung. Kemudian beliau membasuh muka sebanyak tiga kali dan membasuh tangan kanannya hingga ke paras siku sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh tangan kirinya sama seperti beliau membasuh tangan kanan kemudian menyapu kepalanya dan membasuh kaki kanan hingga ke paras buku lali sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh kaki kiri, sama seperti membasuh kaki kanannya.”
    Kemudian Sayidina Othman r.a berkata, “Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w berwuduk seperti cara aku berwuduk. Aku juga telah mendengar baginda s.a.w bersabda, “Sesiapa yang mengambil wuduk seperti cara aku berwuduk kemudian dia mendirikan sembahyang dua rakaat dan tidak berkata-kata antara wuduk dan sembahyang, maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.”

No comments: