Thursday, May 31, 2012

Kuliah Ustaz Hilmi Ramli

Kuliah Maghrib yang pertama oleh Ustaz di masjid ini. Tajuk berkaitan enam sebab yang menutup pintu taufik Allah

    Daripada Syaqiq bin Ibrahim, dalam kitabnya bahawa ada 6 perkara yang menyebabkan pintu taufik Allah tertutup. 
  • Pertama; Sibuk dengan nikmat, dan lupa bersyukur.
  • Kedua; Cinta terhadap ilmu, tetapi tidak mengamalkanya.
  • Ketiga; Cepat berbuat maksiat, dan lambat bertaubat.
  • Keempat; Bergaul dengan orang-orang Shaleh, tetapi tidak meneladani mereka.
  • Kelima; Dunia meninggalkanya, tetapi ia malah mengejar-ngejarnya.
  • Keenam; Akhirat mendatanginya, tetapi ia malah lari berpaling darinya.

Wednesday, May 30, 2012

Kuliah Ustaz Mohd Ikram

Kuliah Maghrib Isnin 28. 5. 2012 /
Nama penuh ustaz ialah Mohd Ikram bin Ahmad Badardin.

    Satu kisah yang di bawa oleh ustaz adalah berkaitan dengan cerita seorang ulama. 
    Pada suatu hari, seorang ulama sufi, Abu Ali Syaqiq bin Ibrahim Al-Azdi Al-Balkhi atau lebih dikenali sebagai Syaqiq Al-Balkhi, membeli sebiji tembikai untuk isterinya. Setelah membawanya pulang, dengan gembira si isteri membelah buah itu dan memakannya. Malangnya, buah itu sedikit rosak dan tawar pula. Si isteri menjadi marah. Melihat kemarahan isterinya itu, Syaqiq Al-Balkhi bertanya, "Engkau marah kepada siapa"? 
    Apakah engkau marah kepada si penjual, si pembeli, si petani yang menanam atau si Penciptanya? 
    Si Isteri berdiam sahaja tidak menjawab. Syaqiq Al-Balkhi menambah; "Kalau engkau marah si penjual, tidak kena. Sekiranya dia yang membuat tembikai itu, sudah tentu dia hanya ingin menjual yang baik-baik sahaja. Kalau engkau marah si pembeli, tidak kena juga. Dia telah berusaha membeli yang terbaik. Kalau engkau marah si petani, tidak kena. Sekiranya boleh membuat tembikai, nescaya akan tumbuh yg baik-baik sahaja. Tidak lain marah mu itu hanyalah kepada si Penciptanya". 
    Bertakwalah engkau kepada Allah dan reda terhadap semua ketentuan-Nya. Si isteri menangis dan bertaubat. Beliau reda terhadap semua ketentuan Allah terhadap dirinya.

Thursday, May 17, 2012

Kongsi Ilmu: Ustaz Ishak Din

Kuliah Maghrib
16. 5. 2012 / 24 Jamidil Akhir 1433 (Rabu)
"Hidup kita ini telah ditanggung oleh Allah SWT. Rezeki kita telah ditentukan sejak berada di dalam perut ibu lagi. Tidak ada solat syukur, yang ada sujud syukur yang di lakukan di luar solat. Ada pun sujud Tilawah atau sujud Sajadah boleh di buat di dalam atau di luar solat."
Sebab-sebab dituntut Sujud Syukur itu ada dua:

  1. Mendapat nikmat. Contohnya kesihatan, rezeki seperti harta atau dikurniakan anak atau cucu.
  2. Terlepas atau terhindar dari bahaya seperti mala petaka, bala bencana atau azab sengsara.
Syarat-syarat Sujud Syukur
Ia adalah sama seperti syarat sah solat.
    a. Suci dari hadath besar dan kecil
    b. Suci dari najis samaada di badan, pakaian dan tempat
    c. Menutup aurat
    d. Mengarah ke kiblat
Rukun-rukunnya ada empat:
  1. Niat
  2. Takbir
  3. Sujud
  4. Bangun dan ucap Salam
Lihat dilaman web Jabatan Mufti Selangor

2. 5. 2012 /
4 Golongan yang Allah laknat daripada hadis-hadis nabi SAW.

  1. Laknat ke atas orang yang melaknat kedua ibu bapanya.
  2. Allah melaknat orang yang menyembelih binatang ternakan bukan kerana Allah.
  3. Orang yang mempertahankan bidaah.
  4. Orang yang mengubah tanda (batu) sempadan tanah
Daripada Abu Hurairah berkata telah bersabda Rasulullah SAW "Janganlah seorang mengambil sejengkal tanah yang bukan haknya, kerana niscaya Allah SWT akan mengalungkannya kelak di akhirat tujuh lapis bumi"

Monday, May 14, 2012

CERAMAH SYRIA BERDARAH

13. 5. 2012 (Ahad)
Kuliah Ustaz Farhan Mohd Suhut

    Terlebih dahulu ustaz memberi penerangan dengan menayangkan beberapa slaid berkaitan dengan pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah di Muar, Johor.


Untuk melihat gambar-gambar pembangunan ini sila klik blog: Maahad Tafiz Al-Quran At-Tanwiriah

Pemberontakan 2011 Syria atau kebangkitan rakyat Syria 2011 merupakan konflik dalaman yang masih berterusan, yang berlaku di Syria sejak awal 2011. Bantahan bermula pada 26 Januari 2011, dan meningkat kepada tahap kebangkitan pada 15 Mac 2011. Kebangkitan ini dipengaruhi oleh bantahan serentak di rantau Timur Tengah yang "belum pernah terjadi sebelumnya."
Di Syria kebangkitan ini bermula apabila sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang telah bermain-main menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara-negara arab yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak-kakank itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak-kanak itu serta kanak-kanak lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana jika mahu lepaskan kanak-kanak itu, mereka perlu memberi wanita-wanita dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.
    Rujukan

Sunday, May 13, 2012

Kuliah Dhuha Ustaz Yusof Embung

Ahad, 13 Mei 2012 (21 Jamadil Akhir 1433)

Sombong, Zalim dan Bersih 3.0

    Diriwayatkan dalam Hadith Qudsi bahawa Allah SWT berfirman :
يا عبادي إني حرمت الظلم على نفسي وجعلته بينكم محرماً فلا تظالموا
    (رواية مسلم ) 
    Maksudnya : Wahai hamba-hamba ku , sesungguhnya aku telah mengharamkan zalim itu berlaku ke atasku dan aku jadikan ia diharamkan di kalangan kamu, maka jangan sekali-kali kamu berlaku zalim.

    عَنْ حُذَيْفَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّهَا سَتَكُونُ أُمَرَاءُ يَكْذِبُونَ وَيَظْلِمُونَ فَمَنْ صَدَّقَهُمْ بِكَذِبِهِمْ وَأَعَانَهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ فَلَيْسَ مِنَّا وَلَسْتُ مِنْهُمْ وَلَا يَرِدُ عَلَيَّ الْحَوْضَ وَمَنْ لَمْ يُصَدِّقْهُمْ بِكَذِبِهِمْ وَلَمْ يُعِنْهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ فَهُوَ مِنِّي وَأَنَا مِنْهُ وَسَيَرِدُ عَلَيَّ الْحَوْضَ. قال شيخنا الشيخ شعيب الأرناؤوط : إسناده صحيح على شرط الشيخين .
    Daripada Huzaifah daripada Nabi SAW, Baginda bersabda : "Bahawasanya akan wujud (akan datang) para pemerintah yang berbohong dan berlaku zalim. Barangsiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan membantu atas kezaliman mereka, maka (mereka) bukan daripada (golongan) kami dan aku bukan daripada (golongan) mereka, dan dia tidak akan menemuiku di haudh (telaga kauthar di akhirat kelak). (Sebaliknya) sesiapa yang tidak membenarkan pembohongan mereka dan tidak membantu atas kezaliman mereka, maka dia daripada (golongan) ku dan aku daripada (golongan) nya dan dia akan bertemuku di haudh". (Riwayat Imam Ahmad dalam musnadnya. Kata guru kami, Syeikh Syu'aib al-Arna'uth, sanad hadith ini sahih berdasarkan syarat al-Bukhari dan Muslim)

Wednesday, May 2, 2012

Jadual Kuliah Mei / Jamadil Akhir 1433


HARI H KULIAH PENCERAMAH KITAB / TOPIK
 1 Selasa 9 Zohor* Ust Fauzi Abd Kadir Tafsir Sya'rawi



Maghrib -Tiada Kuliah -
 2 Rabu 10 Maghrib Ust Ishak Din Permasalahan Aqidah Tauhid
 3 Khamis 11 Maghrib Ust M. Ghhoffur Daud Bacaan Yasin
 4 Jumaat 12 Khutbah Ust M. Ghhoffur Daud -



Maghrib Ust Umar Bangsawan Uswatun Hasanah
 5 Sabtu 13 Subuh Ust Safwan Syazili Umum



Maghrib Ust Nazeri Mustapha Mukhtasar Ibn Abi Jamrah
 6 Ahad 14 Subuh Ust Surizal Abd Rahim Penawar bagi Hati



Maghrib Ust Zafran Zulkifli Umum
 7 Isnin 15 Maghrib Ust Ziaul Haq Mauizatul Mukminin
 8 Selasa 16 Maghrib Ust. Fazlul Rahimi  Bidayatul Hidayah
 9 Rabu 17 Maghrib Ust Nazeri Mustapha Fiqhul Manhaji Mazhab Shafie
10 Khamis 18 Maghrib Ust Fauzi Abd Kadir Tafsir Sya'rawi
11 Jumaat 19 Khutbah Ust Nazeri Mustapha Hormat Ibu Bapa



Maghrib Ust Imran Al Malizi Minhajul Abidin
12 Sabtu 20 Subuh Drs Sapawi Che Mat* Adap Sopan Dalam Islam



Maghrib Ust M. Ghhoffur Daud Hadis 40
13 Ahad 21 Subuh Ust Imran Al Malizi* Minhajul Abidin

9.00
Dhuha Ust Yusof Embong Isu Semasa



Maghrib Ust Farhan Sood -
14 Isnin 22 Maghrib Ust - -
15 Selasa 23 Maghrib Ust M. Ghhoffur Daud Riyadhussalihin
16 Rabu 24 Maghrib Ust Ishak Din Permasalahan Aqidah Tauhid
17 Khamis 25 Maghrib Ya'sin & Solat Hajat Ust Nazeri Mustapha
18 Jumaat 26 Khutbah Ust M. Ghhoffur Daud



Maghrib Ust Shukri Harun Tafsir Surah Al-Insan
19 Sabtu 27 Subuh Ust Shaari Che In Munyatul Musolli



Maghrib Ust M. Fadli Ismail Tafsir Surah Juzuk 30
20 Ahad 28 Subuh Ust Ibrahim Zakaria Umum



Maghrib Ust Roszairani Ahmad -
21 Isnin 29 Maghrib Ust M. Rashdan Yunus 40 Hadis Penawar Hati
22 Selasa  1 Maghrib Ust Shaari Che In Munyatul Musolli
23 Rabu  2 Maghrib Ust Nazeri Mustapha -
24 Khamis  3 Maghrib Bacaan Ya'sin Ust M. Ghhoffur Daud
25 Jumaat  4 Khutbah Ust Fazlul Rahimi



Maghrib Ust M. Razi Asror Hidayatul Salikin
26 Sabtu  5 Subuh Ust Drs Sapawi Che Mat Adab Sopan dalam Islam



Maghrib Ust Nazeri Mustapha Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah
27 Ahad  6 Subuh Ust Abu Zar Mamat Tafsir Al Munir



Maghrib Ust Shamsul Hakim Rahiqul Makhtum
28 Isnin  7 Maghrib Ust Mohd Ikram Umum
29 Selasa  8 Maghrib Ust Hilmi Ramli Umum
30 Rabu  9 Maghrib Ust Ahmad Awang Umum
31 Khamis  10 Maghrib Ust Mohd Ghhoffur Bacaan Yasin
________________________________________________________
  *diganti oleh Ust Nazeri Mustapha