Saturday, June 2, 2012

Kuliah Ustaz Hilmi Ramli

Kuliah Maghrib 1 .6. 2012 / 11 Rejab 1433
Ini merupakan kali kedua ustaz menyampaikan kuliah di masjid ini. Kali pertama pada 29 Mei (Selasa).
Pengisian kuliah berkaitan dengan hadis daripada Ali bin Abu Talib berkata, Nabi Muhammad saw telah bersabda: "Apabila umatku melakukan 15 perkara, pasti akan datang bencana menimpa mereka" (diriwayat oleh At-Tirmizi).


    Lima belas perkara itu adalah seperti berikut;

    1. Apabila kekayaan Negara hanya dimiliki oleh orang-orang tertentu sahaja.
    2. Apabila amanah dijadikan sumber memperolehi keuntungan.
    3. Zakat dianggap sebagai satu denda.
    4. Apabila suami patuh kepada isteri. 
    5. Anak menderhaka kepada ibunya. 
    6. Anak taat kepada kawan-kawannya,
    7. sedangkan ayah sendiri disia-siakan. 
    8. Suara-suara ditinggikan di dalam masjid. 
    9. Orang yang paling hina di kalangan satu kaum menjadi ketua kaum itu.
    10. Seseorang itu dimuliakan kerana kejahatannya. 
    11. Minuman keras tersebar luas (ada dimana-mana). 
    12. Kaum lelaki ramai yang memakai sutera. 
    13. Apabila penyanyi di agung-agungkan.
    14. Apabila alat-alat muzik banyak digunakan.
    15. Umat-umat hari ini menghina umat-umat dahulu.
Di bawah adalah doa yang ustaz tulis pada "white board". Doa ini dibaca ketika mendengar "ashaduanna muhammadur rasulullah" dan menghembuskan kepada kedua-dua ibu jari tangannya. kemudian menyapukan kedua jari tersebut kepada kelopak mata. Antara fadilatnya, mata tidak akan buta selama-lamanya.
Amalan tersebut tidak sabit dalam sunnah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam secara sahih, dan tidak dinukilkan dalam kitab-kitab utama hadis. Al-Dailami di dalam Al-Firdaus menisbahkan perbuatan tersebut kepada Abu Bakr al-Siddiq, dan ketika Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melihatnya, baginda berkata, "Sesiapa melakukan sepertimana yang dilakukan oleh sahabatku ini, maka beroleh syafaatku".

No comments: